cookieChoices = {}; * C.J Diary *

Wednesday, 8 July 2015

Kawan Baik Selamanya


kami dah kenal lebih 12 tahun..
ada yang lebih 16 tahun..
 dalam setahun kadang-kadang dapat jumpa 2 kali je..


tapi tu bukan bermakna..
kalau jumpa banyak kali..
dah boleh gelar kawan sejati..
cukup sekadar kita tahu keadaan masing-masing..


I don't care what other people think or say about you.. about us..
lembut ke.. apa ke..
atau perempuan lebih kasar ke..
janji mereka baik, itu dah bagus,
dah ada yang dah kawin, nak timang anak sulung lagi..
dah berbuih mereka-mereka mendoakan saya pula bakal menyusul..
bernikah dengan seorang yang baik dan menerima persahabatan kami..

mudah-mudahan doa  mereka termakbul tahun ni..
who knows?
I will change my title to mrs this year??
huhuhuhu


Cinta



Monday, 6 July 2015

Cuti Budget : Pulau Dayang (Hari Ketiga dan Yang Terakhir)

hari ini lah hari penamat. segala keseronokan.. segala kepenatan.. 
lambat nak menaip entri.. kekurangan idea dan masa yang mencemburui hehe..

nampak macam dah tengah hari kan?
sebenarnya waktu ni jam 8 pagi tau.. panas terik betul..
sebab tu la sunburn dari belum + dayang ni = gelap gulita..
(err malas betul nak naip pasal belum)


terima kasih Allah..
trip pertama Geng Rakan Sebaya berjaya akhirnya.. :)
moh kita balik naik tongkang semula..
8 jam T_T

dah-dah.. jom naik bot..

 dalam perjalanan, kali ni kami pilih laluan yang boleh nampak pulau-pulau lain.
jauh daripada jalan yang pergi dulu
tapi nampak pulau lain..
jadi terima saja..
nampak pulau besar..
pulau rawa..

pulau rawa.. lagi panas dari dayang :)

 tengok.. betapa gelapnya diriku,,
panas dan pedih je muka.. :(


we arrive!!!!
hahaha pukul 3 petang kami dah sampai di jeti..
nampak bot dekat belakang tu?
kami bertukar bot bila dah hampir sampai ke jeti mersing..
sebab..
air tengah surut waktu ni...
 kalau nak tunggu bot anak kucing ni sampai jeti..
alamatnya pukul 6 petang la baru boleh turun dekat jeti..



 cepat lah korang.. 
panas ni T_T

 

selamat tinggal ombak laut..



bergambar sebelum masing-masing berpisah dan berpecah ke 2 kumpulan..
satu pulang ke KL dan satu lagi menuju ke JB..

 dekat sini la kami letakkan kereta selama 3 hari 2  malam..

jangan risau, kereta ni ada orang jaga dan ia berpagar..


nampak tak bot belakang tu?
dekat jeti tu la kami kena naik..
bukan di jeti yang cun masa nak balik tu huhu..



eh amoi.. tunggu lah..


ni harga yang kami bayar untuk tempat letak kereta ni.. 


.
.
.
.
.

masih teringat-ingat lagi keindahan di sana :)


Saturday, 4 July 2015

Sahabat baru

Perkenalkan sahabat terbaru..
My traveller girl..
Bertemu saat nak ke aur..
Borak punya borak..
Akhirnya hingga kini kami masih rapat..

Si speky yaya..
Masih satu-satunya dah kawin dan punya anak..
Sound orang tanpa tunjukkan emosi dekat mimik muka..

Si comel amoi..
Jangan terpedaya dengan kecomelan dia..
Keganasan dia terselindung didalam nya :)

Jia..
Pendengar setia..
Punya gaya yang kasar tapi mudah tersenyum..
Bila nampak kamera, terpancar muka yang kononnya comel :)

Berbagai ragam..
Namun kami ada persamaan..
Masing-masing selesa berterus-terang..
Dan masing-masing punya kegilaan yang sama..
Malah usia pun sebaya..

Alhamdulillah dipertemukan oleh Allah..
Siapa sangka secepat ini kita rapat bersama..
Moga persahabatan kita makin kuat..

I love both of you.. :)

Friday, 3 July 2015

Anak kembar

Teringin rasanya nak dapat anak kembar bila dah berumah tangga. Anak dah ada kawan bermain..

Berdoa bakal imam ada gen kembar. Mana tau dapat triplet macam daehan, minguk da manse. Comel sangat.. Dapat jek terus cakap, cukuplah tu..hehee

#berangantaksalahkan

luahan..

penat..
bila hanya kita menjadi tempat..
yang perlu menguruskan segala masalah..

letih..
bila menjadi tua sebelum usia..
bila kita lebih memikul masalah yang bukannya dari kita..

akhirnya..
dilepaskan semua..
segala keputusan..
jangan diletak kesalahannya pada yang lain..
sebab..
kami mula bosan dengan permainan..

abah.. tolonglah doakan...
status ini cepat berubah..,
emak.. tolonglah doakan..
bertemu seorang yang mampu membimbing..
kerna..
aku sudah bosan dengan permainan..
walau darah yang mengalir itu sama..
berhentilah.. dari membuat airmata ibu ayah mu mengalir..

jika kami sudah bosan..
kami mampir pergi..

Friday, 26 June 2015

Actually

I miss you..
I miss 'us'..
I miss our conversation..

I miss our joke..
I miss our dream..
Dream about our passion, career even about having a family..

Don't you miss me?

Cuti Budget : Pulau Dayang (Hari Kedua)

maaf, ambil masa yang lama untuk update entry yang seterusnya..
untuk hari kedua, pagi tu kami berlapan naik semula ke bot untuk pergi snokelling..
err bukan bersembilan tapi lebih pada berenam kot :)
sorang tak tahu berenang dan malas nak masuk air (itu saya )
seorang lagi agak takut-takut dan terus lepak dengan saya..
seorang lagi mabuk laut.. sekali je terjun..lepas tu dah pengsan atas bot
dan seorang lagi terjun sekali terus naik.. takut katanya..


ni la bot kecil yang perlu di naik untuk ke bot besar yang berada dekat tengah-tengah laut :)

kami di bawa ke tiga tempat di sekitar pulau dayang dan pulau aur untuk aktiviti snorkelling.
syam (budak yang bawa kami ke sini) ni pertama kali dia tengok orang snorkelling dekat dayang ni. selalu budak-budak dari singapura akan buat aktivti scuba diving je :)


jalan-jalan ke sekitar pulau dayang




ni la salah satu kenapa jia masih sunburn hingga sekarang. tahap kepanasan terasa hingga ke tulang.
ehh sibuk la batang joran si amoi ni. enterframe the view :)

mengagumi ciptaan Allah.


go rosemaria.. go go go
ni team snorkelling..
jia?
berkawal atas bot saja..


aksi-aksi sebelum terjun.. huhu

dalam pukul 12 tengah hari, dah tak larat dah nak melihat laut aja.. kami nak balik!! lapaq..

 antara yang kena tarik sebab tak naik-naik atas bot..


tunggu...


cepat-cepat naik.
sapa naik cepat dapat cikedis..


ni antara pemandangan dalam laut.. ikan-ikan ni tak jinak dengan manusia..
asal datang dekat dengan dia jek dia lari..
bila dah jauh baru kerumun ramai-ramai :)


kami kata ni ikan mahal ni..
makan biskut mahal, biskut yang kami makan selalu pulak tu 


dah-dah... pi naik atas cepat..
putuskan tali nanti baru tau.


dah sampai dekat pulau dayang ni, terus terjun balik.
eh bukan kata lapar ke tadi?


insan-insan yang tak boleh tak jumpa kamera..



peace..

selesai makan tengah hari yang sangat sedap dan pedas :) kami (jia, amoi, yaya, anna dan rosemaria) berjalan-jalan sekitar pulau dayang. ada banyak tempat yang cantik, tapi atas sebab-sebab tertentu :) cukuplah gambar tu ada dalam simpanan kami saja. dah penat-penat bermain air, ombak dan posing dekat pulau dayang, Ai (pekerja dekat resort) ajak kami ke pulau aur. tak lah jauh mana pun, seberang dayang je. tapi mesti dia rasa menyesal kot, sebab yang pergi semua yang comel-comel.. hihihi berpeluh jugak lah menolak bot ni.

puan yaya beraksi dekat pokok tumbang di pulau aur. :)
belakang tu jeti untuk sesiapa yang berkunjung di pulau aur.


peace..


antara rumah yang terdapat di pulau aur.

apa pun bagi kami, dayang masih lagi cantik :) sebab di pulau aur ni matahari terus bertumpu ke muka.. pokok-pokok jauh ke belakang. tapi dekat dayang, pasir pantai masih putih dan ada pokok yang boleh berteduh. matahari dekat pulau dayang dilindungi oleh batu-batu bukit di pulau tu. jadi dayang sedikit sejuk berbanding dengan aur.

cukup 10 minit, kami dah balik semula ke dayang. dayang tetap di hati katanya :) 
malamnya bintang sangat indah di langit. tak seperti hari sebelum ni, hari ni malam cerah, nampak bulan penuh dan laut pun tak bergelora. sangat sedap dengan angin sepoi bahasa :) 
tiada gambar malam yang boleh dikongsi,
ia terlalu peribadi :)

Wednesday, 17 June 2015

Happy Ramadan



Alhamdulillah, ramadan bagi kali ni. Bagi umat islam di Malaysia, bakal menyambutnya esok. bersyukur kita bertemu lagi di dalam bulan ramadan, bulan kemuliaan. maafkan segala dosa dan apa yang telah berlaku :)