cookieChoices = {}; * C.J Diary *: January 2013

Thursday, 31 January 2013

sabar itu penting

Kalau siapa yang dapat scan diri aku sekarang ni, aku boleh katakan tak ramai mampu bertahan. Aku kadang-kadang bersyukur sangat-sangat punya kekuatan menahan sabar dalam menjalani ujian demi ujian yang Allah turunkan. Pasal kehidupan aku, kuliah, persahabatan dan keluarga. Ada satu tahap aku sampai jatuh terduduk menangis seorang diri waktu orang lain tidur, dan kadang-kadang nak bangun pun aku dah tak mampu. Letih dan penat yang amat. Kan orang kata orang yang selalu tersenyum tu lah orang yang mengharungi banyak dugaan, dan dia orang yang kuat. Kenapa kuat? Ingat senang ke nak senyum saat kita "sakit". Cuba korang senyum masa sakit gigi? Rasa nak cabut terus gigi tu kan? Huhuhu..

*aku masih tak paham kenapa orang tak percaya aku ni umur dah nak masuk 27. Masa aku umur 20 kata muka macam 24 @ 25. Lani terbalik pulak. Motif? Alhamdulillah seseorang mulai beransur pulih. Mungkin lambat, tapi kalau dah positif aku sangat-sangat bersyukur. Mudahan sinar kebahgiaan akan menjelma disebalik kesukaran. 3 bulan di uji, mungkin orang lain lagi teruk kan? Aku doakan kekecewaan dan kesakitan kita antara yang pernah menanggungnya akan berakhir. Amin ya rabbal alamin :-)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 10 January 2013

kegilaan terbaru

Pada siapa yang kenal aku, aku memang gila apa sahaja mengenai sukan, lebih-lebih lagi bola sepak. Jadi, setelah diperkenalkan oleh kawan-kawan aku.... Tadaaaa aku dah join pun. Tengah membeli pemain untuk pasukan aku.. JYF.. J untuk Jia dan selebihnya tu, hahahaha memang tak la aku nak bagitahu... Ada sesiapa main ni tak? :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, 6 January 2013

sahabat

Tidak terbatas pada satu-satu usia...
Tidak dibataskan kerna perbezaan agama..
Hakikatnya..
Jika kita memahami batas-batas sempadan perbualan..
Batas-batas dalam mengetengahkan idea dan perdebatan..

Siapa kata kita bebas dalam segalanya..
Setiap perkara perlu ada garisan sempadan..
Makan pun perlu berhenti sebelum kenyang..
Jadi siapa kata kita boleh buat apa saja..
bila kita memahami apa yang boleh membuat orang lain hilang pertimbangan..
Perlu ke kita menarik picu bom?

*sebagai seorang yang mempunyai kawan berbilang kaum, kami tiad masalah.. Boleh bertukar maklumat, membahaskan isu, bertukar lawak jenaka, beramah mesra tanpa melibatkan perasaan tidak emosi yang tidak menentu. Sayangnya, ini semua boleh bertukar menjadi teruk jika akal fikiran di pengaruhi politik yang semakin tidak sihat. Bila lah zaman memburukkan orang lain ini akan berlaku??

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, 2 January 2013

jangan bersedih

Entri pertama untuk tahun ini.. Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah.. Bersyukur? Tentu ya, saat kita bernafas dengan mudah.. Ada insan lain berjuang bermatian-matian untuk bernafas dalam tempoh 5 minit. Jadi, jangan bersedih atau hampa hanya kalau hari ini tak seindah semalam.. Aku pun baru berhenti menangis.. Sekali sekala boleh tapi jangan selalu.. Waktu lemah tu la "orang ketiga" senang masuk dan beraja dalam hati kita. Jadi berhenti menangis ya...

Published with Blogger-droid v2.0.9