cookieChoices = {}; * C.J Diary *: September 2015

Tuesday, 29 September 2015

Hehehe

Tergelak sebentar bila baca status terbaru faiz. Tapi benarlah kan.. Kalau ada jodoh, sejauh mana kita terbang.. sedalam mana kita selam.. Akan ada satu titik yang kita akan bertemu..

:)

**minggu yang sukar kali ini. Perlu kuat untuk berada di sisi kakak.. Moga akan datang lebih baik buat takdir kami**

Thursday, 24 September 2015

Selamat hari raya aidil adha

Hidup jangan selalu kejam.. Kasihan la pada hati yang kian patah..

Tuesday, 15 September 2015

I'm not so desperate..

Someone approach me just to say hello and can we be a friend. Oh okay and the conversation getting from one day to a week. (I'm not a type that love to text 24 hours, like I'm not have anything to do..)

Bagi siapa yang tahu, aku jenis yang tak suka bercakap di telefon lama-lama, 5 minit pun dah terasa macam membunuh saja. Jangan samakan dengan bercakap dengan tersayang... Itu lain. Pakai yahoo messenger pun boleh bergayut sampi 3 atau 4 pagi.

What I'm trying to say is, last night he tells me that he already being married. I'm juat like woah.. What? Say it again. I appreciate that he tell me the truth but the way he say to me make me maybe a lil bit mad. But more to feel sorry to his wife. Nak tak jadi nombor dua la.. Abang mampu la.. Nak jumpa malam sebab nak hantar bini balik rumah dulu. Abang kerja engineer, jadi abang mampu..

Hurmm saya seorang yang punya pendirian, lelaki yang sudah punya kekasih pun tidak ku sentuh. Apa lagi yang bersuami mau ku rebut.

Jangan digula dengan kesenangan, sedangkan tulang empat kerat ku masih mampu membanting. Jangan hanya mau merasa kemewahan, orang lain kau lempar merempat.

Bercerita dengan kakak, jangan.. Kau masih muda. Kenal lah dunia lebih luas dari yang kau tahu.. Susahnya mencari kebahgiaan dan jodoh.. Namun bila terjumpa dialah yang terbaik..

Hati ini tidak tegar memecahkan jiwa yang lain, sedangkan aku juga insan yang dirobek kecurangan oleh yang dulu. Aku masih tau aku belum lagi menjadi yang lebih baik. Manakan mungkin aku berjumpa dengan yang terbaik..

Wednesday, 9 September 2015

Fynn Jamal - Satu Pernah

Habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

Seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

Dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

Seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

Terlebur hancur kebal rusukku;
berkecai sepai, terpecah belah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

Dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

Takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

Takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

Takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh di darah.


**setiap kali melihat, setiap kali mendengar, setiap kali memahami.. jawapannya tetap sama.. kepedihan yang ditanggung kesan selepas semua itu berakhir.ia tetap sama**