Memilih pasangan
"Perempuan itu dikawini atas empat perkara, yaitu: karena hartanya, karena keturunannya,karena kecantikannya, atau karena agamanya. Akan tetapi, pilihlah berdasarkan agamanya agar dirimu selamat."
(H.R. Bukhari dan Muslim)
Satu informasi yang baca dari seorang ustaz dari Indonesia. Beliau menulis dalam artikel beliau, untuk memilih wanita yang beragama :
1. Lihat caranya berpakaian dan berias, adakah sesuai dengan hukum Islam
2. Lihat sikapnya dengan orang ramai, adakah mudah mesra dengan semua orang ( iaitu dengan kanak2 mahupun orang tua )
3. Lihat cara pergaulannya, adakah dia mudah bergaul dengan lelaki bukan mahram ataupun tidak
4. Lihat hubungannya dengan kedua orang tuanya, adakah dia hormati kepada ibu bapanya
5. Melihat ketaatannya kepada agama, adakah dia melakukan semua perintah Allah dan meninggalkan larangannya
6. Lihat ilmu pengatahuannya, adakah dia amalkan ilmu yang dipelajari ( meskipun hanya sedikit sahaja yang dia tahu )
7. Lihat tingkah lakunya, adakah dia seorang yang sentiasa bertenang jika menghadapi masalah
8. Lihat sifat kesabaran, adakah dia akan sabar dalam mendidik anak-anak kelak
** buat seseorang. bersabarlah. Allah sedang menguji kita. Tak apalah tidak dapat berhubung, asal saya tahu awk selamat dekat sana. Bagaimana saya tahu? Allah kan ada. Dia yang Maha Berkuasa, dan saya mempercayainya. Semoga Allah melindungi saya dan orang-orang yang saya sayangi serta anda yang melihat catatan blog saya yang biasa-biasa dilindungi daripada orang-orang yang zalim. Dan moga Allah melindungi kita daripada menzalimi orang lain. Amin Ya Rabbal Alamin.
3 comments:
ati2 lau nak pilih pasangan idup. kalau time bercinta, dia da tunjuk perangai, baik tinggalkan..takut nanti dah nikah, menyesal lak coz dah tak boleh nak patah baik.
@Mss Anum :) betul. sebab itu kita pilih lah dari sudut apa yang kita mahu :) lebih baik mencari yang memahami dan membimbing. bersyukur saat bercinta dah tunjukkan gambaran sebenar, boleh buat kita terfikir dan berfikir..
jangan risau, Insya Allah ada juga jalannya andai tersalah buat pilihan. kita dah buat yang terbaik, berserah lah semuanya pada Allah. mungkin kita tak dapat cinta yang indah dengan manusia, tapi merasa cinta yang indah dengan Nya.. :)
@saifuddin :)
Post a Comment