pengalaman terbaik dalam hidup ni. tak pernah jadi mana-mana sukarelawan pun sebelum ni. kalau tak nama jia tak terpilih, tapi betul lah orang cakap, kalau dah rezeki tak ke mana. walaupun awal-awal orang dok kata yang kami ni tukang selfie saja katanya, hakikatnya kerja kami dari jam 10 pagi sampai lah ke pukul 10 malam setiap hari..
untuk sukan sea yang ni, jia ditempatkan sebagai team infrastruktur.. penat ke tak? adalah 4 kg turun masa sepanjang sukan sea tu hahaha.. tugas apa budak infra ni? apa yang ada dalam stadium hoki bukit jalil tu? itulah kena jaga. dari keselamatan, media, bilik-bilik yang ada sampai la ke van milo.. ehh? :D
team pasukan Malaysia sangat bagus untuk sukan ni. kenapa? sepanjang berlangsung tak ada pun provokasi ke atau apa.. sampai pasukan sorak negara lain selesa saja. well done guys..
kenapa ada makeup lak ni? hahah ni sebab kena masuk pejabat jap.. ada hal katanya.. tak ada lah nak pakai makeup masa panas wei..
bergaul dengan orang muda, sampai orang pun kata kita muda.. rata-rata ingat umur 25 tahun.. mula-mula pakat nak ngorat, terus tak jadi bila tau umur sebenar kita hahaha..
budak dua orang ni antara yang jia rapat sepanjang sukan sea. dah macam muka adik-beradik lak kami ni..
barisan kakak dan abang.. (kakak ke? abang ke?) hahaha entah lah.. suka pergi dekat pintu yang kat sini. sebab abg dan kakak kat sini sangat friendly dan tak menggatal.. pintu lain macam berat hati jadinya.. hahahaha
antara pemain-pemain yang sempat jia tahan untuk tangkap gambar. ni masa perlawanan terakhir. rasa sebak pun ada, sayang nak tinggal stadium pun ada. tapi yang paling jia nak tangkap dari sebelum mula perlawanan ni... orang kat bawah ni.
abang Roslan Jamaludin dengan Dato' Mirnawan Nawawi. jia membesar pada zaman mereka nilah, dan memang rasa oh mai... my idola. masa nak tangkap gambar dengan abang roslan ni, team teknikal Malaysia siap gelak-gelak lagi.. ada rupanya peminat roslan ni.. gambar payung tu ada sebab dorang la yang payungkan.. hehehehe
antara abang.. err abang ke hahaha polis yang selalu jia lepak sepanjang sukan sea. macam yang jia cakap, jia agak memilih kawan uniform ni sebab err ramai yang kat sana ni agak ermm tak pelah hahahaha. ramai dok tanya ada jumpa jodoh ke kat sana... jawapannya idok sebab nombor pun tak ada hahaha.. tapi adik angkat teman tu adalah.. dia jelah sorang hahaha
31 Ogos gambar atas ni diambil. untuk nak spend masa dengan budak-budak ni untuk kali terakhir, jia pun kata. ok, jia join malam penutup ni. penat, gembira tapi akhirnya tetap sedih, bila la nak jumpa semula nanti.
nak balik tu kena stay sampai nak dekat pukul 2 pagi hahaha.,. kena la jalan ke LRT Sri Petaling sebab Bukit Jalil gila penuh. untuk sejarah jugak, dekat sini lah jia kenal orang tu. kenangan.. tapi tak apalah. mungkin dia bukan jodoh yang sebenarnya.. sedih.. tapi hidup kena ke depan kan?
p/s: ada ke sesiapa yang tugas sama dengan jia dulu? kalau nak kawan, email la kita ye :)
No comments:
Post a Comment