cookieChoices = {}; * C.J Diary *: August 2014

Saturday, 23 August 2014

Saya Sayang Malaysia


pada bulan kemerdekaan Malaysia yang akan jatuh pada 31 Ogos 2014 (Ahad), jadi CJ diantara ribuan rakyat Malaysia amat bersyukur dapat bernafas di bumi Malaysia. kita mungkin lah bukan dalam keadaan terbaik, namun kita masih bertuah jika dibandingkan negara-negara lain yang sedang bergolak saat ini..

berhenti dari menyakiti dan berhentilah dari disakiti.. 
kemakmuran dan kemerdekaan ini bukan mudah didapati..
janganlah kita senang-senang menghancurkan..
di sini tanah tumpah darahku
di sini lahirnya.. sebuah cinta..

jom bersama-sama viralkan #SayaSayangMalaysia di laman sosial yang lain.. :)

Friday, 22 August 2014

MH17

.
Dari Dia kita datang, dan kepada-Nya kita kembali.. awan mendung dari pagi hingga kini.. seakan sama-sama bersedih dengan apa yang terjadi. segala kesedihan dirasai.. walaupun kita tidak mengenali.. buat keluarga mangsa MH17, hanya titipan doa mohon kekuatan dan kesabaran meneruskan hari demi hari. kesakitan sama dirasai, kehilangan sama difahami..


moga selawat ini dapat menghilangkan duka dihati. setiap yang kita punya adalah pinjaman dari Allah.. Dia yang memberi, Dia juga yang berhak untuk mengambil kembali.

“Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia.”


Saturday, 16 August 2014

Kenapa Pilot?

sekarang ni.. ramai yang bertanya..kenapa pilot a.k.a juruterbang.. tak dinafikan.. kebelakangan ni ada nota kaki setiap status di fb yang akan terselit "encik pilot".. atau buat "mr pilot" dan sewaktunya dalam coretan aku.. ia kadang-kadang sekadar satu lawak, atau satu perkataan yang membawa maksud bakal suami ku..

"macam la layak kau dengan pilot", "untunglah kalau pilot nak" dan "tak habis-habis pilot.. tak takut ke sekarang ni.. (ni agak kureng diajar).. buat makcik-makcik  tepi dinding (wall = dinding.. get it?) salah ke kalau betul saya simpan atau pasang angan-angan nak pilot. hina ke? Tiap makhluk yang Allah ciptakan cantik semuanya.. Manusia aja yang meletakkan kecantikan itu berperingkat-peringkat. 

dan buat akak-akak, iya saya pernah berkawan dengan pilot dan berpisah pun (mungkin) namun tidaklah saya kata saya serik. mereka pun manusia.Lupakan tentang gambaran yang dipaparkan dalam drama-drama yang bagi aku sangat keterlaluan. mungkin kalau nak dapat rasa sedikit feel tentang pilot.. tengok drama Jepun Good Luck. abaikan drama-drama sekarang yang merepek dan tunjukkan macam lah dorang tak ada kerja sangat. namun pilot yang aku maksudkan orang yang bakal mengemudi rumah tangga yang bakal di bina.. dia lah suami, ayah dan ketua keluarga yang akan mencorakkan perjalanan keluarganya, kearah mana yang mereka akan pergi..

*jawapan aku pada makcik-makcik.. kalau pilot nak saya, untunglah wei...

Friday, 15 August 2014

Buat Apa Yang Anda Rasa Wajar.. Asalkan....

sejak dua menjak ni.. entah lah.. hujan turun.. air mata pun turun.. ah sudah.. pernah ke yang lain rasa perasaan ni sebelum ni? bagi CJ ia normal. tak tahu lah sebenarnya saya ni tak berapa normal sebelum ni.. huhuhu.. rupa-rupanya salah seorang yang CJ pernah tak terima cinta dia, berkahwin dah awal bulan ni.. dan ramai kata muka sama macam CJ. abaikan yang perkataan muka sama tu.. mungkin dah jodoh dan kebetulan muka sama.. (tapi dia lagi lawa.. secara serius sambil aku menekan kekunci ni macam main piano)

pernah seorang kawan poli pernah cakap.. "kau ni dah salah pilih orang dulu la.. kenapa la kau pilih si E bukan budak ni.. mesti menyesal kau sekarang. kalau tak kau dah kawin dengan dia. dah ada 3, 4 orang anak dah"

pertama sekali.. untuk jawapan tu, ingin aku tekankan perkataan "kalau".. sebagai seorang muslim, tahukah kita tidak digalakkan menggunakan perkataan yang belum tentu jika terjadi apa yang kita ramalkan atau fikirkan.. akan jadi macam yang kita nak.. berapa kali dah nak betulkan tanggapan tu.. "tu lah kau.. memilih sangat.. jangan nanti tak kawin sudah.. bagus kawin cepat-cepat.. umur pun dah meningkat" sampai bab ni.. bukan rasa stress, tapi rasa macam nak luku secara sopan.. 

manusia mana yang tak mahu menikah.. punya anak.. punya tanggung jawab.. jaga seorang yang kita sayang dan miliki secara sah ikut hukum agama. pernah tak dengar aku selalu cakap "telah ku berusaha, dan kini ku lepaskan semula kepada Pencipta. dan aku yakin dengan ketentuannya dan Insya Allah aku tak menyesal dengan keputusan yang ku pilih".

kerana itu aku memilih untuk tidak menerima dia kerana dia cukup baik dan dia mampu mendapatkan lebih baik dari aku dan alhamdulillah dia dah dapat. ye, aku terkapai-kapai sekarang namun aku syukur aku ada juga kelebihan yang lain yang di beri dari Allah. dan sekarang kau pula kena menjawap soalan bila nak dapat anak pula kan?

**sekiranya kita sudah ada pilihan, lakukan lah. hidup kita, selain dari milik Allah.. kita juga yang akan melaluinya. putuskan lah keputusan ikut akal dan berlandaskan agama, tapi jangan menggunakan perasaan yang sering kali buat kita merasa kesal dan kecewa.

**cinta, pelajaran, kerjaya dan keluarga 4 perkara terbesar yang perlu kita buat keputusan. pilih siapa, belajar dekat mana, nak kerja apa, nak ikut mak atau ayah, persoalan-persoalan yang akan kita tempuh dari mula kita melihat dunia.. hingga la nafas yang terakhir.. namun jangan dilupakan niat asal kita ke dunia,.. untuk mencari keindahan di akhirat kelak..

Friday, 8 August 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..


dah 12 hari beraya, baru nak ucapkan. biarlah, asalkan sudah pun cakap.. selamat hari raya aidil fitri.. alhamdulillah masih lagi bernyawa dan bernafas untuk raya kali ini. banyak yang berlaku.. tapi biarlah itu jadi rahsia dan pengajaran. tahun ini masih beraya di melaka.. mak ayah asal dari sana.. tak tahulah kalau tahun depan beraya dengan suami pulak ke.. amin.. :D

 tiap tahun perkara yang sama ditanya.. bila nak kawin.. awak bila lagi.. dah ada abang ke.. ketahuilah.. setiap wanita yang normal.. siapa yang tak ingin berkahwin.. menjaga rumahtangga.. menjadi isteri, ibu, tukang masak dan guru dalam keluarga. sedari kecik, tanya lah pada mana-mana perempuan.. akan ada angan-angan macam mana kita nak perkahwinan tu di jalankan.. saya sudah berusaha.. cuma jodoh masih belum menyingga..

bila dah malas untuk bertingkah... jawapan yang keluar.. "saya tunggu abang pilot datang meminang saya. nikah je terus dia boleh bawak saya terbang pergi honeymoon." terus senyap "makcik-makcik" yang prihatin ni..

 "anya, mana acik pilot ni.. afiq teropong ye"

 orang yang pernah mengalami seperti saya dulu. kakak sedara saya.. antara yang lambat nikah.. tak apa.. akak faham.. saya jawab " tak apa.. diaorang kena faham, aku cute sangat kak". terus terasa ada orang luku..
 adan yang selalu kena usik dengan makcik dia.. a.k.a anya a.k.a jia.. selalu cakap tak nak kawan.. tak nak pegang tangan.. nanti saham makcik dia jatuh.. :) seorang yang sama rupa, sama perwatakkan, sama tingkah laku dan satu aja yang dia tak ada.. lesung pipit.. kalau tak.. konferm susah nak mengorat orang nanti :)
 senyap.. relaks.. being positive.. I know you out there my pilot a.k.a jodoh.. I know you will flight and landed in front of my house.. one day..
 cheese!!
 "nanti acik pilot datang.. abang adie nak suruh beli kereta ni la"


 :)

 sedara di kampung

kepenatan.. itu juga yang di rasa.penat bercakap. penat melakukan.. penat menahan diri. tapi lihat mereka semua.. walau masih ada kekurangan.. aku masih ada mereka.. kesayangan ku..