cookieChoices = {}; * C.J Diary *

Thursday, 13 December 2018

32 sudah.. selamat hari dilahirkan jia

Image may contain: 1 person, smiling, close-up

lama dah tak coretkan apa-apa dekat sini. bukan tak ada benda yang menarik berlaku, tapi masa dan mungkin lebih pada kemalasan untuk menaip. ada pasang surut, turun naik.. tapi heay... masih boleh tempuh dengan senyuman kan? :)

tahun ni dapat geng baru. bercuti situ dan sana. naik keretapi la, bas la, kapal terbang lah. sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

alhamdulillah, dah mencecah ke angka 32 tahun ni. ya, masih sendiri. kawan sana sini tak menjadi hahaha tapi percaya... satu hari nanti.. insya Allah akan jumpa yang menerima kita seadanya dan ikhlas bersama. cewah..

terima kasih untuk semua ucapan dan doa, hadiah dan harapan. yang baik kita aminkan sentiasa. yang buruk tu daripada saya. moga diberi  kesihatan yang baik, diberi kesempatan merasai status isteri dan ibu, dipermudahkan untuk membayar segala hutang dan diberi orang-orang yang sentiasa disisi.

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, shoes and outdoor

jadilah orang yang baik, walaupun menjadi baik  itu sajalah pilihan yang ada. :)


Tuesday, 13 March 2018

Being Me Again..

sebenarnya..
masuk hari ketiga..
aku dah lepaskan semuanya..

betul lah..
buatlah apa pun..
kalau di hati dia..
tak ada sedikit pun untuk kau..
untuk apa kau bersungguh terangkan apa yang kau lakukan sebelum tu..

sakit hati..
memang sakit..
bila kau menjaga batas dan 'sembunyi' kan dia..
atas alasan dia yang kata cinta tak perlu diungkap pada semua..
tapi hari ketiga dia dah naik kan gambar dengan sidia..

biarlah..
marah dan makilah..
biarlah sekali saja..
bangkit dan berlalulah..
dia lelaki yang tak layak..,
menumpang setia dan pengorbanan kau..
baik itu..
bukan untuk orang yang tak menghargai,,

pergilah..
bukan ke Allah dah pesan..
orang yang baik dipasangkan dengan orang yang baik..
telah Dia katakan.. kifarah itu ada..
pulanglah kembali pada Nya..
kelak Allah berikan kebahgiaan sebenar..

aku maafkan..
pengkhianatan ini..
kelukaan ini..
penipuan ini..

namun aku serahkan segalanya
kifarah itu pada Nya..
moga aku lebih kuat..
dan kali ini, biar aku dikejar..

Salam dari wanita ingin bahagia..

Nazeerah a.k.a Jia

Monday, 12 March 2018

Sukarelawan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

dah masuk tahun 2018 baru nak update hehehehe.. lupakan semua tentang kesedihan sebentar.umumnya ramai tau tentang Kuala Lumpur SEA Games 2017 dan yang terujanya, jia dapat jadi salah seorang sukarelawan sukan sea untuk acara hoki padang selama ermm dalam 11 hari rasanya..
pengalaman terbaik dalam hidup ni. tak pernah jadi mana-mana sukarelawan pun sebelum ni. kalau tak nama jia tak terpilih, tapi betul lah orang cakap, kalau dah rezeki tak ke mana. walaupun awal-awal orang dok kata yang kami ni tukang selfie saja katanya, hakikatnya kerja kami dari jam 10 pagi sampai lah ke pukul 10 malam setiap hari..


untuk sukan sea yang ni, jia ditempatkan sebagai team infrastruktur.. penat ke tak? adalah 4 kg turun masa sepanjang sukan sea tu hahaha.. tugas apa budak infra ni? apa yang ada dalam stadium hoki bukit jalil tu? itulah kena jaga. dari keselamatan, media, bilik-bilik yang ada sampai la ke van milo.. ehh? :D


team pasukan Malaysia sangat bagus untuk sukan ni. kenapa? sepanjang berlangsung tak ada pun provokasi ke atau apa.. sampai pasukan sorak negara lain selesa saja. well done guys..



kenapa ada makeup lak ni? hahah ni sebab kena masuk pejabat jap.. ada hal katanya.. tak ada lah nak pakai makeup masa panas wei..


bergaul dengan orang muda, sampai orang pun kata kita muda.. rata-rata ingat umur 25 tahun.. mula-mula pakat nak ngorat, terus tak jadi bila tau umur sebenar kita hahaha..


budak dua orang ni antara yang jia rapat sepanjang sukan sea. dah macam muka adik-beradik lak kami ni..





barisan kakak dan abang.. (kakak ke? abang ke?) hahaha entah lah.. suka pergi dekat pintu yang kat sini. sebab abg dan kakak kat sini sangat friendly dan tak menggatal.. pintu lain macam berat hati jadinya.. hahahaha



 antara pemain-pemain yang sempat jia tahan untuk tangkap gambar. ni masa perlawanan terakhir. rasa sebak pun ada, sayang nak tinggal stadium pun ada. tapi yang paling jia nak tangkap dari sebelum mula perlawanan ni... orang kat bawah ni.

abang Roslan Jamaludin dengan Dato' Mirnawan Nawawi. jia membesar pada zaman mereka nilah, dan memang rasa oh mai... my idola. masa nak tangkap gambar dengan abang roslan ni, team teknikal Malaysia siap gelak-gelak lagi.. ada rupanya peminat roslan ni.. gambar payung tu ada sebab dorang la yang payungkan.. hehehehe




antara abang.. err abang ke hahaha polis yang selalu jia lepak sepanjang sukan sea. macam yang jia cakap, jia agak memilih kawan uniform ni sebab err ramai yang kat sana ni agak ermm tak pelah hahahaha. ramai dok tanya ada jumpa jodoh ke kat sana... jawapannya idok sebab nombor pun tak ada hahaha.. tapi adik angkat teman tu adalah.. dia jelah sorang hahaha



31 Ogos gambar atas ni diambil. untuk nak spend masa dengan budak-budak ni untuk kali terakhir, jia pun kata. ok, jia join malam penutup ni. penat, gembira tapi akhirnya tetap sedih, bila la nak jumpa semula nanti.






nak balik tu kena stay sampai nak dekat pukul 2 pagi hahaha.,. kena la jalan ke LRT Sri Petaling sebab Bukit Jalil gila penuh. untuk sejarah jugak, dekat sini lah jia kenal orang tu. kenangan.. tapi tak apalah. mungkin dia bukan jodoh yang sebenarnya.. sedih.. tapi hidup kena ke depan kan?

p/s: ada ke sesiapa yang tugas sama dengan jia dulu? kalau nak kawan, email la kita ye :)



Thursday, 1 March 2018

Tak ada apa rasa dah..

apa rasa dikecewakan? rasa pedih sangat..
apa rasa dikecewakan pada benda yang sama? rasa dia tak terkira.. berdouble-double dari sebelum ni..

dikecewakan, dikhianati, ditipu..
lagi sakit.. kau tau dia ada yang lain sehari lepas kau ke sana ke sini untuk bantu dia nak survive masa susah..
susah dengan kau.. masa senggang bermain cinta dengan yang lain..

kenapa kau tak cakap kau tengah susah sekarang dekat perempuan tu..
kenapa masih cakap kau masih kerja dengan gaji 3-4 ribu tu..
kalau tak serius kenapa masuk dalam family aku. kenal kakak dengan anak buah aku..
anak buah aku tu dah sayang dekat kau.. apa aku nak cakap setiap kali dia tanya kenapa dah tak kawan kau?

kesian kau jia..
you been replace because you are not good base on she more slim..
kelakarkan jia..
tapi tu hakikat jia..

untuk apa ayat maafkan saya berulang kali..
aku maafkan untuk semua harapan, janji dan impian yang kau janjikan..
bukan aku, tapi kau..
tapi satu saja..
untuk pengkhianatan ni,
aku tak akan maafkan kau.
dan percayalah..
kau dengan dia tak akan ke mana dan kenal bahagia..
andai kebahagiaan kau berpandukan pada ini..

-hati yang telah disakiti, lagi teruk-

Friday, 16 June 2017

Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya

Alhamdulillah.. dapat lagi berpuasa tahun ni. Lama dah tak update entri.. kekangan masa dengan semester baru bermula sem ni.. 2 minggu pertama sangat susah sebab tak pernah sebelum ni demam terus serang asma, melepek rasanya.. alhamdulillah lepas tu dah lega rasanya.


Sekarang berat dah ke 95 semula.. masih jauh perjalanan..  tapi tak apalah.. dah lama berst naik, tak kan la nak turun mendadak kan.  Ada sikit lagi nak habiskan diploma.. mohon lah dipermudahkan dan dapatlah konvo tahun depan.. tapi rasanya angan-angan nak tangkap gambar konvo dengan suami ke apa ke.. memang idok la kot..

Thanks pada yang doakan yang baik-baik. Mungkin, belum sampai masanya lagi. Semoga dipermudahkan Allah. Selagi jia cakap ya, masih tak ada sesiapa.. maksudnya tak adalah. Kalau jia jawap saya berkawan dengan seseorang, maksudnya ada. Prinsip jia mudah. Kalau ada, kata ada. Kalau tak, kata tak.


Its been 15 years we being a buddies. Dari tingkatan 5 hingga lah dah nak ke 31. Tapi ni masih tak cukup korum lagi. Kira ni grup kami masih single katanya. Buka puasa dekat pizza hut sunway velocity. Mungkin sebab ramai dah ke mytown, jadi sini agak tak ramai orang lah.


Dah habis makan, gelak-gelak.. eh tiba-tiba masing-masing nak pencuci mukut katanya. Singgahlah swensens.. jia pertama kali cuba makan dekat sini. Order aiskrim peanut butter buttercup.  Eh not bad la rasanya.. yang rasa bad ni, baru je turun 3 kg dah bantai makan ni.. hahahaha.. tapi apa pun, kalau ikhlas suka kita, sanggup terima kita macam mana ye idok.. hehehe..



Ok lah.. ada masa jia coretkan lagi ya. Ada perancangan nak ke satu negara.. moga dipermudahkan rancangannya..

P/s : perasaan ingin rasa suka, rindu, sayang.. tapi kejap je dia bertukar ke takut, malas dan takut semula..  mungkin hati dah rasa penat. Jadi pada sesiapa yang punya rasa tu, cakap terus terang. Sebab jia dah malas untuk guna terms rasanya, agaknya atau perkataan yang tak pasti. Jia cukup penat main permainan kanak-kanak.