cookieChoices = {}; * C.J Diary *: catatan dalam gelap

Friday, 3 August 2012

catatan dalam gelap

Jam dah tunjuk pukul 11.20 malam. Jadi secara automatiknya dalam bilik aku dah gelap. Akak aku guna kuasa veto, tutup lampu... Sebab dia nak tidur. Sudah 2 hari hati aku rasa sedih jek..lagu yang gembira pun aku sedih.. Ada akak pejabat aku tanya, "dah sampai seru ke jia?" aku yang sememangnya blur penat memikirkan seru apa nya. Rupa-rupanya sebab kebelakangan ni aku kemaskini status yang agak menjerumus ke arah perkahwinan atau percintaan. Siapa yang tak ingin berkahwin. Tanya lah pada semua wanita, impian terbesar mereka adalah perkahwinan. Tapi kalau tiada yang masuk meminang atau ingin meneruskan perhubungan dengan lebih serius, takkan lah aku nak berkahwin dengan kerusi atau bantal yang ada atas pelamin.

Ye, aku punya cerita cinta. Tapi cerita cinta aku agak kompleks.. Sebelum ni libatkan 3 keping hati, sekarang dah upgrade ke empat. Aku sendiri tak tahu kesudahannya. Permainan apa yang akan aku main untuj dapatkan pengakhiran yang gembira. Tapi takkan kegembiraan hanya untuk kawin, lepas dah kawin aku nak buat apa?? Sebab itu aku tak mahu tonjolkan sifat sebenar aku. Nanti dah kawin tak ada benda yang dia nak belajar tentang aku.. Tak perlu lah aku  cerita kan secara jelas sebab seperti yang aku cakapkan tadi.. Cerita kami sangat kompleks..

Buat kamu yang saya sayangi, sayangku kasihku untuk kamu ikhlas kerana Allah. Aku bukan mengejar harta, pangkat mahupun rupa. Tapi aku mencari seseorang yang mamou menjadi pemimpin untuk aku dan bakal anak-anak ku, imam untuk solatku dan pelindung aku dari melakukan kemungkaran. Jika kau menginginkan rupa yang cantik, aku tidak akan secantik bidadari. Jika kamu menginginkan harta, aku tidak akan punya harta yang berkoyan-koyan. Jika kau mendambakan tubuh badan yang cantik, tubuh badan ku tak akan mampu memenuhi kehendak kamu. Tapi jika kamu mencari kesetiaan, kejujuran dan kesabaran.. Aku akan sentiasa menanti. Kerna aku akan lakukan semua itu hanya untuk suami ku yang sah. Bukannya dengan teman lelaki yang sia-sia..

Walau apa pun terjadi, aku tetap berterima kasih pada kamu atas segalanya. Aku insan biasa yang akan sentuasa belajar untuk perbaiki kelemahan diri. Moga aku bertemu orang yang menerims aku seadanya..

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments: