cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Letih

Thursday, 19 May 2016

Letih

bulan 5 ni memang bulan letih.. tiap minggu ada je aktiviti.. sekarang ni pun bersiap diri untuk tournament sukan pantai badan berkanun minggu depan.. tapi bukan itu pun memenatkan.. walau cedera masa tournament badminton masih tak kebah, tapi itu bukan menyakitkan..

aku dah kata tak mau lagi terlibat dalam mana-mana kisah.. walau aku tak buat apa pun, akhirnya aku dekat tengah-tengah..dah aku kata.. suka tu luas.. dan bagi aku, hanya sekadar penampilan. berhenti sajalah takat situ.. aku dah penat.. penat main permainan macam ni..

dengar dah ada.. bagus la.. tapi kenapa makin menjeling.. eh tengok la.. dari dulu mesej sekadar tentang tuntutan kerja.. lepas tu, tak pernah sekali pun mesej untuk mengada... tak tak itu bukan aku.. nak mengendeng hanya untuk apa? sekadar untuk bagitahu aku begini dan si dia begitu ke?

jangan susah.. antara sana dengan aku.. tak perlu untuk letak bersebelahan.. aku boleh katakan secara terus.. aku memang kalah dari segala segi.. tapi itu kalau kau ukur dari segi luaran.. kalau aku nak, aku boleh kata secara berdepan.. hakikatnya... aku tau ia tak berbaloi.. aku, bila dah terluka.. tak kisah la sebab perpisahan, aku tak terhegeh untuk terus tercari-cari ganti.. aku jenis setia bro..

kelakar.. orang bersama untuk lebih luaskan pergaulan.. tapi kesian, bila terbalik.. garinya tak nampak tapi hakikatnya terkongkong.. hakikatnya.. kalau susah.. yang di cari kawan dulu.. tapi dengan kawan lain pun kau tangkis hanya kerna kasih yang belum pasti..

ye.. aku akui.. dan aku sentiasa mengaku.. aku ini gadis yang punya lebihan lemak.. kulit sedikit gelap dan tidak suka bergaya di pejabat.. tapi aku tau jiwa aku besar, lebih besar dari fizikal aku.. sabar aku tebal sedikit dari baju yang selalu aku pakai.. kalau kau lihat kekurangan itu,, itu ajalah yang kau dapat.. kenal aku.. tanya aku.. borak dengan aku.. kau akan lupa semua kekurangan tu,,
tak apalah.. hakikatnya,, kau bukan orang yang aku hadap pun dari mula.. tapi berhentilah.. aku makin penat melayan sikap kebudak-budakkan daripada orang yang sepatutnya matang seiring dengan usianya..

*orang yang selalu mendongak ke langit, hanya menanti untuk jatuh tergolek ke tanah*

#bukanratuuniverse
#kaubukanherodunia

No comments: