cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Sekadar coretan

Sunday, 11 October 2015

Sekadar coretan

Aku belajar untuk menerima hakikat..
Aku belajar untuk menerima kenyataan..
Aku belajar untuk terima kegagalan..
Aku belajar untuk fahami erti permasalahan..


Aku tahu erti kecewa..
Aku marah kerana hati keliru..
Kenapa terusik kerna dari awal itu bukan tempat letaknya hati..
Hati kau tidak diletak di atas dari mula lagi..


Terfikir ahh ini mungkin kerna diri..
Mungkin jika aku kurus sedikit mungkin pandangan awalnya terpahat ke aku..
Andai aku pakaikan pakaian yang menawan mesti nama aku yang terpahat..
Jika aku biarkan perhiasan wanita itu dibiar panjang mungkin jarinya sentiasa membelai..


Bila makin leka..
Makin terbuai cemburu..
Ingin selalu renungannya ku buru..
Hinggalah satu saat itu hati tiba terdetik..

Adakah itu yang ingin dibangga?
Yang ingin ditarik itu nafsu..
Tapi yang ingin dimiliki kononnya cinta sejati..


Haluan yang difikir lurus, tapi perbuatan yang mau ditonjol jadikannya berliku..

Tak mungkin mau digapai yang baik tapi dimulakan dengan yang busuk.,
Perbetulkan semula tindakan untuk menggapai niat permulaan..
Biarlah yang dicantikkan perbuatan bukan memperagakan badan..
Yang bersifat haiwannya banyak namun biarlah kita memulakan sifat kemanusiaan..


Biarlah sifat ku begini., dari menjadi yang lain,,
Hanya kerna mengajar yang belum tentu halal bagiku..
Telah dikatakan dari dulu. Yang baik jodohnya tentu yang baik..
Maka biarlah hati ini terus beristiqomah..
Kerna jiwa ini tau.. ia belum tentu lagi putih bersih..
Banyak yang perlu dibaikinya..

No comments: