cookieChoices = {}; * C.J Diary *: February 2015

Thursday, 26 February 2015

Vacay mode

Its have been awhile since my last post. I'm going to vacation started this day. Just want to rest my body and soul.. Eventho i'm still battle with my fever.. Bad fever.. Huhuhu
**why my past keep calling or messaging me over this weekend.. Lain yang ditunggu, lain pulak yang datang.. Hurmm**

Thursday, 12 February 2015

Happy born day neighbour

Sedar tak sedar dah nak hampir 6 tahun berkawan dan bekerja bersama. Banyak suka duka, pahit jerih dan susah payah bersama sepanjang perjalanan ni.

Susah nak berjumpa kawan yang perwatakan hampir sama tapi punya kelebihan dan perbezaan masing-masing. Ayat yang sering di ucap setiap kali hari jadi "semoga berjumpa yang lebih baik dan cepat-cepat bertemu pasangan yang sesuai". Tapi tahun lepas " 2015 kau kawin punya lah.." Tiap-tiap tahun suruh makan garam banyak-banyak, tahun ni moga-moga masin ye.

Hahaha kami berkongsi banyak perkara.. Sangat-sangat banyak. Dah ada pun yang cuba cucuk sana sini, tapi selagi kami "amalkan kalau tak puas hati terus tanya" ni yang buatkan kami masih berteman.

Selamat hari dilahirkan jiran depan partition a.k.a setinggan.harap persahabatan kita kian utuh..

Buku

Masih banyak lagi yang belum di baca. Masih banyak yang belum direview. Masih ada lagi novel inggeris yang minta untuk dihabiskan.. Ni semua terapi..

**for someone, we need one room just to put all my books and your thing. Maybe study room with a big book rack..huhu**

Wednesday, 11 February 2015

Book Review : Raudah


pada sesiapa yang mengenali jia, jia memang meminati novel hasil nukilan Ramlee Awang Murshid ni. Dari Laksamana Sunan punya siri hingga lah killer series macam Ungu Karmilla dan novel bersifat memikir seperti fiksyen 302.

Kali ni Ramlee Awang Murshid muncul dengan novel terbaru, baru tak baru sangatlah sebab novel ni keluar November 2014 iaitu Raudah.

sinopsis Raudah
"RAUDHAH – banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara.  Sentuhan RAMLEE AWANG MURSHID kali ini banyak bermain dengan ilusi. Saspen, pembohongan dan kekejaman silih berganti sehingga debaran sukar dihentikan.  SINOPSIS  JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.’ Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih. Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati! Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup. Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.’ Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.’ Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa? "

kredit kepada kelabram

Bagi pendapat jia, novel ni kategori novel yang bermain dengan teka teki. Tapi bagi jia, plot novel fiksyen 302 lebih tricky dan mencabar akal fikiran. Novel ini juga sama bagus, tapi bagi jia pengakhirannya bila dirungkai siapa sebenarnya raudah faris, watak itu agak pendek. Mungkin lebih sesuai dikatakan singkat kemunculannya. Watak-watak yang dinyatakan kenyataannya atau secara sedihnya memang berlaku disekeliling kita. Bagaimana rakusnya manusia untuk mengejar kekayaan, adanya tangan-tangan tersembunyi yang memainkan pelbagai agenda tak kira politik atau apa pun sememangnya wujud.

Dan segala yang berlaku hanya dalam 3 minit, memang tak terjangka dalam fikiran jia. Ini lah novel yang memang jia minat. Novel yang memerlukan kita berfikir dan yang lari dari konteks tipikal novel melayu. Maaf, saya memang tak minat novel melayu yang tajuk seperti budak sekolah dan terlalu sarat dengan imaginasi yang melekakan. Macam oh romantiknya, oh ini dan oh itu. Maaf, jangan bagi jia. Memang akan ku beri percuma dekat orang lain.

Aspek agama memang tidak lari dari novel karya ramlee awang murshid a.k.a ram dan itu sebenarnya kekuatannya. Kalau novel lain banyak mengaitkan isu tentang kasih sayang sesama makhluk tapi tidak pada aspek lain, padahal ilmu agama kita itu luas. Aspek kali ini ram menekan kan ilmu sains dan juga tentang taubat serta gangguan yang akan dihadapi saat kita ingin berubah. Watak faris dan hambali sentiasa berlegar di keliling kita. Moga kita punya teman seperti hambali yang memimpin manusia yang selalu berdosa seperti faris untuk berubah. Kidos to ram.

**saya bagi 3 1/2 bintang /5 bintang**


Friday, 6 February 2015

hurmm..

sebenarnya.. kalau boleh.. saya tak mahu untuk bertemu, berkata apa-apa atau mendengar apa-apa mengenai dia.. langsung.. Its hurt.. jadi sebab sakit itu, cukup hanya saya tahu apa,kenapa dan mengapa sesuatu perkara tu jadi antara kami..

ia menakutkan.. lebih pada kenapa.. dan kenapa ia menakutkan? sebab luka lama akan diimbas kembali dan akan mengecewakan kita kembali. saya tak mahu itu berlaku.. tak mahu hilang kekuatan ni. dan rupanya seseorang yang menggelarkan dia teman wanita yang baru dan ingin berkawan dan bertanya sesuatu. jadi bila saya lihat ada yang lihat blog jia ini dari negara dia.. hati berbisik sesuatu..


putus cinta itu memang sakit, tapi dia ajar kita tentang betapa kuatnya kita, macam mana setianya kita dan dia tunjukkan yang kita lebih baik tanpa dia. bukan.. bukan saya lah orang yang akan bercerita tentang keburukan setiap pasangan saya dulu. cukuplah saya kata kerna saya hormatkan hubungan masa baik dulu, dan kerna itu saya tidak akan buka salah silapnya. jika kita tidak suka, apatah lagi orang lain. jadi, ya.. move on..


to all of my ex-bf girlfriend.. i can accept your friend request. but if you want to know any secret from me, i'm sorry. I just can't say bad thing about someone else.cukup sekadar "setiap hati akan berubah dalam setiap minit" dan saya rasa dia sudah berubah. jika tidak banyak, mungkin sedikit.

**saya rasa saya hanya akan berhenti dari berjumpa dengan semua ini bila saya sudah berpunya dan bernikah. percayalah, saya tidak akan merampas hati yang bukan kepunyaan saya. impian saya untuk bernikah tahun ini. moga dipertemu dan dipermudahkan segalanya. Trust is a key to success in relationship. jika kepercayaan itu tiada, macam mana indah pun digambarkan dalam hubungan itu, ia tidak akan bermakna**