cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Tiga-tiga naik sekali!!

Saturday, 3 September 2016

Tiga-tiga naik sekali!!

hahaha apa yang naik ye.. jangan fikir bukan-bukan :) hari khamis lepas, mak panggil dan kata ada la benda nak diborakkan.. tapi kebiasaannya, kalau mak panggil mesti ada benda yang serius yang mak nak katakan. dalam adik-beradik jia, bab benda-benda macam ni mak mesti panggil jia..

dibukakkan cerita, adik jia ada tanya berapa harga cincin emas sekarang. mak jia seloroh tanya kenapa, nak kawin dah ke? dan adik jia sengih macam kerang busuk sambil mengiyakan.. tak tahu la kenapa, tapi dalam keluarga jia lelaki biasanya akan kawin dalam umur 26 macam tu dan adik jia tahun depan masuk lah ke 26 tahun..

serentak lepas mak cerita, jia dengan kakak dah mula gelak-gelak dan buat-buat lawak.. lepas tu mak cakap, kalau boleh, biarlah tahun depan tiga-tiga anak dia (jia, kakak dan adik) naik pelamin sekali.. senang sikit dia nak buat, sekali jalan.. dan dan tu jugak lah terus jia terdiam..

"so I have to find someone?"

ahh.. its been a long time since yesterday.. malam, tak pernah rasa panjang sebelum ini.. perlu ke aku terima cadangan makcik untuk pilih je lelaki yang aku tak pernah bersua.. atau menanti seseorang yang entah muncul atau tak... atau jadi tak seseorang yang malas untuk punya perasaan pada seseorang.. hurmmm... malam.. masih lagi jauh untuk ku putuskan.. salah memang tak salah.. diri ini pun nak menginjak ke 31 tahun depan... kusut.. makin kusut fikiran dan pemikiran...

No comments: