cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Wakaf dosa

Monday, 12 October 2015

Wakaf dosa

Sempatlah melihat sebentar rancangan dai'e di tv3. Waqaf dosa.. apa itu wakaf dosa.. dosa pun boleh diwaqafkan? Bukan harta saja ke. :) saat kita menekan butang like, share kita dah pun berjaya mendapatkan satu saham waqaf dosa. Atas sebab apa? Sebab kita menghebahkan berita tampa kita tau samada benar atau tak terus kita viralkan hingga mendatangkan kemudaratan yang lebih besar.
Cabaran dunia sekarang kan? Bila dikatakan zaman dihujung jari. 

Zaman pelbagai perisian. Sampai satu tahap tekan butang mute sampai setahun sebab selalu dapat mesej atau gambar salin dan tampal (copy and paste) yang bila kita tanya betul ke, sahih ke, kau ada ke kat tempat tu. Jawapan yang selalu dapat oh aku dapat dari group lain la, entah aku copy je. Rasa macam nak keluar group je sebab yang selalu buatni kawan yang rapat dengan kita. Bila tegur terasa la. Jadi selalu terpaksa sabar, sebab lepas tegur pun selalu buat balik.

Zaman 5 tahun lepas emel berantai. Sekarang whatsapp berantai sampai ke fb. Hentilah.. benda yang tak pasti ni. Takut jatuh tahap menfitnah. Dah la kita ni saham dosa selalu mencanak naik. Yang pahala makin kurus. Sanggup ke merangkak minta ampun di akhirat nanti? Moga ini pun menjadi pengajaran pada diri sendiri. Sentiasa belajar lari dari mendengar perkara yang belum pasti..

No comments: