cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Cuti Budget : Pulau Dayang
Showing posts with label Cuti Budget : Pulau Dayang. Show all posts
Showing posts with label Cuti Budget : Pulau Dayang. Show all posts

Monday, 6 July 2015

Cuti Budget : Pulau Dayang (Hari Ketiga dan Yang Terakhir)

hari ini lah hari penamat. segala keseronokan.. segala kepenatan.. 
lambat nak menaip entri.. kekurangan idea dan masa yang mencemburui hehe..

nampak macam dah tengah hari kan?
sebenarnya waktu ni jam 8 pagi tau.. panas terik betul..
sebab tu la sunburn dari belum + dayang ni = gelap gulita..
(err malas betul nak naip pasal belum)


terima kasih Allah..
trip pertama Geng Rakan Sebaya berjaya akhirnya.. :)
moh kita balik naik tongkang semula..
8 jam T_T

dah-dah.. jom naik bot..

 dalam perjalanan, kali ni kami pilih laluan yang boleh nampak pulau-pulau lain.
jauh daripada jalan yang pergi dulu
tapi nampak pulau lain..
jadi terima saja..
nampak pulau besar..
pulau rawa..

pulau rawa.. lagi panas dari dayang :)

 tengok.. betapa gelapnya diriku,,
panas dan pedih je muka.. :(


we arrive!!!!
hahaha pukul 3 petang kami dah sampai di jeti..
nampak bot dekat belakang tu?
kami bertukar bot bila dah hampir sampai ke jeti mersing..
sebab..
air tengah surut waktu ni...
 kalau nak tunggu bot anak kucing ni sampai jeti..
alamatnya pukul 6 petang la baru boleh turun dekat jeti..



 cepat lah korang.. 
panas ni T_T

 

selamat tinggal ombak laut..



bergambar sebelum masing-masing berpisah dan berpecah ke 2 kumpulan..
satu pulang ke KL dan satu lagi menuju ke JB..

 dekat sini la kami letakkan kereta selama 3 hari 2  malam..

jangan risau, kereta ni ada orang jaga dan ia berpagar..


nampak tak bot belakang tu?
dekat jeti tu la kami kena naik..
bukan di jeti yang cun masa nak balik tu huhu..



eh amoi.. tunggu lah..


ni harga yang kami bayar untuk tempat letak kereta ni.. 


.
.
.
.
.

masih teringat-ingat lagi keindahan di sana :)


Friday, 26 June 2015

Cuti Budget : Pulau Dayang (Hari Kedua)

maaf, ambil masa yang lama untuk update entry yang seterusnya..
untuk hari kedua, pagi tu kami berlapan naik semula ke bot untuk pergi snokelling..
err bukan bersembilan tapi lebih pada berenam kot :)
sorang tak tahu berenang dan malas nak masuk air (itu saya )
seorang lagi agak takut-takut dan terus lepak dengan saya..
seorang lagi mabuk laut.. sekali je terjun..lepas tu dah pengsan atas bot
dan seorang lagi terjun sekali terus naik.. takut katanya..


ni la bot kecil yang perlu di naik untuk ke bot besar yang berada dekat tengah-tengah laut :)

kami di bawa ke tiga tempat di sekitar pulau dayang dan pulau aur untuk aktiviti snorkelling.
syam (budak yang bawa kami ke sini) ni pertama kali dia tengok orang snorkelling dekat dayang ni. selalu budak-budak dari singapura akan buat aktivti scuba diving je :)


jalan-jalan ke sekitar pulau dayang




ni la salah satu kenapa jia masih sunburn hingga sekarang. tahap kepanasan terasa hingga ke tulang.
ehh sibuk la batang joran si amoi ni. enterframe the view :)

mengagumi ciptaan Allah.


go rosemaria.. go go go
ni team snorkelling..
jia?
berkawal atas bot saja..


aksi-aksi sebelum terjun.. huhu

dalam pukul 12 tengah hari, dah tak larat dah nak melihat laut aja.. kami nak balik!! lapaq..

 antara yang kena tarik sebab tak naik-naik atas bot..


tunggu...


cepat-cepat naik.
sapa naik cepat dapat cikedis..


ni antara pemandangan dalam laut.. ikan-ikan ni tak jinak dengan manusia..
asal datang dekat dengan dia jek dia lari..
bila dah jauh baru kerumun ramai-ramai :)


kami kata ni ikan mahal ni..
makan biskut mahal, biskut yang kami makan selalu pulak tu 


dah-dah... pi naik atas cepat..
putuskan tali nanti baru tau.


dah sampai dekat pulau dayang ni, terus terjun balik.
eh bukan kata lapar ke tadi?


insan-insan yang tak boleh tak jumpa kamera..



peace..

selesai makan tengah hari yang sangat sedap dan pedas :) kami (jia, amoi, yaya, anna dan rosemaria) berjalan-jalan sekitar pulau dayang. ada banyak tempat yang cantik, tapi atas sebab-sebab tertentu :) cukuplah gambar tu ada dalam simpanan kami saja. dah penat-penat bermain air, ombak dan posing dekat pulau dayang, Ai (pekerja dekat resort) ajak kami ke pulau aur. tak lah jauh mana pun, seberang dayang je. tapi mesti dia rasa menyesal kot, sebab yang pergi semua yang comel-comel.. hihihi berpeluh jugak lah menolak bot ni.

puan yaya beraksi dekat pokok tumbang di pulau aur. :)
belakang tu jeti untuk sesiapa yang berkunjung di pulau aur.


peace..


antara rumah yang terdapat di pulau aur.

apa pun bagi kami, dayang masih lagi cantik :) sebab di pulau aur ni matahari terus bertumpu ke muka.. pokok-pokok jauh ke belakang. tapi dekat dayang, pasir pantai masih putih dan ada pokok yang boleh berteduh. matahari dekat pulau dayang dilindungi oleh batu-batu bukit di pulau tu. jadi dayang sedikit sejuk berbanding dengan aur.

cukup 10 minit, kami dah balik semula ke dayang. dayang tetap di hati katanya :) 
malamnya bintang sangat indah di langit. tak seperti hari sebelum ni, hari ni malam cerah, nampak bulan penuh dan laut pun tak bergelora. sangat sedap dengan angin sepoi bahasa :) 
tiada gambar malam yang boleh dikongsi,
ia terlalu peribadi :)

Monday, 15 June 2015

Pulau Dayang, Mersing : Hari Pertama

pernah dengar tentang pulau dayang? kalau sebut dayang, selalunya orang merujuk pada tasik dayang bunting di Langkawi. Tapi untuk kali kita ke Pulau Dayang, Mersing. Dekat mana Pulau Mersing.. Sila lihat peta di bawah :) Pulau ni antara pulau yang paling jauh dari tanah semenanjung.



trip kali ni bersama dengan geng-geng rakan sebaya. ye kami semuanya lahir pada tahun yang sama. ada yang dah pernah berjumpa di luar, ada yang baru pertama kali bertemu. satu kumpulan bergerak dari kuala lumpur dan kami berjumpa satu lagi kumpulan di johor bahru kemudian berkonvoi ke jeti mersing.

jadi jia antara kumpulan yang bergerak dari Kuala Lumpur. jumpa yaya dan mula bergerak jam 5 petang ke terminal bandar tasek selatan. atas sebab-sebab tertentu kami mula bergerak dari sana jam 8.30 malam T_T 

adalah berhenti sejenak di RnR Yong Peng untuk solat jamak pada 11.30 malam dan bergerak semula ke Johor Bahru jam 12 tengah malam. berkumpul dekat kedai nasi ayam penyet yang femes dekat sana (alamak, dah lupa la nama dia) dan memulakan perjalanan yang mencabar ke mersing ikut jalan jb-mersing jam 1.30 pagi. dengan kabus tebal, jalan yang sangat gelap dan sentiasa berdoa selamat la sampai di jeti. Alhamdulillah selamat sampai jam 6 pagi, bersihkan diri di masjid berhampiran dan selamatlah jumpa si sham ni dan loading barang dalam boat comel.

 nampak tak muka orang tak mandi dari semalam.. waa masing-masing teruja dalam kepenatan.
 posing lagi sekali.

oh ya, kami ke sana dengan menaiki bot selama 8 jam.. ye anda tak salah baca, ianya 8 jam pergi dan 6 jam balik sebab kami ada amik speedboat masa nak hampir ke jeti. tak sanggup nak tunggu air pasang pukul 6.30 petang padahal dah ada dekat sekitar tu jam 3 petang.

ni nama dia bot anak kucing.. comel kan.. secomel saiz nya.. :)


laut agak bergelora waktu ni.. terpaksa baring untuk mengelakkan dari muntah.. kita masih nak jaga kemachoan lagi :)

hilang rasa penat, mabuk dan pening kepala bila lihat  keindahan ciptaan Allah.. terasa macam di Maldives pula. berdepan dengan pulau dayang ni, pulau aur. lebih besar daripada pulau dayang.


ni lah resort yang kami tidur. dekat pulau dayang ni cuma ada satu chalet saja dan mereka masak sendiri. dan masakan diaorang sangat lah sedap.. :)

aktiviti malam kami hanyalah santai dan lihat pemandangan malam. malam ni agak berangin dan satu bintang pun tak nampak. kesudahannya bilik perempuan-perempuan comel (bilik jia la tu) masing-masing dah lena awal. sebab kami yang tak cukup tidur sepanjang perjalanan. jia cuma tidur sejam dalam perjalanan yang ambil masa dalam 12 jam.. :'(