cookieChoices = {}; * C.J Diary *

Monday, 4 June 2012

Dah Hilang ke Budaya Memakai Baju Kurung dekat Majlis Perkahwinan?

Assalamualaikum...
Baik memulakan salam sebelum yang lain :)
Minggu yang kurang melakukan sesuatu benda..
jadi minggu ni banyak buat crossword , novel dan melupakan final sem pendek minggu depan.. (no good)

dalam masa minggu bermalas-malasan..
aku telah di jeling-jeling manja oleh emak aku..
untuk datang kenduri kawin sepupu aku, Raihan a.k.a dak yan minggu ni..
kalau tidak, akan ada syarahan nanti awak nak kawin.. kenduri.. tak ada orang nak datang tolong.. bla bla bla (jika cepat jodoh tu datang, kawin la den ni :] )

jadi disebabkan ahad aku akan sampai lambat dekat belah laki.. (sepupu aku ni laki)
kena la aku bersiap-siap dan make up secara sederhana.. (aku memang tak percaya pada nak cantik kena letak make up 7-6 lapis.. huh)
nampak kan sememangnya sangat-sangat natural atau dalam erti kata lain..
aku tak suka tebal-tebal, terasa seperti pakai plastik atau lekat adunan cucur bawang yang aku suka buat tu dekat muka..
jadi memang tak la.. :P

jangan tegur muka ku yang agak tembam sekarang.. sedih..
ni tengah melihat persekitaran masjid.
sedih apa yang aku jumpa..

walau pun kaum wanita ya hanya sekadar meletakkan kenderaan dalam persekitaran masjid..
perlu ada adab-adab yang perlu di kita sebagai seorang wanita muslim atau pun sebaliknya yang patut kita ikuti..
apa la yang akan jadi kalau imam baru selesai solat jemaah bila nak turun tangga ternampak perempuan yang pakai skirt labuh (labuh dah bagus dah) tapi potongan sampai atas peha, dalam tu boleh pulak nampak ada pakai seluar pendek.
mau tergolek sambil semput dekat atas tangga tu..

adakah orang zaman sekarang dah tiada lagi rasa malu??
dengan selendang tiada untuk menutup rambut yang berterbangan..
apa tah lagi pakaian yang boleh buat orang pandang serong pada seorang wanita apatah lagi muslim..

malas nak pandang aku pun tuju la dekat rumah belah perempuan..
tak kisah la belah laki atau belah perempuan..
tapi apa yang perhatikan..
ramainya orang yang memakai baju seperti nak pergi "berjalan-jalan" untuk kenduri kawin sekarang ni..
aku dah lagi pelik..
mana pergi baju budaya kita?

nak kata dah old school baju kurung ni, dah ada macam-macam fesyen sekarang ni.
kan lagi sopan dan cantik baju kurung ke, kebaya ke, kebarung ke..
ni pakai baju yang.. aduhaii...
masalahnya.. TAK CANTIK pun
pendek kainnya, ketat ukurannya tapi tak la cantik mana pun..
kalau bukan orang Melayu sendiri yang nak bangga dengan baju sendiri..
nak suruh siapa lak yang bangga..

~aku yang masih keliru~
CJ

Thursday, 31 May 2012

Kenapa Tidak Berkahwin??



JAWAPAN Jika Ditanya Tentang Perkahwinan ::

Kenapa Lambat?   = Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku.
Dah Berpunya?     = Ya.. Kerana setiap org telah ditetapkan jodoh masing2.
Siapa?          = Nanti Allah akan perkenalkan kpd semua.
Bila?                     = Bila kami sudah disatukan.. InsyaAllah jemput datang ke Walimatul urusku nanti :)

P/S: Janganlah selalu bertanya bila orang tu mahu berkahwin kerana semua rahsia dia, terletak di tangan Allah... Sampai masa Allah akan membongkarkannya.. (^_^) 

ini di ambil dari email yang di hantar oleh seorang kawan.. terima kasih Fai. =) bagi aku siapa yang tidak mahu berkahwin? kalau calon dari imam muda ke, hafiz hamidun ke masuk meminang... belum dia sempat tanya aku dah landing baik  punya depan dia sambil jerit YES!! kuat-kuat (dalam hati saja la) hakikatnya menyebut lagi senang mencari.. orang yang pada awalnya tak mahu berkahwin, bila berjumpa yang sesuai pun akan terdetik niat untuk berkahwin.. ayat standard "tak ada siapa  nak dekat saya".. tapi ayat aku selalunya "ngorat kau pun tak lepas, ni nak ngorat orang lain" huhuhu.. hakikatnya, aku sedar aku punya banyak kelemahan.. nak imam muda, aku ni layak tak jadi ustazah pilihan? jadi sebelum mencari yang terbaik, baik aku persiapkan diri aku untuk menjadi yang terbaik. pasti yang terbaik akan mencari..

p/s : aku dah mula buat muffin la kek la.. lepas tu coklat.. nanti-nanti masak memasak pulak.. dah orang kata aku nak upgradekan profile aku.. my future mother in law.. where ever or who ever you are..I can bake and cook right now.. please love me more..huhuhu .. kita akan bertemu..jadi aku selalu berdoa dipercepatkan pertemuan kita pada bakal suami ku.. (sesiapa sahaja) Amin...

Doodle Yang Sangat Comot

setelah lama jari jemari tak buat doodle.. tiba-tiba terasa nak buat pulak.. jangan bandingkan C.J punya dengan orang yang dah lama buat doodle ni.. memang la den kalah yo... anggaplah ni C.J tengah kontrol-kontrol ayu nak gelak... C.J ni pemalu tau.. (ye aku tau korang nak gelak.. tak nak caya la tu) ni la doodle yang aku buat semalam..

 
 sopan je duduk sambil gelak.. memang banyak comotnya.. insya Allah ada masa betulkan lagi teknik.. tapi aku dah makin bagus kan? kan? (puji diri sendiri lagi.. ciss)

Wednesday, 30 May 2012

Wordless Wednesday

aku rindu pulak dekat budak-budak coral speking SK TTDI 1 masa Majlis pelancaran APEL bulan lepas.. akak kerja dekat MQA ya sayang semua.. bukan akak PWTC.. huahuahua

Tuesday, 29 May 2012

Perlu Ke Kita Terlalu Di Sogok Dengan Hiburan?


sekarang ni.. kalau toleh ke kiri dengan ke kanan..
baca surat khabar, tengok tv..
buat itu ada konsert, buat ni ada konsert..
sampai untuk Olimpik pun ada konsert..

buat aku tertanya-tanya..
kalau tak ada konsert, olimpik tak jadi buat ke?
kalau tak ada konsert, belia tak nak berhimpun ke?
kalau tak ada konsert, tak ada orang ke nak datang?

aku bukan orang yang baik sangat pun. KPOP memang aku minat. sebut je kumpulan apa boleh je aku nyanyikan... tapi...
biarlah berpada.. ni buat itu ada konsert.. buat ni ada konsert.. orang-orang belia macam aku ni dah di hadapkan sangat dengan hiburan.. semenjak decoder Astro aku ni rosak, siaran percuma la yang aku duk tekan-tekan.. tapi baru aku sedar.. siaran yang terlalu banyak hiburan adalah siaran  TV1.. kalau tv3 atau swasta aku cuma dapat senaraikan mentor (setiap hari Ahad) dan rasanya itu sahaja.. bila tengok iklan aku rasa sangat mendukacitakan aku..

we are the youth of nation.. please fill us with knowledgeable not trash.. hiburan memang perlu.. tapi bila dah terlampau banyak ia adalah benda yang sia-sia.. kembalikan tv1, siaran yang banyak paparkan dokumentari dan rancangan-rancangan ilmiah.. Jangan sebab nak bersaing dengan swasta, jadi nak lebihkan hiburan.. jangan risau, anda ada peminat tersendiri..

p/s : dari aku tengok bintang rtm tahun ni, baik aku pergi dengar orang nyanyi dekat pusat karaoke.. sama je semua feeling macam artis.. gaya lebih, suara maaf ye.. you're out!!

Thursday, 24 May 2012

15 Anugerah Allah pada Wanita tidak pada Lelaki.


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
artikel ini di ambil dari  blog sebuah kehidupan

Monday, 21 May 2012

Satu hari nanti

satu hari nanti..
aku akan menutupnya dengan cermat..
aku akan merendahkan sedikit suara ku..
dan menjalani kehidupan seperti yang telah disyariatkan..

dan suatu hari nanti aku akan berjumpa seseorang yang berkebolehan..
yang dapat membimbing aku dan anak-anak ku..
agar tidak terbabas dari laluan yang sepatutnya aku jalani..

 
 

Thursday, 17 May 2012

To Lovely Chocolate Lover



 
sekarang C.J dah buka perniagaan berasaskan coklat. untuk penduduk sekitar Cheras, Bandar Tun Hussien Onn, Cheras Selatan (balakong) dan sekitarnya boleh buat tempahan pada C.J ya. kawasan sekitar office C.J pun boleh.

boleh la jenguk-jenguk pada littlecikyah (little ke CJ ni) huhu
maaf mungkin tak banyak entri lagi..
tapi kepuasan anda keutamaan kami :)