cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Cuti Budget..Singapura (Bahagian 2)

Friday, 13 January 2012

Cuti Budget..Singapura (Bahagian 2)


salam.. huhu.. lambat pulak update entri singapura.. untuk pengetahuan semua, disebabkan percutian ni budget, jadi C.J memutuskan untuk tidak tidur di hotel. kebanyakan hotel yang C.J survey, paling murah sekitar 130 SGD.. SGD tau.. RM masih boleh nak fikir 2 3 kali.. ni SGD fikir 10 kali, dah habis 10 kali fikir, tambah lagi 10 kali.. hehe.. jadi ka
mi memutuskan untuk menginap di hostel.. dan hostel yang kami pilih ialah......

its beary nice!.. se "nice" nama nya.. seperti rumah sendiri.. tak adalah mengharap layanan macam 5 star.. tapi receptionist sangat peramah dan senang untuk tanya arah ke mana kita nak pergi.. sangat sesuai untuk sesiapa yang merancang nak bercuti dalam kumpulan yang besar.. beary good hostel ada 3 hostel yang terletak di Chinatown.

ok untuk pelancong yang bercadang untuk ke hulu hilir menggunakan SMRT.. dari stesen Changi Airport (EG3), kena tukar di stesen Tanah Merah (EW4).

yang ini masih di laluan Green Line. anda kena keluar dari train dan pergi ke train yang di lane yang sebelah. teruskan sehingga anda sampai di stesen Outram Park (EW6/NE3). di sini anda perlu menukar dari green line ke purple line. keluar dari train dan naik tangga bergerak ke atas dan terus berjalan ikut papan tanda ke South East Line. masuk ke dalam train dan stesen Chinatown (NE4) hanya 1 stesen selepas outram park..

CJ tak boleh banyak letak gambar sebab tak lepas pulak.. tapi tak apa klik sini untuk maklumat ke sana.. :)

No comments: