cookieChoices = {}; * C.J Diary *: 10 Surah Yang Banyak Kelebihan

Thursday, 12 July 2012

10 Surah Yang Banyak Kelebihan

sempena hari khamis ni, aku nak forwardkan email yang aku dapat dari group di yahoo.. oh lupa pulak nama group tu Kelakar Group. Kalau ini betul, amalkan lah. tapi kalau salah, ampunkan kekhilafan aku. aku cuma ingin berkongsi sesuatu benda yang bermanfaat. kredit to Kelakar Group

10 Surah Yang Banyak Kelebihan
  1. Surah Al-Fatihah : dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  1. Surah Yasin : dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  1. Surah Dukhan : dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  1. Surah Al-Waqiah : dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  1. Surah Al-Mulk : dapat meringankan azab di dalam kubur.
  1. Surah Al-Kauthar : dapat merelaikan segala perbalahan.
  1. Surah Al-Kafirun : dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  1. Surah Al-Ikhlas : dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  1. Surah Al-Falaq : dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  1. Surah An-Nas : dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Kalau boleh hafal semua surah-surah tu lagi bagus. Hafal dan amalkan sokmo2.
Semoga aku dan tuan-puan semua dapat amal. Sama-sama lah kita usaha untuk amal ilmu yang kita ada.

Aku harap aku dapat habis satu Al-Quran sebelum habis ramadan ni.. haish... jauh dah aku tersasar sebelum ni..

No comments: