cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Kenapa Kita? Bukannya Mengapa Bukan Kita?

Tuesday, 2 July 2013

Kenapa Kita? Bukannya Mengapa Bukan Kita?

lama sudah tidak menaip.. menuliskan sedikit kiasan atau apa yang terjadi, kita kan selalu berkata, ini blog peribadi.. jadi menuturkan atau menaip apa yang terjadi.. dan itu antara ayat yang saya tuturkan selalu. ya saya seorang blogger, diam tak diam mungkin 4 tahun saya sudah memulakan penulisan di sini. awalnya untuk tujuan sekadar suka-suka, namun dari apa yang ditulis secara tidak sedar pernah menghiris hati, membuat hubungan yang lain berantakan. jadi saya tanya kembali pada diri, atas tujuan apa saya menulis. jika hanya untuk bacaan diri sendiri, tak sepatutnya ada yang terasa. kembali balik pada diri dan bacaan di tempat-tempat yang lain.. dan secara tidak sedar, airmata saya menitis kerana sedar bertapa banyak saya berdosa, dan kerana itu saya begini. lupa pada perkataan ini... "Kita bertanggungjawab atas apa yang kita kata, baca dan tutur kerana kita ini tidak akan terlepas dari pemerhatian Allah dan tidak akan lupa ditulis di kiri dan kanan bahu kita." Jadi, kerana itu saya kurang menaip. dan saya harapkan bila saya menaip entri, moga entri itu bermanfaat, bukannya yang akan menambahkan dosa saya :)

berbalik pada entri saya sebelum ini. saya sedar ramai yang bertanya mengapa saya jadi begitu teruk.. mencari sebab apa sebenarnya yang berlaku.. kenapa saya seorang yang berhati-hati jatuh merudum dengan begitu teruk. saya sedar percakapan itu. saya tidak akan bersuara, kerana saya bersuara pada insan yang saya percaya. dan jika ramai mengetahuinya selepas itu, saya maafkan pada orang yang saya percaya, moga tidak dilakukan pada yang lain. kerana tanpa kita sedar, orang yang punya masalah atau menghadapi ujian yang besar, ia mengambil 1000 kesusahan dan keperitan untuk meluahkan sepotong ayat. =) bersangka baiklah

Kenapa saya? Apa salah saya? itu adalah ayat yang saya selalu luahkan. sebutlah senarai apa yang orang dalam kesedihan dan kesusahan lakukan, saya telah lakukan. menangis, tidak makan, selalu menyendiri, kesihatan saya turun mendadak, mudahnya saya menuturkan airmata bila dengar perkataan Kenapa?. cuma yang tinggal buat benda bukan-bukan aja. duit merupakan masalah besar bagi kita yang duduk di bandar dan saya tertekan kerana itu. hinggalah terdetik dalam hati saya..

Mengapa tidak? maksud saya mengapa saya tidak boleh diuji begini. dan kerna itu setiap kali saya teringat soalan itu, airmata saya tak berhenti menangis.. sebab saya jadi begini hanyalah kebodohan. namun puncanya banyak dan dari pembacaan saya, masalah tidak akan selesai selagi kita tidak mengenali dan mengakui punca kita jadi begini. banyak kesalahan yang saya lakukan saat sebelum ujian datang. Berdosanya saya saat saya senang, saya jarang bersedekah. waktu masa lapang saya jarang melakukan solat yang wajib, bila saya sunyi, saya mencari hiburan sebagai penawar hati saya dengan berkaraoke, menari namun jarang atau tidak memilih zikirullah. Jadi, mengapa saya perlu menuturkan soalan kenapa atau memikirkan tentu Allah menghukum ku dan buat aku begitu..

Jadi betul ke ujian itu menghukum? benar ke zalim? saya mendekatkan diri semula dengan pembacaan. sirah nabi, buku motivasi, Al-Quran, zikir, dan mencari-cari apa yang saya perlu buat sekiranya saya ingin keluar. dan jawapannya tetap HATI. Ujian diturunkan sebagai tanda kasihnya Allah pada hambanya. Diturun sebagai peringatan, bukannya hukuman. Ia menjadi peringatan kepada insan yang melupakannya dan iya saya akui saya masih struggle untuk keluar dari ini. hutang masih tidak banyak berkurangan. Namun saya mendapat pengajaran yang tidak ternilai. Alhamdulillah dapat membaca semula Al-Quran, dapat menghafal dan mengamal doa dan zikir yang selama ini saya tidak ketahui atau andai  saya tau tapi saya tidak amalkan. jadi bermula dengan hati yang kecewa saya isikan dengan perkara-perkara yang saya kurang ketahui. perkara yang saya sukai tetapi lama saya tinggalkan iaitu membaca bahan-bahan ilmiah, saya lakukan sekarang. Rakan-rakan? ramai yang mencemuh. Namun saya tidak marah dan saya memaafkan mereka kerna mereka tidak ketahui dan ia memang kesalahan saya. dan saya masih bersabar untuk membetulkan kesalahan saya dan saya bersyukur kerana ujian ini menemukan saya dengan siapa yang sebenarnya Rakan di masa susah dan yang menyedarkan kita andai kita terleka dan terlalai. Jadi, bersyukurlah saat anda ditimpa ujian kerana ia sebenarnya pengajaran yang berguna.

p/s : saya masih sering berdoa dan berdoa. dipermudahkanlah saya untuk membayar hutang-hutang saya. keutamaan saya sekarang untuk menyelesaikan hutang dan ketahuilah saya tidak mahu melarikan diri darinya. Air mata tak payah lah ditimbang, mau lebih 1 baldi, namun airmata bukannya dapat mengeluarkan saya. Hanya Allah yang mampu. Moga dipermudahkan saya menyelesaikan hutang dan dipermudahkanlah orang itu membayar walau tidak semua, sebahagian daripadanya pun cukuplah. Namun jika tertulis bukan rezeki saya, saya redha. Andai saya ditipu, saya maafkan. Andai dia punya masalah untuk membayar, tak apalah. saya redha dan andai ada rezeki, adalah. Siapa saya untuk menentukan salah dan hukum orang. :) Permudahkanlah semua Ya Allah. 

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan kiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya." (Hadis Riwayat Muslim)

No comments: