cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Al-Fatihah

Wednesday, 25 March 2015

Al-Fatihah


pada yang tidak mengetahui... saya telah kehilangan nenek saya, iaitu ibu kepada ayah saya dan juga nenek yang terakhir yang saya miliki. pulang ke rahmatullah pada 23 Mac 2015 jam 2.30 petang. 

tiada lagi bahulu, tiada lagi rendang kerbau mahupun rendang itik pada raya kali ini. maaf kerana tahun ini pun tak dapat bawa pulang seseorang yang bernama suami.

perwatakan nenek memang sangat berbeza. nenek seorang yang rendah suaranya bila bercakap dan sangat kurang bercakap. namun sesekali bila bersama, ketawa sampai keluar air mata. saya tahu kita tidak rapat, tapi nenek masih lagi cuba dekatkan diri dengan bertanya sesuatu atau masakan sesuatu makanan.

damailah nenek di sana. moga roh mu dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang yang beriman.


gambar ihsan abang tercinta..

No comments: