cookieChoices = {}; * C.J Diary *: June 2012

Friday, 29 June 2012

We cute and we know it.. Hahaha

Gedik.. Haha ya.. Ni la jiran sebelah ku.. Kami memang gila-gila dan sangat perasan yang kami masih comel...dan ye, kami dah melebihi umur 25 tahun.. Dan kami sendiri pun tak percaya yang kami dah lepas usia tu..

Cingu-ya bermaksud kawan, dan aku dah berkawan dengan dia sedari aku mula kerja dekat MQA.. Jadi 3 tahun la sekarang.. Kami nampak je personaliti yang berlainan,tapi sebenarnya kami sangat gila-gila... Dan dia orang yang sangat aku percaya kalau dekat sini... Jadi kalau dia pun tikam aku.. Kesian aku tak ada orang nak dipercayai..sedih!! Oh dia ada blog.. Untuk orang-orang yang nak resepi yang mudah.. Sila la ke blog chingu... http://kyo-cipcips.blogspot.com/

-c.j-

Friday, 22 June 2012

Break time is over.. waaa...

Bermula 23 jun, kelas untuk sem baru akan bermula.. Yeppi.. Dalam hati dah waa... Untuk kali ni aku tak amik pun subjek pengaturcaraan.. Sebab utamanya?? Tak nak rambut gugur lagi.. Tunggu la rambut aku dah matang baru ambil balik ye?? Haha.. Rindu nak gaduh-gaduh sambil menelaah pelajaran tu..


Lagi satu aku sangat suka makan mihun sup dekat kafe.. Murah dan sedap.. Tak sabar nak bersaing dengan geng senior aku.. Huhu sem ni sem terakhir dia orang.. Jadi sem ni je boleh bersaing nak dapatkan markah tinggi.. Lepas ni aku akan merindui suasana tu.. Aku akan alert bila rasa eh dorang ni macam nak saing siapa cepat tangkap lecturer aja je.. Jadi baru aku tambahkan kelajuan otak aku ni.. Kalau tak, aku jadi bosan. Jadi bila ada tugasan je aku buat endah tak endah..


UTM.. Tunggu.. Aku datang balik..


Published with Blogger-droid v2.0.4

selamat hari dilahirkan ke dunia.. akak ku..

Hari ni genap sudah hari dilahirkan akak aku yang ke 29.. Walau apa yang berlaku, aku tetap sayang ketat-ketat akak aku.. Maaf sebab apa yang kau inginkan tak menjadi kenyataan, tapi aku sebagai adik, memang bersyukur bila tuhan bukak kan pandangan kau pada seseorang yang tak perlu aku nyatakan dekat sini..


Moga Allah memberikan seribu kekuatan.. Moga Allah gantikan dia lebih baik dari apa yang kau jumpa selama ini.. Setiap kali aku bersujud, aku tak pernah lupa untuk doakan agar kau tabah selalu.. Macam-macam benda terjadi tahun ini, yang aku tau kita kadang-kadang hampir tak mampu kita bertahan.. Tapi apa pun terjadi, kita tetap satu keluarga.. Biar tak kaya asalkan kita tak berpecah...

Selamat ulangtahun sekali lagi akak ku.. As a sister, I don't want to see your tears anymore. You deserve someone better than him.. I will always love you... From bottom of my heart..

p/s :biar kasar gaya percakapan, asalkan kita tak menghina ayah atau ibu orang lain.. Abah aku tak pernah ajar atau buat benda macam tu dekat orang lain..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 21 June 2012

adab masuk ke panggung wayang... bagi pendapat aku la..

Aku rasa yang masuk ke panggung wayang ni kebanyakkannya dah besar panjang. Kalau yang bawak budak pun, orang yang menemani pun orang yang dah besar panjang.. Letak la banyak mana iklan nak mengajar kau orang ni. Kalau sendiri pun tak paham, memang payah. Ni aku senaraikan benda-benda yang sepatutnya buat dari dulu lagi..


1. Tolong jangan datang lambat.. Bila lampu dah tertutup, cerita dah jalan separuh, baru kau terhegeh nak masuk.. Kalau seorang atau berdua tak apa.. Ni masuk rombongan cik kiah.. Kita orang beli tiket ni memang untuk angkat kaki dan bagi kau orang tunjuk punggung dekat kami ke?


2. Telefon tolong letak mood senyap.. Kami taknak tau kau pakai ringtone lagu apa atau lagu apa yang paling hangat sekarang. Bila dah jawab panggilan, tolong cakap kau dalam panggung wayang dan terus letak.. Kami bukan masuk kat sini nak dengar suara kau yang kononnya sedap atau ulas pasal cerita yang kami tengok walau cerita tu tak best pun..


3. Please... Just enjoy the show.. Tak perlua kau cakap dengan team futsal kau tu "apa la cerita ni entah apa-apa la ".. Kami dah la tension sebsb cerita tu tak bagus, perlu ke kau nak tambahkan rasa tak bagus tu.. Kalau tak nak satu jam dalam hidup kau bazir macam tu saja, pintu dekat bawah tu besar ye akak dan abang.. Kau orang tolak sikit je, dah boleh keluar..


4. Anak kecik.. Adus, akak eh makcik.. Aku tak marah kalau nak bawak anak-anak menonton sekali, tapi sila jaga anak yang comel tu baik-baik.. Bukan biarkan anak tu tendang-tendang kerusi.. Goncangkan kerusi atau lebih aku tepat goncangkan kepala sebenarnya.. Ni yang buat aku hangin sangat minggu lepas.. Tolong, beli satu lagi kerusi untuk anak akak, atau kalau tak mahu beli, sila pegang kuat-kuat. Anak orang lain pun kecik je, tapi masih duduk diam dan tengok cerita.. Masa anak buat perangai, please be alert bukannya akak yang syok tengok cerita tu lebih. Bila dah tahap kronik, orang dah tegur kau leh sound kata budak kecik biasa la macam ni, kalau budak besar dia tak buat.. What?? Makcik tak tengok ke budak lain yang lagi kecik dari anak makcik dan lagi comel sebenarnya dari anak kau boleh duduk diam sebab mak ayah dia sentiasa alert dengan dia.. Bukan, macam kau la makcik.. Huh


5. Abang dan akak, aku tau Malaysia ni memang panas jadi bila masuk tempat ni sejuk sangat ramai yang "kejutan budaya".. Tak boleh terima sejuk-sejuk ni.. Tapi kami bawak sweater tebal tau akak abang.. Jadi kami bukan nak tengok akak abang dok buat wayang peluk-peluk takut aku ni tengok cerita seram ke komedi ni gedik-gedik sejuk dekat depan mata kami ni.. Kami nak tengok drama yang besar depan mata.. Bukan yang gedik depan mata.. Dah tau kau nak masuk wayang, pakai baju lengan pendek yang boleh nampak ketik tu.. Apo pasal??


6. Last but not least, orang yang duduk dekat lane tepi.. Aku tak kesah kalau korang dok bebel dekat member yang korang malas nak keluar sebab irsng ramai, tapi... Lain kali JANGAN DUDUK DEKAT TEPI.. Kalau kau tak nak keluar, abis orang yang duduk dekat tengah tu nak keluar macam mana?? Pijak kau orang ke? Kalau nak tunggu sampai tak ada orang, sila tengok dekat rumah.. Terpulang la kau nak tunggu banyak mana... Orang tak marah pun...


**entri ni aku upload dekat tempat yang sama iaitu klinik dekat umah aku. Hebat tak sejam baru aku dapat masuk, tapi tak sampai 5 minit aku dah keluar..nasib baik doktor ni check bagus.bye... Aku nak jalan-jalan cari makan jap...


-CJ-

11.04 am


Published with Blogger-droid v2.0.4

merawat hati luka dengan madagascar 3

Banyak benda berlaku pada minggu lepas.. Jadi terlampau penat fikiran dan emosi yang perlu aku dan keluarga tempuh.. Moga kami lebih tabah dan kuat menempuhinya.. Jadi untuk merawat salah satu pesakit kritikal iaitu akak aku, sebagai adik yang baik dan sangat penyayang.. Aku mengoffer diri untuk belanja tengok cerita madagascar yang baru jek keluar dekat panggung wayang.. Entri ni aku update lambat 5 hari..  Penah dengar perkataan malas? Haha.. Ok berbalik pada cerita madagascar, kenapa tiba- terdetik tengok cerita ni? Sebab dibakar oleh budak-budak pejabat aku yang cerita ni best la.. Kelakar sangat la.. Jadi aku rasa tercabar? Hahaa.. Pasal tu jek tau..


Tapi aku memang pengikut tetap cerita binatang-binatang ni.. Dari episod pertama sampai la dah masuk ketiga.. Sampai sanggup masuk permainan budak-budak dekat universal studio.. Apa kes? Huhu... Jadi kalau orang tanya cerita ni best atau tidak pada aku, dalam 5 bintang.. Aku bagi 3 1/2 bintang.. Sebab bagi aku aku lagi suka cerita dia yang return to africa.. :-) sebab untuk aku terlampau banyak watak di masukkan, sampai watak yang aku minat, Marty si kuda belang tak banyak bercakap.. Sedih!! Ditambah pulak apa yang aku alami.. Makcik atau pakcik yang bawak anak kecil, nanti baca entri aku seterusnya.. Banyak buat mood aku spoil.. Nasib baik ada watak guna nama aku.. Gia.. Mama Ros kata mata dia besar macam mata aku.. Haha.. Saya malu..... Wekkkk...


Kelakar memang ada.. Jangan rasa terganggu.. Sebab kalau ada orang ganggu masa tengok wayang (macam aku ) korang akan rasa tak puas menonton cerita ni.. Sebab jalan cerita ni memang laju..jadi sebenarnya cerita ni tak menghampakan kau orang.. Cuma tak melebihi apa yang aku bayangkan? Anda bagaimana pulak peminat Madagascar semua??


P/s : wah Alamanda dah sangat lain sekarang.. Lebih banyak kedai makan sekarang ni... Bagus!!


-entri ni ditaip didepan pintu doktor yang super lambat tapi servis bagus.. Jadi sengsara la kau jia depan pintu tu... :-( -


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, 19 June 2012

Semua tu Sejarah.. :)

ape ke hal pulak kan aku masukkan gambar yang ini.. apa semua ini?? haha.. tak la..
ni gambar waktu aku belajar di politeknik dulu..
poli apa? Politeknik Ungku Omar, Ipoh..

ni waktu aku sem akhir.. aku tak puas hati sebab dari kecik aku nak duduk depan tak dapat..
sebab aku tinggi.. di mana keadilannya.. haha..
kenapa tiba-tiba terdetik ni.. ni semua bermula dengan budak-budak laki la..
dok komen gambar yang dah letak dari tahun 2010..
dok bahan-bahan.. akhirnya terpancul la perkataan JOM REUNION..
bila aku fikirkan balik.. dah 5 tahun kami tak berjumpa..
dah ada yang kawin.. ada anak.. aku jugak yang single.. sedih!!

jadi untuk kawan-kawan poli aku dulu..
tak kesah la kumpulan ala-ala alim, kumpulan gila-gila, kumpulan gedik-gedik ke..
mai la join sekali..
apa yang berlaku dulu, biarkan berlalu je..
masing-masing pun dah besar panjang..
bila aku fikir balik, kalau kau dah tau org ni macam mana.. aku lak macam mana..
tak payah la nak simpan-simpan dalam hati..
bukannya kau orang jumpa kita orang selalu..
ye dak??

p/s : awat la korang bukak cerita cinta-cinta dulu.. malu aku.. muka ganas, hati ada taman.. tapi masing-masing dah ada yang punya kan? tak kan tengok muka pujaan hati dulu-dulu terus datang mood bunga-bunga.. tak kan?? huhuhu... oh aku sangat rindu dekat kau sab...


Monday, 18 June 2012

dah ada cinta baru

Tidak tidak tidak.. Bukan cinta yang falling in love tu.. Tak ada maknanya..

Aku dah mengucapkan selamat jatuh ke no 2 makcik bb.. Setelah kau asyik buat aku menabung dekat hospital kau, sekarang aku dah punya kasih hati baru..huhu


Siapa yang tanya, aku hanya senyum je.jangan marah..huhu


Ps : nerd tak muka aku.huhu aku dsh jumpa spek nerd aku yang baru..huhu


Published with Blogger-droid v2.0.4

dah ada cinta baru <3

semua dok tanya siapa buah hati no 1 saya sekarang.. Untuk yang tahu, tahu la.. Tapi bukan menggantikan cinta hati..tu tidak sama sekali..huhu


Sekarang, masih cuba menggodek lagi.. Waa sedih!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 14 June 2012

Euro Cup 2012


heboh sana sini bercerita tentang bola saat ni. kalau kau orang kata tak tahu memang korang ni duk planet mana entah. kadang-kadang orang bukan minat sangat pun, tapi sebab tak nak orang kata yang kau tu tak up to date, terpaksa lah kau ambil tahu kan?

aku ni minat tak? mestilah aku cakap minat. tanya minah yang gila sukan ni, mesti la suka.. tak pernah tertinggal untuk tonton.. apa pasukan yang aku minat?



mestilah SPAIN dan ENGLAND.. wuhuu comel tak? doodle ni dari Fizz Graphic.. cute right? **ciss tenet ku dah di disekat untuk masuk ke blog mu fizz...
lantak la korang nak perlekeh team aku, janji aku suka..

ok untuk sesiapa yang tak ada jadual perlawanan Euro, boleh la tengok dekat bawah ni..

http://www.bangkokpost.com/supplements/euro2012-programme.jpg

Wednesday, 13 June 2012

Tuesday, 12 June 2012

Yup.. I'm happy right now

Ramai yang kata, CJ think it again.. He left you for 3 month and now he want to be with you again? Oh terfikir jugak aku, ye la kenapa kau nak aku balik??

Dan aku tanya, dan tanya, dan tanya.. Aku ni memang suka bertanya sampai aku tau sebabnya..*kesian la suami aku nanti** dan aku tau jawapannya. Sebab kenapa? Biarlah aku saja yang tahu.. Sedangkan aib kawan pun aku tak buka, ini kan pula orang yang aku sayang..

3 kali aku berdoa.. Kalau dia bukan jodoh aku, jauhkan lah dia.. Kalau iya, sebaliknya.. Dan 3 kali jugak tiba-tiba dia akan call. Wallahua'alam..

Jadi untuk tidak buatkan aku pening, aku panggil ahli mesyuarat tingkap aku berbincang. Dan kata sepakat pun aku dah dapat.. Buddy aku cakap kalau itu bahagiakan kau, go for it. Kalau tak, sekali dia buat hal lagi, terus blah dan cari orang yang boleh bahagiakan kau. I give you another chance sayang. If you blow it again, I will say bye bye bye sambil menari gaya Nsync..

P/s : still remember your message. "Sebab kamu bertudung dan tidak sosial yang buat aku suka kamu." Yup, aku tau lagi ramai yang lagi cantik dari aku di awan biru tu, tapi kalau sebab kesederhanaan aku tu buat kau terpikat, pergh.. Aku dah kena start kumpul duit ni..
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Cinta


cinta.. ramai yang bijak pandai boleh berikan definisi cinta ikut pemahaman masing-masing. tua muda waima budak sekolah rendah zaman sekarang (you are to advance my lil bro or sis) pun bijak menyusun ayat-ayat yang berkaitan cinta. cinta itu fitrah manusia.. bagi pendapat aku la.. cinta itu banyak jenisnya. cinta pada ibu bapa, saudara, kawan dan ada la jenis-jenis yang lain. rajin la pulak aku nak taip semuanya.. baik aku jadi professor..

tapi yang lebih menonjol cinta kepada jantina yang berlainan (yang berlainan tau!!) istilah orang dulu-dulu panggil pakwe makwe, lepas tu bf gf, upgrade sedikit hubby baby dan yang terakhir aku tau papa mama.. (yang mana aku guna, tak akan nak bagitau pulak .. *blushing* ok enough about me..

apa yang aku cuba katakan ni.. yang aku nak katakan ini bersangkut paut jugak dengan perkataan MALU.. apa kaitannya malu dengan cinta ni? banyak kaitannya ye adik, kakak, abang dan sewaktu dengannya. dari perhatian mata besar aku ni, sekarang budak sekolah rendah pun dah mula bercinta. *macam zaman sekolahm kau tak ada pulak kan CJ*... aku tak kata tak ada, masih ada tapi masa tu MALU masih ada, bukan macam zaman sekarang, malu dah campak ke longkang.. *laut jauh sangat la plak kan*..



kita ni orang timur.. kalau tak timur pun, kita kan beragama islam.. apa cukup ke sekadar pakwe makwe dah duduk macam di atas? and the problem is you are still young.. or should I say kiddie? pergi bukak pintu rumah dan selagi tak lalu semua jalan yang ada dekat Malaysia ni, maksudnya kau masih belum banyak harungi pahit manis hidup ni. berjanji sayang sampai bila-bila? ye la.. habis SPM, dapat tempat dekat IPT atau bekerja, korang akan jumpa pilihan yang lebih luas dan jatuh cinta dekat situ.. jadi apa jadi pada cinta yang awal-awal korang janji kan???

orang lain sibuk upgrade ilmu, kita sibuk penuhkan otak dengan angan-angan. kalau angan-angan yang bawak korang maju ke depan, memang bagus sebab tanpa angan-angan atau impian, kita memang tak akan maju. tapi kalau angan-angan yang hanya melalaikan, kita akan rugi sebab banyak masa kita di penuhi oleh SAMPAH dan kita hanya akan di situ tanpa ke mana-mana...

and you talking about want to die or can't live without you??? heyy... pang!!!! kan aku dah lempang ni. jangan sempitkan fikiran yang memang tak berapa besar ni dengan benda-benda yang annoying macam ni..habiskan sekolah, belajar tinggi-tinggi dan kerja.. hadapi pahit manis hidup ni dulu.. jangan cakap macam kita tak ada pegangan agama.. tak boleh hidup tanpa si dia??? hidup je korg sampai sekarang.. kalo 10 kali couple and clash, dah jenuh pulak nak hidup mati balik... betulkan pemahaman korang pasal kehidupan, dan kejar impian yang betul.. aku pun bukan lah dah lama sangat hidup, tapi janji aku bukan budak 15 tahun yang dah pandai sayang-sayang, tak boleh hidup la tanpa awak la, berani nak pegang tangan anak orang la tapi duit belanja... makan pakai masih mak ayah tanggung... heyy... both of you are still young!!!!

p/s : aku rasa macam nak lastik budak-budak laki yang aku rasa masih sekolah rendah yang macam bangga lak hisap rokok depan orang ramai.. bangga ke budak, bakar paru-paru lagi awal dari orang yang lagi muda dari korg????

Thursday, 7 June 2012

Masa Untuk Pecah Kepala

sedar tak sedar.. aku dah nak final exam untuk sem pendek kali ni..
mula dari 8 Jun - 9 Jun 2012 jari jemari aku dah kena bekerja keras 2 jam untuk jawab kertas soalan..

(kesian kan ko jari) 
otak aku pun dah kena bekerja lebih keras daripada biasa...
biasa la budak teknikal, bila kena jawap exam yang perlu ingat banyak istilah, sejarah, fakta..
otak aku lip lap lip lap ala-ala ultraman ni..

bila bukak buku je jadi macam ni..
jadi macam ni je bila nak study..
boleh tak kalau aku fire jek bilik exam macam ni?
 
waaa... aku dah makin rasa tertekan..
sabar jia sabar..
kau akan dapat buat yang terbaik lagi kali ini..

persediaan sebelum masuk ke bilik peperiksaan...


good luck to all of you

-CJ-

Tuesday, 5 June 2012

Kucar kacir

Jangan terkejut andai susunan tak betul atau tonggang terbalik.
Tuan tanah ke daun tengah main tukar-tukar layout, akhirnya internet tak ada dan tak sempat nak betul kan balik..


-hampes btl-
CJ
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

Aku telah di jadikan entri..

malu aku.. hahaha 
aku tak biasa ni di popularkan sebegini..
apa salahku haha..

 
malu la.. haish..
sebab Maya, admin blog santai ni kata aku cute..
maya nak aiskrim ye.. hehe