cookieChoices = {}; * C.J Diary *

Monday, 7 May 2012

Cuti Budget..Singapura(Bahagian 5) Cenderahati dan Makanan Halal

bila kata nak cuti mesti kita fikir apa yang nak dibeli untuk ole-ole..
lebih-lebih lagi bila di Singapore.
Ya.. aku akan fikir 18 kali..
dah habis kira 18 kali...
kira balik 18 kali..
nilai tukaran yang tinggi.. (2.50 untuk 1 SGD mahal bagi aku..huhu)
sebab tu verangan (bak kata Johan masa Super Spontan)
nak dapat teman lelaki orang Singapura (verangan je la kau weii)

ok.. berbalik pada tajuk entri..
sebab budget aku yang tak berapa besar..
aku search internet untuk dapatkan info..
tempat yang mana boleh bagi harga murah untuk doorgift ni..

1. Bugis Street






ni info pertama yang aku dapat.. untuk ke sini kena turun di MRT Stesen Bugis. Naik escalator menuju ke dalam bangunan Bugis Junction. Keluar dari mall ni, hanya perlu melintas jalan untuk ke sini. Bagi aku, dekat sini boleh dapat keychain 4 untuk 10 Dollar.. tapi bagi sesiapa yang nak borong tempat yang selepas ini adalah yang terbaik...

2. Chinatown


Yup.. ini lah tempat yang terbaik untuk borong keychain, baju t, fridge magnet.. you name it, we have it.. (aku ni dah macam duta Chinatown pulak.. haha)
20 key chain untuk 10 Dolar.. 6 Fridge magnet untuk 10 Dolar..
Dan inilah tempat terbaik untuk orang yang berhemah ketika berbelanja macam aku ni.. huhu
untuk sampai ke sini, naik la mana-mana MRT dan lihat laluan Ungu.. cari stesen Chinatown. ada baca entri aku dulu pasal tempat tinggal aku? Ia laluan yang sama untuk ke sini..

Jadi mari berbicara tentang makanan halal (aku ramai kawan dari Indonesia, jadi berbicara sedikit)
walau cuma sebelah saja dengan Malaysia, memang ramai merungut bila nak cari tempat makan dekat sini (dah macam aku pergi jalan jauh sangat pula)
nak tak nak cuma makan fast food sepanjang aku ada dekat sini..
dan aku tak pernah makan banyak makanan segera dalam tempoh 3 hari.. (T_T)
bukan tak ada makanan yang lain (walaupun tak banyak pilihan)

Nasi Dengan Kari Ayam dekat Arab Street.. 4.50 Dolar + Bandung 1 Dolar = 5.50

tapi aku boleh dapat yang hidangan kfc / mc d dengan tambah 90 cent untuk hidangan yang lengkap..
kira yang boleh buat aku kenyang lama..
makanan yang makan dekat food court ni (kebanyakan makanan di food court tak halal ye.. bukan semua)
buat aku rasa nangis kuat-kuat.. sedih

dan tempat makan paling buat aku sedih..
walau orang banyak kata tempat ni sedap ialah...


tempat yang popular dengan murtabak (kata nya guna olive oil)
tapi servis sangat sedih dan non hado
pelayan very rude dan buat tak nampak orang baru masuk..
bukan tengah sibuk ambil tempahan..
tapi sibuk bersidang
bila pergi tingkat bawah (ni sabar dah kurang sangat)
siap cakap 'order dekat atas.. pergi naik'
pergh.. aku da nak terbalik kan meja baru nak ambil order..
buat siapa yang nak sangat tengok rupa murtabak dia..
ni la..


murtabak daging.. atas dia pun tabur daging kisar lagi..


yang ni pulak murtabak ayam..
memang isi ayam besar-besar dalam tu..

bagi sesiapa yang nak rasa..
cuba la order yang saiz kecil dahulu..
bagi aku, aku lagi suka yang dekat pasar malam aku tu..
tak kering, tak mahal dan yang penting tak layan aku macam kurang asam..

aku tengok cara pekerja dia layan aku dan kawan-kawan dah buat aku tak berselera langsung..
rupanya ramai blogger dari Malaysia terima layanan macam ini ya...
nasib.. nasib..

Doa Di murahkan rezeki


untuk bacaan kita semua..
sharing is caring..

Friday, 4 May 2012

Can I trust you


I make you smile when you feel down..
I listen to your problem even if I'm not feeling well..
Get worry when I know you getting sick..

Don't get me wrong..
Not because I like you..
Not because I love you..
it because you are my friend..
and all my friend is special to me...

but..
Didn't you know it..


yes..
I am so angry..

and yes..
everybody say time will heal everything..

and before it..
please..
I hate it when people lie to me..
It make me feel I'm like fool to you..
When I always ask you the same question..
Its mean I know that you trying to be a liar..

And I give you time to admit it..
but.. you don't take it your last chance..

I may be

Segmen : Header For Blogger

tak pernah-pernah nak masuk pertandingan, tiba-tiba rasa nak join pulak. kalau dapat, syukur la.. kalau tak pun boleh rasa pengalaman baru.. dah lama aku pakai header yang ni.. tak punya masa untuk buat yang baru.. selama ni asyik buat sendiri je. teringin pulak nak orang lain buatkan (ni sebab dah masuk super duper malas.. hehehe)

jadi, untuk sesiapa yang ingin masuk contest ni.. feel free to click hansya..

Wednesday, 2 May 2012

Cuti Budget..Singapura (Bahagian 4) Makanan Halal di Universal Studio

saja tak mahu nak buat entri apa yang ada dalam USS. cukup cuma aku cakap dalam tu ada 7 zon. malas nak buat entri sebab gambar banyak sangat, dan banyak blog yang dah bercerita apa yang ada dalam tu. tapi nak bakar sedikit, aku letak satu gambar saja. hahaha

tak apa.. orang yang kurang kiut memang suka buat muka macam ni.. huahuahuahua.. kiut kan? kan?
dekat dalam USS ni tak semua tempat yang halal untuk di makan. kalau yang lain tak kisah untuk nak makan semuanya, itu terpulang pada anda. tapi bagi aku, kalau dah tak halal, tak perlu makan. bukannya aku dalam keadaan darurat pun kan?

dalam USS yang di jual di kiosk semuanya tak halal.. yang boleh makan cuma nachos (yang masam) dan popcorn sahaja. semua zon ada kedai makan, tapi tak semua yang boleh makan. sila ambil map untuk cari lokasi, di situ memang ada tanda halal atau tidak. ni aku tolong bagitahu yang mana halal ye.

1. Mel's Drive-In (ihsan keropokman.com)
Mel's Drive In, Universal Studios Singapore
restoran ni terletak di zon hollywood. dekat sini untuk siapa yang nak makan makanan fast-food.. bagi aku yang asyik dok telan makanan western (akan aku cerita nanti) jadi aku dah tak nak tengok burger lagi. sini ada meal yang boleh anda pilih la.. kalau berkenan la..

2. Oasis Spice Cafe
ni pulak terdapat di zon ancient egypt.. ni tempat kedua untuk makanan halal dekat sini.. ni pulak lebih pada makanan arab, melayu (roti canai) dan india.. ada jugak set yang boleh di pilih. sebabkan jarak entri ni dengan tarikh yang aku pergi agak lama, aku cuma ingat sedikit nama set tu.. ayam butter. huhu.. harga dalam 10 ke 15 SGD.. rasa dia ok la, cuma aku tak boleh makan sayur yang dicampur dengan yogurt rasanya.. masam.. ahaa.. ni gambar dari pakcik google.. combo set 3 ni la yang aku makan... boleh lah..

3. Marty's Casa Del Wild

untuk sesiapa yang nak makan ala-ala thai sini lah tempatnya.. kedai ni terletak di zon madagascar dan kami tak pilih makan dekat sini sebab tak mahu makan tom yam.. (Malaysia kan lagi sedap.. jadi tak mahu bandingkan nanti.. huhu) ada jual satay, kari dengan tomyam.. jadi sebab tak nak rindu dengan makanan umah aku yang lagi sedap, aku tak mahu makan dekat situ.. sedih..

asal sedih je posing.. cute tak aku a.k.a C.J.. susah tau aku nak maintain kecomelan aku.. huhuhu

ok aku dah penat.. mana jalan keluar ni?? huhuhu cepat tunjukkan aku... ke aku salah pintu ni..

muka dah penat.. mahu pulang!!!!

 selamat tinggal USS



Cuti Budget..Singapura (Bahagian 3) Universal Studio Singapura

maaf sangat-sangat...lambat pula nak update entri ni.. dah berbulan rasanya.. untuk ke universal studio ni ada dua cara nak ke sana. samada menggunakan MRT atau teksi. pada siapa yang punya budget yang banyak, naik la teksi (lebih kurang SGD20-25) tapi bagi sesiapa yang punya budget yang ngam-ngam macam aku MRT dan Bas adalah pilihan yang paling tepat. untuk ke USS, perlu naik MRT tak kisah la dari stesen yang mana pun, cuma perlu turun ke stesen HarbourFront yang terletak di Vivo City.

keluar dari Vivo City dan jalan terus ke perhentian bas yang ada di depan Vivo City dan terus berjalan sampai anda nampak yang ini..

haha maafkan sebab kena pulak tengok dengan kepala yang teleng.. RWS 8 ni no bas yang akan terus bawak anda semua ke dalam USS. Tambang untuk bas hanya SGD 2 sahaja. dan balik nanti tak perlu bayar tambang bas.. ni masa dah sampai. bas ni terus ke parking bawah tanah.. dari sini, masuk ke pintu dan terus naik ke escalator untuk ke USS.

 

nampak tak escalator tepi tu.. itu la yang akan bawa anda ke sana

 

 

 

dan... taraaaa...

 dah masuk pun... wuhuuu.... anda bagaimana??

Wordless Wednesday