11 januari..
tarikh yang sentiasa diingati..
buat seorang kakak untuk seorang adik..
keistimewaannya mengatasi orang lain..
kesakitan yang dialami dalam menguruskan adik tercinta..
yang hingga kini kesakitan itu masih kekal..
namun apalah ertinya..
dari kesakitan yang dialami adiknya hingga ke penghujung usia..
3 tahun..
itu tempoh perpisahan kita..
saat akak sibuk dengan pengajian hujung minggu..
telefon entah ke mana.. pesanan dibuka tiada..
berderu-deru panggilan di buat..
panggilan dari kakak tercinta dijawab..
dalam suara tangis teresak-esak meminta pulang..
adik tersayang seperti lain benar kelakuan..
memecut si kakak pulang untuk melihat adiknya..
rupanya adiknya sudah pergi mengadap yang Esa..
terkaku terdiam.. terjelepuk lalu melihat..
menahan airmata.. lantas mencium dahi dan pipi..
tahu ini kali terakhir mampu bersama..
sukarnya menahan perasaan, bila polis mendesak untuk dibawa ke hospital..
mahu dibedah mahu di siasat..
hey, kematiannya bukan kerana diseksa..
tak dapat lihat ke dengan mata sendiri keistimewaannya..
tiada lebam mahupun calar, mahu disiasat entah kenapa..
lantas disimpan semalam di bilik sejuk..
namun kuasa Allah mengatasi segalanya..
doa si ibu dimakbulkan..agar anak mudah untuk disemadikan..
moga pisau tidak menyentuh kulit si anak..
bersemadilah sayang..
lihat ramai menangisi mu duhai adik..
maafkan airmata kakak mu tidak jatuh saat itu..
kerna kakakmu tahu di sama syurga bagi mu..
terima kasih untuk kematangan ini..
terima kasih untuk kasih sayang ini..
terima kasih untuk nilai kesabaran ini..
selagi diri ini bernafas..
selagi itu satu nama tetap dalam hati ini..
selagi itu satu tarikh tetap terpatri..
selagi itu rindu ini masih belum berpenghujung..
**kasih yang murni datang dari hati yang suci**