selepas selamat tumpahkan 1 koleh air milo waktu lepas mandi di subuh hari (habis wet tisu aku T_T) bersiap-siaplah dua puteri ni untuk jalan-jalan ke tempat impian waktu kanak-kanak... Disneyland Hong Kong!!!!
ok, macam mana nak pergi ke sini.. cara mudah dan murah adalah dengan menaiki MTR. dari MTR Mongkok, cari arah menuju ke Tsuen Wan (Red Line). sebab kita akan keluar di stesen Lai King untuk pertukaran tren ke Tung Chung (Yellow Line). turun di Sunny Bay untuk pertukaran tren yang terakhir untuk ke Disneyland Resort.
inilah tren yang akan membawa kita ke Disneyland... :) kalau dah nampak lambang Mickey ni, tahniah.. anda tidak tersesat.. huhu
muka teruja di pagi hari.. huhuhu
kami sampai dalam pukul 8.35 pagi dan pintu buka pada pukul 10 pagi ye.. haha nak buat apa awal-awal datang? untuk beratur nak masuk ye. sekarang pulak cuti sekolah, jadi paham-paham je la keadaan dekat sini.
tengah snap gambar, tiba-tiba tengok apsal kabus je. oh fogging kot.. sekali tu.. rupa-rupanya, Lenovo jia dah masuk air milo rupanya.. patutlah bau koko je dalam beg.. orang lain tak sabar nak masuk sebab nak main permainan.. jia lak tak sabar masuk sebab........
tahitian terrace
antara tempat halal yang terdapat di Disneyland.. tapi macam awal sangat nak makan, bawa diri tengok muzikal Lion King la dulu...
ok ni set yang jia ambil masa di Disneyland. Set katanya nasi dengan santan (macam sticky rice rasanya), ayam kicap kot, satay masin sikit dan bersekali dengan air HK109 + buah-buahan (HKD28)
encik, saya kondem makanan teruk sangat ke? awat masukkan saya dalam jail...
lapo.. lapo..
opocot..
ermm saya pemalu orangnya.. hik hik hik
nampak kan jalan basah? sepanjang di Disneyland, hujan turun renyai.. berhenti.. lebat balik.. berhenti.. dan keadaan tu berulang-ulang. cuaca sangat sejuk.. yela dah masuk winter kan dekat sini. salji tak ada, cuaca sejuk tu tetap ada. ni dah penat berjalan dekat dalam, sekarang berjalan-jalan sekitar jalan utama pulak..
dah malam.. kita tak sabar menantikan bunga api dan....... Parade!!
berakhirlah parade untuk hari ini.. sebelum parade, ada satu acara tapi disebabkan tersekat dalam kedai dan dekat jalan dah penuh orang, maka lepaskan saja la.. kami keluar dari sini dalam nak dekat pukul 10 malam juga la. tak larat nak jalan mana-mana lagi.. badan dah penat.. esok nak keluar awal lagi.. balik semula ke hotel. turun dekat MTR Mongkok.
ok.. ini jia nak bagitau parade yang ada masa jia dekat sini..
- flight of fantasy parade (3.00 petang) - main street, usa (parade)... tak dapat tengok.
- festival of the lion king (12.00,2.00,4.30,6.00 petang) - adventureland (stage show) sangat bedt.. wuhuuu
- frozen christmas tree lightning ceremony (6.20 petang) - main street, usa (stage show) tak tengok. tersekat dalam kedai.
- disney paint the night time spectacular - main street, usa (parade) (7.15 malam) - siap rakam lagi.. bestnya ada anak waktu ni. mesti seronok
- disney in the stars firework - main street, usa (firework)(8.30 petang) - kemuncak untuk semuanya.... siap berdiri 1/2 jam untuk rakam semuanya..
No comments:
Post a Comment