sering kali kita pernah berkata atau ambil pusing dengan "Kenapa mereka tak suka kita?" nanti ada yang akan tanya balik, kau apa tahu.. kau pernah rasa ke orang tak suka kan kau? well.. let me say in a simple line... Yes!! zaman sekolah dulu (merasa tua pula bila nak kembali ke zaman sekolah.. sedih huhuhu) CJ pernah kena pulau selama setahun.. setahun tau.. bila tanya orang tentang apa saja, rasa macam cakap dengan batu.. tiada balasan walau pun sekadar berdehem..
jadi.. siapa yang tak pernah merasa tentang ni?
sedih? jangan nak tipu la.. bercucuran air mata sambil nyanyi lagu sudirman tu.. hujan yang turun.. bagaikan mutiara... implikasi dari itu CJ jadi lebih hurmm okay.. alang-alang semua budak kelas tak suka aku, baik aku buat itu ini.. tapi yang sakit kembali kita juga kan :)
bila kita menginjak masa ke alam pengajian tinggi (memang tinggi bangunan jabatan ku dulu T_T ) akan ada lagi orang yang tak menyukai kita.. jadi? perlu ke kita terjun kembali ke alam kegelapan.. bila makin disimpan rasa sedih makin kita tertekan.. tercari-cari sebab kenapa la kat sini pun ada jugak yang tak suka.. nak kata gadis popular, jauh panggang dari api..
andai saat sekolah pun kita merasa sedih, macam mana nak tempuh alam perkerjaan yang boleh dikatakan lebih 70 peratus orang tak suka kita.. tak ke haru? dengan yang tikam kita, yang jatuhkan airmuka kita secara depan, yang mengapikan kita dengan orang lain dan pelbagai masalah yang menanti apa lagi kerja di bandar besar. (bagi CJ, PJ ni memang besar. terlepas jalan je berpusing nun jauh bak hang)
adik-adik (kenapa adik? bila CJ tengok semula follower, mak aih.. banyak adik-adik follow.. rasa muda kejap.. hehe) dalam hidup akan ada orang yang suka dekat kita dan ada yang akan benci pada kita. pada akak CJ, tindakan dan percakapan kita yang menentukan kenapa kita dibenci. Jika dibenci kerna akademik lebih bagus, bos suka kerja kita atau imaginasi kita tinggi (tang ni kak CJ dah kena U.S.U.S.. u show u suffer waaa) itu dikira benci yang positif. andai kata kita dibenci kerna pertuturan yang tak elok atau perangai yang tidak patut, masing-masing yang kebanyakkannya mampu gunakan akal dah boleh tahu tindakan apa yang perlu di ambil.
kata-kata di bawah ni prinsip hidup kak CJ..
p/s : dalam hidup, bukan tanggapan manusia yang kita perlu kejarkan.. tapi kita perlu mengejar untuk memberi tanggapan yang baik pada Allah. In 10 people, maybe not even 1 will like the way we are.
No comments:
Post a Comment