cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Tahu tak

Thursday, 29 March 2012

Tahu tak

Aku penat..
Isnin hingga jumaat bekerja..
Malam aku perlu curi masa untuk buat assignment atau review untuk exam..
Jadi bila aku kata aku penat, aku bukan mengeluh..
Tapi kalau anggap sahabat atau lebih (kalau la) kau patutnya memahami..

Aku tiada masa..
Untuk diri sendiri pun kadang tiada
Kalau ada pun banyak untuk tidur
Sebab aku perlu tenaga yang banyak
Aku kan selalu sakit
Aku faham kesibukkan masing-masing
Jadi, cari sedikit ruang dalam hati
Pikir yang aku pun mahu ruang untuk diri sendiri

Aku tak ingat kawan-kawan..
Siapa kata aku tak ingat kawan-kawan ku
Aku ingat.. Aku tinggalkan pesanan..
Bila aku punya masa
Tapi kalau teman-teman aku sendiri
Diam dan tak peduli apa yang aku titip pada dinding facebook
Boleh balas pada orang yang di bawah dan di atas kiriman aku
Jadi aku ke yang tak ingat kawan-kawan?
Aku punya masalah..
Jadi aku diam.. Asingkan diri sebentar
Kalau kau masih nak naikkan ego..
Sebab aku tak hadir ke majlis itu..
Baik, lepas ini aku buang je kamu dari senarai teman

Sebab kau pun bukan anggap aku teman kan?
Dah bertahun, dah ada anak pun..
Jangan kau ingat kau jek ada keras kepala..
Nyah kau dari senarai aku
Rahsia kau aku simpan sampai bila-bila

Malam bukan untuk aku..
Jangan mengeluh atau mengkritik
Ya memang aku tak boleh keluar malam
Memang ibu bapa aku tak suka aku keluar sampai lewat malam..
Ape hak kau untuk kau Merendah-rendahkan aku
Membuat aku sebagai modal gurauan murahan
Manusia jalani hidup dengan prinsip dan cara yang berbeza
Jadi hormati pilihan hidup masing-masing
Ibu bapa aku kadang kala mengongkong
Tapi kalau itu yang terbaik, jika diri sendiri rasa tak kisah dengan semua ini
Jadi kenapa kau pulak nak ambil peduli kan?


p/s : habis inai ni comot.. Cisss

No comments: