Assalamualaikum...
sakit.. itu yang melanda dalam 2 minggu..
mula-mula gigi..
dah hilang masalah gigi.. ingatkan badan dah sihat..
kebal lah rasanya dari penyakit..
tiba-tiba dari sihat fizikalnya...
tertunduk muntahkan kembali apa yang di makan...
dari gagah berjalan..
terduduk berjam-jam di bilik air.. sehingga tiada apa isi yang dapat dibuang..
tapi perut masih membuang pula air-air di badan..
dari nyenyak tidur di malam hari..
bertukar ke tandas setiap 30 minit..
dari sabtu hingga ke khamis..
tidur hanya 2 ke 3 jam sehari..
dari ujian darah..
ke ujian air kencing..
masuk air..
jalani semula ujian air kencing..
dan masuk air kembali..
tanpa jemu dan bosan..
hingga terasa jarum itu sahabat baik..
tak cukup tangan kanan..
hulur pula tangan kiri..
dah si doktor puas membelek ujian
menaya pula diri kenapa bila masukkan air keputusan lagi teruk..
oh doktor.. jika hamba ini pandai jawab soalan itu..
tentu hamba yang sekarang ini menjadi doktor.. dan doktor pula menjadi kerani..
bila sakit..
banyak perkara yang terfikir..
tentu yang sangka.. apa la nasib aku ni.. sakit je..
tapi cuba fikir semula,..
jika tak sakit.. kita tak kan rasa nikmatnya kesihatan..
jika tak sakit.. kita tak tahu rasa kepedihan,,
jika tak sakit kita tak sedar nikmat berehat..
tak kan Allah turunkan sesuatu pada hambanya jika hamba itu tidak mampu..
saat kita rasa kita lah paling sakit..
bagaimana dengan orang yang berjuang untuk bernafas..
bagaimana orang yang berjuang untuk bergerak..
bagaimana orang yang berjuang untuk merasa sihat untuk tempoh masa yang pendek..
berubahlah..
kerna saat kita merasa kita lah paling susah.. kitalah paling malang..
ada yang lagi susah dan malang dari kita..
tapi sedikit pun mereka tak mengalah..
jadi.. siapa kita untuk merasa kalah di awal kesakitan..
sakit tu kan penghapus dosa kecil..
tak mau ke?
p/s : adad yang bertanya sakit apa ni sampai mc seminggu ni.. saya ada jangkitan kuman dalam air kencing.. campur dengan demam, muntah dan cirit birit.. :) alhamdulillah kini dah makin pulih. cuma keletihan tu masih ada. semalam pula baru lepas kena cucuk dengan dengan bahu. injection for spine.. gitulah nama dia.. rasanya la.. moga tak perlu lagi jumpa pakar.. jumpa pakar tu memenatkan :)
No comments:
Post a Comment