cookieChoices = {}; * C.J Diary *

Thursday, 16 July 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

sedar tak sedar.. ramadan bakal melabuhkan tirai..
syukur masih dapat menjalankan aktiviti ramadan..
walau kali ini paling sedikit dapat melakukannya..
namun masih bersyukur dapat melaluinya..

apalah raya tanpa bersama keluarga..
moga dapat bertemu, berlaga pipi, bertepuk tampar sambil bergurau senda..
walau dihati masih merasakan tiada rasa mau ke kampung yang sudah bertukar ke bandar..
mungkin perlu mencari lelaki yang punya kampung lepas ni.. :)




sekali lagi..


saya masih insan yang melakukan banyak kesalahan. namun dengan kesalahan tersebut, saya belajar untuk menjadi lebih baik. jika dalam pembelajaran saya itu membuatkan ada hati-hati terasa atau terguris, dengan rasa rendah hatinya saya memohon ampun dan maaf. percayalah, dalam hati saya tidak mempunyai apa-apa perkara yang boleh menghalang saya dari memaafkan semua. hati saya ingin dipenuhkan dengan kasih sayang, tanpa ada setitik hitam kerna berdendam. selamat hari raya semua.

**tahun ini masih di melaka, kerna kedua ibu bapa berasal dari sana.. mungkin kah tahun depan bertukar?? Jeng jeng jeng.. hihihi gurau saja. moga apa yang terbaik terjadi pada kita tahun ini dan tahun-tahun mendatang. :) **


Tuesday, 14 July 2015

Trip Royal Belum ( Hari Pertama )

sebenarnya..
ni trip sebelum ke pulau dayang.. tapi kemalasan menaip mengatasi segala-galanya.. hahaha
ok macam ni lah.. ni merupakan program team building pejabat jia dan jia merupakan peserta siri ke 3. masa pergi ni bulan 6 ye.. dah nak sebulan entri ni di perap.


ini merupaka jeti banding. untuk ke Royal Belum ni memang perlu naik di sini. untuk ke jeti memang perlu melalui jalan gerik.. nak taip secara terperinci memang tak boleh sebab jia dah tak berapa tengok jalan masa nak ke sini..

nampak tak bot warna coklat tu. bot tu agak terbuka sikit. sebab orang boleh nampak anda tidur ke, tergolek ke dekat ruang depan tu.

jia pula bernasib baik diletakkan dalam bot ni.. terasa macam ala-ala orang-orang kaya pula. dah masing-masing berebut bilik, jia dan geng mencampakkan diri dekat bilik yang atas sekali. lagi indah pemandangan dekat atas. nampak tak tujuan asalnya nak skodeng dekat bot lelaki.. huhuhu



teman sebilik jia sepanjang pelayaran cruise katanya :)


oh ho.. selpie dulu.. lama tak buat selpie sorang-sorang.


waktu ni masih menunggu satu bas lagi yang tak sampai-sampai. untuk siri ke 3 ni.. sebanyak 2 bas diperlukan untuk menghangkut kami-kami yang comel ini dari PJ ke sini. dan sebanyak 3 bot diperlukan untuk mencampakkan kami ke pulau pendidikan sana,, huhu nasib baik hakak dapat bot cruise ni :)


tilam yang ada dalam bilik ini. satu single dan satu lagi queen. rapatkan, terus boleh buat 4 orang masuk sini. :)


antara sesi bergambar di halaman bilik ku :)

bayar pliss...


bila semua bot dah selamat sampai ke sini... (bot kami yang paling lambat) hahaha.. kami dikumpul dan  diberi sesi taklimat sebelum dapat makan malam. aktiviti ini diurusetiakan MQA dengan Belum Outdoor Adventure (BOA)




nampak beno tuan blog ni dah bosan mendengar.


ni waktu malam menjelma.. maafkan tuan tanah... waktu ni badan tuan tanah bagai dipampam..





habis aktiviti malam..
tuan tanah pun beradu.. pukul 12.30 hokkay..
esok kena bangkit awal..

Monday, 13 July 2015

Kawan Selamanya

Sedar tak sedar, dah 16 tahun rupanya kami berkawan.. Ada yang 12 tahun bergelak ketawa.. Dari berenam, sekarang berlima.. Bila dah seorang dah berjumpa pasangan untuk meneman hingga ke akhir hayat, jadi berenam kembali..

Banyak yang berlaku dalam tempoh persahabatan yang lama. Ada terguris, ada yang terasa namun diakhiri dengan kemaafan dan teruskan kehidupan..

Nasib sempat bertemu tahun ni. Ada yang mengusik bila nak duduk di jerman, senang nak datang beraya dekat negara omputih.. Rasa macam nak hempuk pinggan ke muka :)

Terima kasih untuk gelak tawa satu kedai. Terima kasih toowomba untuk makanan yang sedap tapi berpatutan.. Sekarang masing-masing dok meneka.. Siapa seterusnya, akan berdua selepas ni?? :)

**pertama kali naik mitsubishi asx, bumbung di buka, nampak langit yang cerah. Nak beli? Tak mampu la haishh :) terima kasih si polar sebab bagi merasa naik kereta mahal.. Hihihi**




Wednesday, 8 July 2015

Kawan Baik Selamanya


kami dah kenal lebih 12 tahun..
ada yang lebih 16 tahun..
 dalam setahun kadang-kadang dapat jumpa 2 kali je..


tapi tu bukan bermakna..
kalau jumpa banyak kali..
dah boleh gelar kawan sejati..
cukup sekadar kita tahu keadaan masing-masing..


I don't care what other people think or say about you.. about us..
lembut ke.. apa ke..
atau perempuan lebih kasar ke..
janji mereka baik, itu dah bagus,
dah ada yang dah kawin, nak timang anak sulung lagi..
dah berbuih mereka-mereka mendoakan saya pula bakal menyusul..
bernikah dengan seorang yang baik dan menerima persahabatan kami..

mudah-mudahan doa  mereka termakbul tahun ni..
who knows?
I will change my title to mrs this year??
huhuhuhu


Cinta



Monday, 6 July 2015

Cuti Budget : Pulau Dayang (Hari Ketiga dan Yang Terakhir)

hari ini lah hari penamat. segala keseronokan.. segala kepenatan.. 
lambat nak menaip entri.. kekurangan idea dan masa yang mencemburui hehe..

nampak macam dah tengah hari kan?
sebenarnya waktu ni jam 8 pagi tau.. panas terik betul..
sebab tu la sunburn dari belum + dayang ni = gelap gulita..
(err malas betul nak naip pasal belum)


terima kasih Allah..
trip pertama Geng Rakan Sebaya berjaya akhirnya.. :)
moh kita balik naik tongkang semula..
8 jam T_T

dah-dah.. jom naik bot..

 dalam perjalanan, kali ni kami pilih laluan yang boleh nampak pulau-pulau lain.
jauh daripada jalan yang pergi dulu
tapi nampak pulau lain..
jadi terima saja..
nampak pulau besar..
pulau rawa..

pulau rawa.. lagi panas dari dayang :)

 tengok.. betapa gelapnya diriku,,
panas dan pedih je muka.. :(


we arrive!!!!
hahaha pukul 3 petang kami dah sampai di jeti..
nampak bot dekat belakang tu?
kami bertukar bot bila dah hampir sampai ke jeti mersing..
sebab..
air tengah surut waktu ni...
 kalau nak tunggu bot anak kucing ni sampai jeti..
alamatnya pukul 6 petang la baru boleh turun dekat jeti..



 cepat lah korang.. 
panas ni T_T

 

selamat tinggal ombak laut..



bergambar sebelum masing-masing berpisah dan berpecah ke 2 kumpulan..
satu pulang ke KL dan satu lagi menuju ke JB..

 dekat sini la kami letakkan kereta selama 3 hari 2  malam..

jangan risau, kereta ni ada orang jaga dan ia berpagar..


nampak tak bot belakang tu?
dekat jeti tu la kami kena naik..
bukan di jeti yang cun masa nak balik tu huhu..



eh amoi.. tunggu lah..


ni harga yang kami bayar untuk tempat letak kereta ni.. 


.
.
.
.
.

masih teringat-ingat lagi keindahan di sana :)


Saturday, 4 July 2015

Sahabat baru

Perkenalkan sahabat terbaru..
My traveller girl..
Bertemu saat nak ke aur..
Borak punya borak..
Akhirnya hingga kini kami masih rapat..

Si speky yaya..
Masih satu-satunya dah kawin dan punya anak..
Sound orang tanpa tunjukkan emosi dekat mimik muka..

Si comel amoi..
Jangan terpedaya dengan kecomelan dia..
Keganasan dia terselindung didalam nya :)

Jia..
Pendengar setia..
Punya gaya yang kasar tapi mudah tersenyum..
Bila nampak kamera, terpancar muka yang kononnya comel :)

Berbagai ragam..
Namun kami ada persamaan..
Masing-masing selesa berterus-terang..
Dan masing-masing punya kegilaan yang sama..
Malah usia pun sebaya..

Alhamdulillah dipertemukan oleh Allah..
Siapa sangka secepat ini kita rapat bersama..
Moga persahabatan kita makin kuat..

I love both of you.. :)

Friday, 3 July 2015

Anak kembar

Teringin rasanya nak dapat anak kembar bila dah berumah tangga. Anak dah ada kawan bermain..

Berdoa bakal imam ada gen kembar. Mana tau dapat triplet macam daehan, minguk da manse. Comel sangat.. Dapat jek terus cakap, cukuplah tu..hehee

#berangantaksalahkan

luahan..

penat..
bila hanya kita menjadi tempat..
yang perlu menguruskan segala masalah..

letih..
bila menjadi tua sebelum usia..
bila kita lebih memikul masalah yang bukannya dari kita..

akhirnya..
dilepaskan semua..
segala keputusan..
jangan diletak kesalahannya pada yang lain..
sebab..
kami mula bosan dengan permainan..

abah.. tolonglah doakan...
status ini cepat berubah..,
emak.. tolonglah doakan..
bertemu seorang yang mampu membimbing..
kerna..
aku sudah bosan dengan permainan..
walau darah yang mengalir itu sama..
berhentilah.. dari membuat airmata ibu ayah mu mengalir..

jika kami sudah bosan..
kami mampir pergi..

Friday, 26 June 2015

Actually

I miss you..
I miss 'us'..
I miss our conversation..

I miss our joke..
I miss our dream..
Dream about our passion, career even about having a family..

Don't you miss me?