cookieChoices = {}; * C.J Diary *: April 2013

Monday, 29 April 2013

Mencari Pasangan

sekadar untuk berkongsi. untuk panduan orang yang belum menemui pasangan seperti saya. :) Moga dipermudahkan semuanya.
 

Memilih pasangan


 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhUtzT6Pr1T4Oc_HZ93k5RQVSjy_tOfNYTqKrvIVX0F9FKlccfYxRrbTeDMjOmiEhxndqUIWMz4__YgyClfgT23-qVhTwlT7Y425vy-vNudoOpS0nTQ1f6arHniSLvz9qyU-IWr6tQ47wTM/s640/memilih+pasangan.jpg
Rasulullah SAW bersabda :

"Perempuan itu dikawini atas empat perkara, yaitu: karena hartanya, karena keturunannya,karena kecantikannya, atau karena agamanya. Akan tetapi, pilihlah berdasarkan agamanya agar dirimu selamat."
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Satu informasi yang baca dari seorang ustaz dari Indonesia. Beliau menulis dalam artikel beliau, untuk memilih wanita yang beragama :

1. Lihat caranya berpakaian dan berias, adakah sesuai dengan hukum Islam
2. Lihat sikapnya dengan orang ramai, adakah mudah mesra dengan semua orang ( iaitu dengan kanak2 mahupun orang tua )
3. Lihat cara pergaulannya, adakah dia mudah bergaul dengan lelaki bukan mahram ataupun tidak
4. Lihat hubungannya dengan kedua orang tuanya, adakah dia hormati kepada ibu bapanya
5. Melihat ketaatannya kepada agama, adakah dia melakukan semua perintah Allah dan meninggalkan larangannya
6. Lihat ilmu pengatahuannya, adakah dia amalkan ilmu yang dipelajari ( meskipun hanya sedikit sahaja yang dia tahu )
7. Lihat tingkah lakunya, adakah dia seorang yang sentiasa bertenang jika menghadapi masalah
8. Lihat sifat kesabaran, adakah dia akan sabar dalam mendidik anak-anak kelak


** buat seseorang. bersabarlah. Allah sedang menguji kita. Tak apalah tidak dapat berhubung, asal saya tahu awk selamat dekat sana. Bagaimana saya tahu? Allah kan ada. Dia yang Maha Berkuasa, dan saya mempercayainya. Semoga Allah melindungi saya dan orang-orang yang saya sayangi serta anda yang melihat catatan blog saya yang biasa-biasa dilindungi daripada orang-orang yang zalim. Dan moga Allah melindungi kita daripada menzalimi orang lain. Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday, 19 April 2013

Allah Knows


Allah mengetahui apa yang kamu rasakan..
Berdoa lah..
Agar segala ujian buatkan kita semakin mendekatinya..
dan bukan menjauhinya...

Bersama-sama jadikan kita semakin mahal ya kawan wanita ku =)

*tidak pernah lepas dari melakukan kesalahan. namun dengan kesalahan itu kita belajar dan terus belajar =)

Wednesday, 17 April 2013

Indahnya Bila Kita Merasa Keindahan Dari Perubahan

Satu tahap.. dalam hidup manusia. Akan ada rasa ingin berubah.Bergantung kepada perubahan apa yang kita inginkan. Sama ada baik atau sebaliknya. Bila berkata tentang perubahan, mestilah bermula dari hati. Hati terdetik, hati rasa sedih, pilu.. Kerna itu saya selalu mengatakan pada yang lain, bagaimana anda boleh kata hati tidak akan berubah? Kerna hati akan berubah kadang kala tak sampai 5 saat. Jadi, tidak salah jika saya membangkang ayat "Saya tahu, hati dia tidak akan berubah." Hati sendiri pun boleh berubah-ubah, bagaimana pula kita boleh yakin yang hati orang lain tidak akan berubah. Kan dia pun manusia biasa. =)

Alhamdulillah, seseorang yang saya kenali sudah mula melakukan perubahan atau pun hijrah. Allah menggerakkan hati untuk mula memakai hijab dan dia manis dan sopan dengan penampilan baru. Kenapa dan mengapa? Biarlah Allah yang mengetahui sebab musababnya. Orang akan mula berkata dan mengata. Siap membilang hari dan tergelak kecil untuk melihat sejauh mana perubahannya akan bertahan. Penyakit hati yang sukar untuk diubati andai diri  merasakan itu bukan satu kesalahan yang besar. Dari kita berkata-kata benda yang merugikan dan menambah saham dosa yang tak terhitung, lebih elok andai kita mengucapkan syukur dan berdoa agar perubahan itu sampai ke akhir hayat. Hidup kita tidak selama mana, dunia ni kan hanya sementara. Bila-bila akan dijemput ke sana. Disaat sisa-sisa hidup yang tidak lama ini, banyak kali kita akan terjatuh dan terpelecok dengan keindahan dunia. Saat itu kita memang memerlukan teman untuk beringat dan beramal bersama. Jika asyik dengan perkataan, "Ala, nak tegur-tegur orang pulak, macam lah dia alim sangat" sampai bila-bila pun orang tidak akan menegur kerna nilai yang diletak untuk menegur orang sangat-sangat tinggi. Jadi perkara yang kecil makin lama makin besar.



*jika ternampak entri saya yang belum berhijab, mohon untuk katakan pada saya ye. Saya dalam proses untuk membuang entri-entri yang menampakkan aurat saya. kerjasama anda, amat saya hargai =)

Monday, 15 April 2013

Seni Maaf

bagaimana mahu mulakan ya. sebab tak sempat mendengar bicara itu sepenuhnya. tiba-tiba terdengar IKIM fm pagi tadi. Jadi apa dia seni maaf ni? Ia bersangkut paut dengan ujian itu sendiri. sedap penceramah tadi. tapi kekangan waktu dan siaran yang agak ber zzz zzz sekarang ni, hanya mampu mendengar dari telefon nokia yang model lama (bersyukur la kan.. ada yang telefon pun tak mampu beli. ada ke yang tak mampu beli telefon zaman sekarang ni? ada, lebih mudah untuk memiliki, lebih banyak untuk kehilangannya :) )

merujuk pada penceramah tadi, bila kita ditimpa bencana atau ujian terutamanya para isteri, bila suami buat perangai, bercerita berjam-jam pada orang lain tanpa menceritakan sendiri pada suami apa kesalahan yang dilakukannya. dan saat kita asyik mengatakan "saya tidak dapat memaafkannya, saya tak boleh memaafkannya" namun kita asyik memikirkan macam mana nak keluar dari permasalahan itu, hakikatnya kita tidak akan mampu memikir jalan-jalannya. pung pang memikir dari matahari terbit sampai terbenam lepas tu bangkit balik, pun kita masih tidak dapat jawapan untuk keluar.yang ada hanyalah rasa sakit hati, rasa tertekan, rambut pun dah macam singa namun kita masih disitu. Di titik dan tempat yang sama.

Pertama sekali, bersyukurlah. Kenapa perlu bersyukur saat ujian macam ni tiba? kerana Allah menyedarkan kita yang terlalu selesa di zon yang selesa. Faham tak? :) mengikut apa yang diterangkan oleh ustaz itu, dalam hidup kita perlu syukur, faham dan hayati. Saya kupas mengenai hayati saja lah ye :) apa maksud menghayati dalam kehidupan? hayati ialah dalam bahasa yang saya senang untuk tuturkan ialah kita ingin hidup dalam keadaan selesa seperti kereta yang memudahkan ke sana ke mari, makanan yang senang untuk dijumpai namun kita janganlah jatuh dalam zon yang sangat selesa. tidak faham? tak apa, saya cuba untuk menghuraikan. Dalam dunia yang semakin canggih, kebanyakkan para isteri memiliki pendapatan yang lebih tinggi daripada suami dan kebanyakkannya menolong suami dalam urusan perbelanjaan rumah tangga. Namun, jika bila suami merasakan "tak apalah, bini aku gaji tinggi. nanti dia bayar la tu, bayar la ni. tak payah aku bagi gaji aku. gaji aku sedikit, nanti habis" itu yang dimaksudkan dengan terjatuh dalam zon yang sudah selesa. Hanya kerana terlalu selesa dengan isteri selalu hulurkan duit, buatkan suami tidak mahu mengeluarkan nafkah. Jadi itu yang salah.

Jadi, bersyukurlah kerna Allah menyedarkan kita. Kelalaian kita kadang-kala membuatkan ia sebagai punca sesuatu musibah. Siapa yang selalu alpa saat kita mendapat kesenangan? Saya mengaku yang saya terlupa, kerna itu Allah menghadiahkan saya ujian yang sangat indah. untuk mengenang kembali apa yang salah dan betulkan sebelum terlambat. Tak ramai kan yang sempat berubah sebelum kematian menjemput? Jadi berkatalah Alhamdulillah.

Seterusnya, memaafkanlah sipolan dan sipolan. "Eh kenapa pula? Dia buat saya malu, dia buat saya rugi berbilion, dia buat saya seperti sampah...." "Saya nak doakan dia akan terima pembalasan, lebih teruk dari apa yang saya rasa, saya nak dia menderita, doa orang termakbul teraniaya...." Ye benar, cukup benar. Doa orang teraniaya memang antara doa yang makbrur. Apa yang diucapkan, sama ada lambat atau cepat akan diterima oleh orang yang menzalimi tadi... Tapi, walaupun pembalasan itu diturunkan, adakah hati kita akan merasa tenteram? hati kita mudah lupakan ke? Atau setiap kali bila bercakap tentang orang itu, adakah hati kita akan tenang? Hati, jika disimpan sedikit dendam atau perkara-perkara yang dapat menghitamkan hati, apakah hati kita makin lama makin tenang atau makin sakit? tepuk dada tanya selera. Maaf memang perkataan yang sebenarnya senang untuk dieja dan disebut, namun untuk mengatakan dan menzahirkan seikhlas dari hati adalah sangat sukar. orang yang senang memaafkan pula dikatakan tidak pandai sebab tidak belajar dari kesilapan. Bukan, bukan begitu. Tahukah, bila kita memaafkan seseorang, hati kita akan tenang. Jiwa kita tiada dendam, serahkan segalanya kepada Allah, kita tidak mengetahui sebab musabab perkara itu terjadi, jadi berhak ke kita menjatuhkan hukum atas sebab yang kita tidak pasti? Pulangkan lah semula pada Allah :)

Bila dua perkara ini kita lakukan, dengan izin Allah akan terbuka lah segala jalan untuk keluar dari permasalahan dan ujian yang melanda. Bila fikiran dan hati tenang, segalanya lebih mudah. Kan Allah dah sentiasa ada untuk manusia yang bersabar. Berdoalah, agar hati dan fikiran kita menjadi tenang, ujian ini kan dicipta untuk mendekatkan diri kita kepada pencipta kita yang maha Agung.

Monday, 8 April 2013

Ujian Dan Dugaan? Mengapa Perlu Membencinya?

Dugaan dan Ujian... perkara yang kalau ditanya pada oang lain kebiasaannya ia adalah perkara yang kalau boleh tidak mahu alami atau jatuh terduduk kerananya. Kebiasaannya ia selalu dikaitkan dengan kesedihan atau kesengsaraan. Tapi ramai yang tidak mengetahui, ujian dan dugaan itu juga boleh jatuh pada kesenangan dan kekayaan.

bila kita mengalami kesedihan dan terujinya diri, orang akan cepat mengatakan kenapa aku? kenapa ini? kenapa itu? tanpa kita cuba selami diri kita semula. Selami apa? Adakah kita lupa saat kita senang? siapa yang kita senangkan saat kita punya kelebihan? Ibubapa? Kekasih? Kawan-kawan? atau orang yang lebih susah? Andai ini yang kita tanyakan pada diri kita dan kita terima jawapannya juga saat itu, lautan yang paling luas pun tidak mampu untuk tampung airmata kesedihan dan kekesalan kita. Terasa diri begitu berdosa atas segalanya.

Ramai yang berkata : "Adakah Allah sudah tidak sayang aku lagi? Dia turunkan ujian yang aku sendiri tidak mampu tanggung. Adil kah ini?" Sahabat, saat kita berkata begitu, kita makin jauh dengan tujuan asal sebenar diturunkan sesuatu ujian atau dugaan atau juga musibah.Jadi mengapa ujian ini diturunkan oleh Allah?

Alangkah indahnya manusia yang menerima ujian dan dugaan oleh Allah. Tahukah? kerna Allah sayang pada kita lah di turunkan ujian untuk menguji sejauh mana kesanggupan kita menyerah diri semula pada Allah yang Maha Esa dan Maha Agung. Allah tidak akan memberikan ujian yang hamba-hambanya tidak mampu tanggung. Kita kata kita tidak kuat? Sedar atau tidak, kita telah pun melepasi ujian dan dugaan itu. Jadi masihkah kita rasa kita bukan insan yang kuat?

 
" aku bersyukur atas dugaan ini Ya Allah. Tiada penyesalan atas apa yang berlaku. dengan ia aku belajar bersabar, dengan ia aku rasai nikmat ketenangan dan dengan ia aku mengetahui rasanya menyerahkan segalanya padamu Allah. Engkau mengetahui apa yang aku rasakan dan Engkau mengetahui apa yang aku tidak ketahui. Padamu aku menyerahkan segalanya. Dan bersabar dengannya. Moga pengakhiran daripada ujian ini, aku temui kebahgiaan yang aku ingini. Bahagia berlandaskan syariah dan suruhan-Mu. Moga aku tidak lalai lagi dengan dunia yang hanya sementara, dekatkan aku dengan akhirat yang kekal abadi dan lindungilah aku dari orang-orang yang zalim."
 

jadi masih ada lagi ke rasa kesabaran kita itu hanya sia-sia?
buka mata hati kita..
rasai sayang dan kasihnya Allah pada kita..