cookieChoices = {}; * C.J Diary *: February 2012

Wednesday, 22 February 2012

Sesaat Kau Datang

Sleeq feat Ramlah Ram

sesaat kau datang..
sesaat kau hilang..
kemunculan dirimu..
penuh misteri...

kau mendekat..
kau menjauh..
kau tinggalkan diriku..
sesudahnya kau membuang..
mencampakkan aku

sungguh kejamnya dirimu
mengkhianati cinta yg tersemat dijiwa
kau hancurkan segala harapan..
kau leburkan cinta yang telah kita bina

jika sudah kau mencintai
putuskan aku dengan baik caranya
walaupun sakit hati ku rasa
sesungguhnya aku tak rela

ia bukan sekadar lirik sahaja.. damn i wish it just a dream.. but huhh.. accept it jia.. its a reality..kalau ada yang menanya.. apa yg CJ boleh kata mungkin dia dah jumpa orang yang lebih bagus daripada CJ.. mungkin ada kekurangan atau ada yang CJ salah pertuturannya.. cuma apa yang CJ boleh kata, CJ pun tak tahu kenapa.. tiba-tiba terputus semua hubungan.. diblock semua access.. dibuang semua keistimewaan itu..

berdoa yang buruk?? tidak itu bukan cara CJ.. bukan cara kita sebagai seorang islam. buat kamu.. maaf sebab saya tiada apa-apa.. tak punya duit yang banyak (banyak hutang dari gaji) pekerjaan yang tidak segah kamu (bak kata orang ofis.. jia kau cuma kerani) dan harta yang banyak (I only got perodua viva) tapi kalau itu sebabnya saya ditinggalkan, saya tak akan merasa sedih dengan semua itu..

tapi kalau kerana kekurangan dari segi pertuturan dan perlakuan.. maafkan saya.. setiap saat adalah masa untuk saya berubah ke arah lebih baik.. maafkan sekiranya ia masih tidak mencukupi.. saya tahu kamu punya masalah di sana.. maaf kerana tidak mampu menolong dan berada di sana.. dan jika itu pun menjadi masalahnya.. sy redha.. segala janji.. sy masih simpan.. sebab tu saya kata.. jangan banyak berjanji, sebab takut satu pun tak di penuhi..

iya, saya masih menyayangi kamu.. jika dalam 3 bulan ini kamu masih tidak hubungi.. ya.. I know I have to move on..

love ya..
Y n J

Monday, 6 February 2012

Salam Semuanya..

sudah lama tak titipkan sebarang entri.. maaf incik diari.. maaf semua.. sepatutnya nak sambung entri ke kota singa.. dah msk sebulan sejak CJ balik ke sini semula.. tapi tulah.. bila pendrive comel CJ tu hilang.. (waa sangat sedih) terus mood untuk nak taip tu hilang... (T_T)

tapi insya allah akan teruskan, cuma masa mungkin terhad sedikit.. nak mengejar buat projek, buat tugasan.. dengan kerja nya lagi.. penat jadinya.. sampai jumaat lepas dah sakit demam sendi-sendi tulang, tekanan darah rendah... moga CJ lebih pandai menangani stress untuk masa depan..

untuk yang ingin tahu.. kalau tak nak tahu pun tak pela.. alhamdulillah.. saya mula mengenali seseorang.. baru lagi.. baru sesangat.. sebulan lebih kot.. doakan yang terbaik.. sebab bila saya kata ia pada hubungan yang lebih tinggi dari kebiasaan, CJ perlu akui akan ada dugaan.. (psst anggap la dia bukan orang sini) moga saya lebih kuat.. lebih-lebih bila dah jauh.. doakan ya.. :)


salam sayang,
CJ