cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Kalau Mampu Untuk Di Undur Semula

Sunday, 15 May 2011

Kalau Mampu Untuk Di Undur Semula

entah kenapa.. malam ni tiba-tiba rasa macam agak sedih dan terasa pilu cikit..aku bukan gadis yang cengeng.. atau selalu emo.. atau orang yang sentiasa rasa tak puas hati dalam apa yang terjadi.. mungkin teragak-agak dalam buat keputusan.. sebab aku jenis orang yang berfikir buruk baiknya.. sentiasa berhati dalam melakukan sesuatu.. dtapi dalam berhati-hati aku masih buat 2 atau 3 keputusan yang ramai kawan aku sangsi dan marah waktu dulu.. tapi untuk kata kan aku menyesal, itu tidak sama sekali.. walaupun pahit risiko yang aku terima tapi bagi aku itu salah satu proses untuk belajar mengenai kehidupan..

salah satunya cinta.. malam ni tiba-tiba terdetik aku lihat page seorang lelaki yang istimewa dan seorang lagi yang pernah bertahta..frankly speeking.. seorang ex aku seorang teman yang sangat istimewa.. oh jgn fikir aku nak tenung ex aku yang dah sedap maki-maki aku dulu.. tapi malam ni untuk teman istimewa aku.. lebih dari seorang kawan tapi kurang daripada kekasih.. paham tak?? aku pun tak paham..hehe.. tak ada lah..aku sangat sayang pada dia.. tapi waktu dulu aku selalu jatuh cinta dengan orang yang salah...aku waktu tu jatuh cinta dengan orang yang maki aku tulah dulu..

aku mengenali masa sem 1 dekat poli dulu.. aku di jmsk (dulu jabatan ni..sekarang da tukar nama tak silap aku) dan si dia ni budak perdagangan (bisnes). kami budak kamsis (hostel) dan waktu mula-mula aku cuma kenal dia budak kelas housemate aku.. dia lebih banyak buat lawak dan "bergaduh" dengan mas dan sab.. aku lebih banyak tersenyum dan akhirnya dia nak berkawan dengan aku.. yeay...gila aku.. poyo sangat aku sebab tak pernah dealing ngan orang yang kata suka kat aku.. aku ni agak kasar dulu. tak reti pakai krim muka ape tah lagi pakai makeup. muka pun minyak.

dia sangat baik..baik sangat..bila dengar aku demam sampai tak larat nak beli makanan, yang aku tahu tiba-tiba dia dah ada depan rumah..siap bawak makanan. top up kan prepaid aku, tenangkan aku waktu aku frust dengan study. dulu kan ada voice message, famous sangat waktu tu. dia mainkan gitar dan nyanyikan lagu untuk hilangkan kebosanan aku. dulu famous lagu dealova. dan kami main-main hantar voice message sampai pagi. dan kemuncaknya dia lafazkan yang dia suka dekat aku. dan jawapan aku.... i'm say sorry... bodoh kan aku?? waktu yang dia lafaz tu aku dah menyukai seseorang.. tak pasti samada dia lambat confess atau aku yang salah buat keputusan. dan kami maki jauh dan dia mula mengundur.. im really stupid coz being greedy dan fikir yang dia akan tetap ada disitu dan akhirnya aku memang SILAP. waktu ni memang budak rumah aku bambu aku cukup-cukup. memilih orang yang tak tentu suka aku sebab aku..

dan mensia-siakan peluang bila dia datang kembali dan tanya persoalan yang sama. aku minta masa dan bila aku baru nak bagikan jawapannya dia terus hilang dari tempat yang aku sediakan untuk dia. and i'm being late to tell him that yes.. i start to like him.. but at that time, i lost my boyfriend (ex yang bodoh) and my beloved friend. buat lelaki yang bernama zed saiful. maafkan saya dulu dan maafkan saya untuk kesalahan dan kebodohan yang saya lakukan dulu. dan sangat pedih bila bertemu di facebook tahun lepas dan dia approve jadi kawan dia. tapi dia ignore segala message dan komen yang aku letak di wall dia. menjawap komen orang di bawah dan selepas aku tapi tak nampak aku dan hanya menjawap komen kawan aku. saya harap awak bahagia dengan apa yang awak buat sekarang. maaf sebab pernah berkawan dan menyukai orang seperti saya yang bodoh dan tak menghargai seseorang macam awak. saya tahu awak dah tak mahu ada apa-apa hubungan dengan saya dan ignore apa sahaja mengenai saya dan untuk tak buat awak sakit hati dan meluat dengan saya, saya remove awak dari senarai rakan saya bukan sebab saya benci dengan apa yang awak buat, tapi sebenarnya saya sedih dan agak pedih sebab saya tak boleh untuk berlakon yang saya tak kenal awak..it really hurts.. dan selepas dia 'hilang' dan aku ditinggalkan oleh ex aku.. aku masih sendiri.. dari 2007 hingga kini.. bukan sebab aku frust dengan ex aku dulu. tapi sebab lelaki ini. aku dah takut untuk buat keputusan semula. sebab semua yang kata sayang dekat aku akan menghilang. aku tak boleh lagi merasai kesakitan yang dulu. aku dah tak percaya pada CINTA dan HATI aku semula. tak pasti bila ia akan berubah semula..biarlah masa yang tentukan..

2 comments:

kyo said...

ohh..jiran saya tgh bersedih... sila bersabar sahabatku.. biarkan masa menentukannya...

Cik Jia said...

masa dah berlalu pun kawan ku..
dan yang mana rosak tu dah tak mampu nak dibaiki..