pada sesiapa yang mengenali jia, jia memang meminati novel hasil nukilan Ramlee Awang Murshid ni. Dari Laksamana Sunan punya siri hingga lah killer series macam Ungu Karmilla dan novel bersifat memikir seperti fiksyen 302.
Kali ni Ramlee Awang Murshid muncul dengan novel terbaru, baru tak baru sangatlah sebab novel ni keluar November 2014 iaitu Raudah.
sinopsis Raudah
"RAUDHAH – banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara. Sentuhan RAMLEE AWANG MURSHID kali ini banyak bermain dengan ilusi. Saspen, pembohongan dan kekejaman silih berganti sehingga debaran sukar dihentikan. SINOPSIS JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.’ Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih. Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati! Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup. Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.’ Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.’ Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa? "
kredit kepada kelabram
Bagi pendapat jia, novel ni kategori novel yang bermain dengan teka teki. Tapi bagi jia, plot novel fiksyen 302 lebih tricky dan mencabar akal fikiran. Novel ini juga sama bagus, tapi bagi jia pengakhirannya bila dirungkai siapa sebenarnya raudah faris, watak itu agak pendek. Mungkin lebih sesuai dikatakan singkat kemunculannya. Watak-watak yang dinyatakan kenyataannya atau secara sedihnya memang berlaku disekeliling kita. Bagaimana rakusnya manusia untuk mengejar kekayaan, adanya tangan-tangan tersembunyi yang memainkan pelbagai agenda tak kira politik atau apa pun sememangnya wujud.
Dan segala yang berlaku hanya dalam 3 minit, memang tak terjangka dalam fikiran jia. Ini lah novel yang memang jia minat. Novel yang memerlukan kita berfikir dan yang lari dari konteks tipikal novel melayu. Maaf, saya memang tak minat novel melayu yang tajuk seperti budak sekolah dan terlalu sarat dengan imaginasi yang melekakan. Macam oh romantiknya, oh ini dan oh itu. Maaf, jangan bagi jia. Memang akan ku beri percuma dekat orang lain.
Aspek agama memang tidak lari dari novel karya ramlee awang murshid a.k.a ram dan itu sebenarnya kekuatannya. Kalau novel lain banyak mengaitkan isu tentang kasih sayang sesama makhluk tapi tidak pada aspek lain, padahal ilmu agama kita itu luas. Aspek kali ini ram menekan kan ilmu sains dan juga tentang taubat serta gangguan yang akan dihadapi saat kita ingin berubah. Watak faris dan hambali sentiasa berlegar di keliling kita. Moga kita punya teman seperti hambali yang memimpin manusia yang selalu berdosa seperti faris untuk berubah. Kidos to ram.
**saya bagi 3 1/2 bintang /5 bintang**
No comments:
Post a Comment