cookieChoices = {}; * C.J Diary *: adab masuk ke panggung wayang... bagi pendapat aku la..

Thursday, 21 June 2012

adab masuk ke panggung wayang... bagi pendapat aku la..

Aku rasa yang masuk ke panggung wayang ni kebanyakkannya dah besar panjang. Kalau yang bawak budak pun, orang yang menemani pun orang yang dah besar panjang.. Letak la banyak mana iklan nak mengajar kau orang ni. Kalau sendiri pun tak paham, memang payah. Ni aku senaraikan benda-benda yang sepatutnya buat dari dulu lagi..


1. Tolong jangan datang lambat.. Bila lampu dah tertutup, cerita dah jalan separuh, baru kau terhegeh nak masuk.. Kalau seorang atau berdua tak apa.. Ni masuk rombongan cik kiah.. Kita orang beli tiket ni memang untuk angkat kaki dan bagi kau orang tunjuk punggung dekat kami ke?


2. Telefon tolong letak mood senyap.. Kami taknak tau kau pakai ringtone lagu apa atau lagu apa yang paling hangat sekarang. Bila dah jawab panggilan, tolong cakap kau dalam panggung wayang dan terus letak.. Kami bukan masuk kat sini nak dengar suara kau yang kononnya sedap atau ulas pasal cerita yang kami tengok walau cerita tu tak best pun..


3. Please... Just enjoy the show.. Tak perlua kau cakap dengan team futsal kau tu "apa la cerita ni entah apa-apa la ".. Kami dah la tension sebsb cerita tu tak bagus, perlu ke kau nak tambahkan rasa tak bagus tu.. Kalau tak nak satu jam dalam hidup kau bazir macam tu saja, pintu dekat bawah tu besar ye akak dan abang.. Kau orang tolak sikit je, dah boleh keluar..


4. Anak kecik.. Adus, akak eh makcik.. Aku tak marah kalau nak bawak anak-anak menonton sekali, tapi sila jaga anak yang comel tu baik-baik.. Bukan biarkan anak tu tendang-tendang kerusi.. Goncangkan kerusi atau lebih aku tepat goncangkan kepala sebenarnya.. Ni yang buat aku hangin sangat minggu lepas.. Tolong, beli satu lagi kerusi untuk anak akak, atau kalau tak mahu beli, sila pegang kuat-kuat. Anak orang lain pun kecik je, tapi masih duduk diam dan tengok cerita.. Masa anak buat perangai, please be alert bukannya akak yang syok tengok cerita tu lebih. Bila dah tahap kronik, orang dah tegur kau leh sound kata budak kecik biasa la macam ni, kalau budak besar dia tak buat.. What?? Makcik tak tengok ke budak lain yang lagi kecik dari anak makcik dan lagi comel sebenarnya dari anak kau boleh duduk diam sebab mak ayah dia sentiasa alert dengan dia.. Bukan, macam kau la makcik.. Huh


5. Abang dan akak, aku tau Malaysia ni memang panas jadi bila masuk tempat ni sejuk sangat ramai yang "kejutan budaya".. Tak boleh terima sejuk-sejuk ni.. Tapi kami bawak sweater tebal tau akak abang.. Jadi kami bukan nak tengok akak abang dok buat wayang peluk-peluk takut aku ni tengok cerita seram ke komedi ni gedik-gedik sejuk dekat depan mata kami ni.. Kami nak tengok drama yang besar depan mata.. Bukan yang gedik depan mata.. Dah tau kau nak masuk wayang, pakai baju lengan pendek yang boleh nampak ketik tu.. Apo pasal??


6. Last but not least, orang yang duduk dekat lane tepi.. Aku tak kesah kalau korang dok bebel dekat member yang korang malas nak keluar sebab irsng ramai, tapi... Lain kali JANGAN DUDUK DEKAT TEPI.. Kalau kau tak nak keluar, abis orang yang duduk dekat tengah tu nak keluar macam mana?? Pijak kau orang ke? Kalau nak tunggu sampai tak ada orang, sila tengok dekat rumah.. Terpulang la kau nak tunggu banyak mana... Orang tak marah pun...


**entri ni aku upload dekat tempat yang sama iaitu klinik dekat umah aku. Hebat tak sejam baru aku dapat masuk, tapi tak sampai 5 minit aku dah keluar..nasib baik doktor ni check bagus.bye... Aku nak jalan-jalan cari makan jap...


-CJ-

11.04 am


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: