cookieChoices = {}; * C.J Diary *

Thursday, 13 December 2018

32 sudah.. selamat hari dilahirkan jia

Image may contain: 1 person, smiling, close-up

lama dah tak coretkan apa-apa dekat sini. bukan tak ada benda yang menarik berlaku, tapi masa dan mungkin lebih pada kemalasan untuk menaip. ada pasang surut, turun naik.. tapi heay... masih boleh tempuh dengan senyuman kan? :)

tahun ni dapat geng baru. bercuti situ dan sana. naik keretapi la, bas la, kapal terbang lah. sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

alhamdulillah, dah mencecah ke angka 32 tahun ni. ya, masih sendiri. kawan sana sini tak menjadi hahaha tapi percaya... satu hari nanti.. insya Allah akan jumpa yang menerima kita seadanya dan ikhlas bersama. cewah..

terima kasih untuk semua ucapan dan doa, hadiah dan harapan. yang baik kita aminkan sentiasa. yang buruk tu daripada saya. moga diberi  kesihatan yang baik, diberi kesempatan merasai status isteri dan ibu, dipermudahkan untuk membayar segala hutang dan diberi orang-orang yang sentiasa disisi.

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, shoes and outdoor

jadilah orang yang baik, walaupun menjadi baik  itu sajalah pilihan yang ada. :)


Tuesday, 13 March 2018

Being Me Again..

sebenarnya..
masuk hari ketiga..
aku dah lepaskan semuanya..

betul lah..
buatlah apa pun..
kalau di hati dia..
tak ada sedikit pun untuk kau..
untuk apa kau bersungguh terangkan apa yang kau lakukan sebelum tu..

sakit hati..
memang sakit..
bila kau menjaga batas dan 'sembunyi' kan dia..
atas alasan dia yang kata cinta tak perlu diungkap pada semua..
tapi hari ketiga dia dah naik kan gambar dengan sidia..

biarlah..
marah dan makilah..
biarlah sekali saja..
bangkit dan berlalulah..
dia lelaki yang tak layak..,
menumpang setia dan pengorbanan kau..
baik itu..
bukan untuk orang yang tak menghargai,,

pergilah..
bukan ke Allah dah pesan..
orang yang baik dipasangkan dengan orang yang baik..
telah Dia katakan.. kifarah itu ada..
pulanglah kembali pada Nya..
kelak Allah berikan kebahgiaan sebenar..

aku maafkan..
pengkhianatan ini..
kelukaan ini..
penipuan ini..

namun aku serahkan segalanya
kifarah itu pada Nya..
moga aku lebih kuat..
dan kali ini, biar aku dikejar..

Salam dari wanita ingin bahagia..

Nazeerah a.k.a Jia

Monday, 12 March 2018

Sukarelawan Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

dah masuk tahun 2018 baru nak update hehehehe.. lupakan semua tentang kesedihan sebentar.umumnya ramai tau tentang Kuala Lumpur SEA Games 2017 dan yang terujanya, jia dapat jadi salah seorang sukarelawan sukan sea untuk acara hoki padang selama ermm dalam 11 hari rasanya..
pengalaman terbaik dalam hidup ni. tak pernah jadi mana-mana sukarelawan pun sebelum ni. kalau tak nama jia tak terpilih, tapi betul lah orang cakap, kalau dah rezeki tak ke mana. walaupun awal-awal orang dok kata yang kami ni tukang selfie saja katanya, hakikatnya kerja kami dari jam 10 pagi sampai lah ke pukul 10 malam setiap hari..


untuk sukan sea yang ni, jia ditempatkan sebagai team infrastruktur.. penat ke tak? adalah 4 kg turun masa sepanjang sukan sea tu hahaha.. tugas apa budak infra ni? apa yang ada dalam stadium hoki bukit jalil tu? itulah kena jaga. dari keselamatan, media, bilik-bilik yang ada sampai la ke van milo.. ehh? :D


team pasukan Malaysia sangat bagus untuk sukan ni. kenapa? sepanjang berlangsung tak ada pun provokasi ke atau apa.. sampai pasukan sorak negara lain selesa saja. well done guys..



kenapa ada makeup lak ni? hahah ni sebab kena masuk pejabat jap.. ada hal katanya.. tak ada lah nak pakai makeup masa panas wei..


bergaul dengan orang muda, sampai orang pun kata kita muda.. rata-rata ingat umur 25 tahun.. mula-mula pakat nak ngorat, terus tak jadi bila tau umur sebenar kita hahaha..


budak dua orang ni antara yang jia rapat sepanjang sukan sea. dah macam muka adik-beradik lak kami ni..





barisan kakak dan abang.. (kakak ke? abang ke?) hahaha entah lah.. suka pergi dekat pintu yang kat sini. sebab abg dan kakak kat sini sangat friendly dan tak menggatal.. pintu lain macam berat hati jadinya.. hahahaha



 antara pemain-pemain yang sempat jia tahan untuk tangkap gambar. ni masa perlawanan terakhir. rasa sebak pun ada, sayang nak tinggal stadium pun ada. tapi yang paling jia nak tangkap dari sebelum mula perlawanan ni... orang kat bawah ni.

abang Roslan Jamaludin dengan Dato' Mirnawan Nawawi. jia membesar pada zaman mereka nilah, dan memang rasa oh mai... my idola. masa nak tangkap gambar dengan abang roslan ni, team teknikal Malaysia siap gelak-gelak lagi.. ada rupanya peminat roslan ni.. gambar payung tu ada sebab dorang la yang payungkan.. hehehehe




antara abang.. err abang ke hahaha polis yang selalu jia lepak sepanjang sukan sea. macam yang jia cakap, jia agak memilih kawan uniform ni sebab err ramai yang kat sana ni agak ermm tak pelah hahahaha. ramai dok tanya ada jumpa jodoh ke kat sana... jawapannya idok sebab nombor pun tak ada hahaha.. tapi adik angkat teman tu adalah.. dia jelah sorang hahaha



31 Ogos gambar atas ni diambil. untuk nak spend masa dengan budak-budak ni untuk kali terakhir, jia pun kata. ok, jia join malam penutup ni. penat, gembira tapi akhirnya tetap sedih, bila la nak jumpa semula nanti.






nak balik tu kena stay sampai nak dekat pukul 2 pagi hahaha.,. kena la jalan ke LRT Sri Petaling sebab Bukit Jalil gila penuh. untuk sejarah jugak, dekat sini lah jia kenal orang tu. kenangan.. tapi tak apalah. mungkin dia bukan jodoh yang sebenarnya.. sedih.. tapi hidup kena ke depan kan?

p/s: ada ke sesiapa yang tugas sama dengan jia dulu? kalau nak kawan, email la kita ye :)



Thursday, 1 March 2018

Tak ada apa rasa dah..

apa rasa dikecewakan? rasa pedih sangat..
apa rasa dikecewakan pada benda yang sama? rasa dia tak terkira.. berdouble-double dari sebelum ni..

dikecewakan, dikhianati, ditipu..
lagi sakit.. kau tau dia ada yang lain sehari lepas kau ke sana ke sini untuk bantu dia nak survive masa susah..
susah dengan kau.. masa senggang bermain cinta dengan yang lain..

kenapa kau tak cakap kau tengah susah sekarang dekat perempuan tu..
kenapa masih cakap kau masih kerja dengan gaji 3-4 ribu tu..
kalau tak serius kenapa masuk dalam family aku. kenal kakak dengan anak buah aku..
anak buah aku tu dah sayang dekat kau.. apa aku nak cakap setiap kali dia tanya kenapa dah tak kawan kau?

kesian kau jia..
you been replace because you are not good base on she more slim..
kelakarkan jia..
tapi tu hakikat jia..

untuk apa ayat maafkan saya berulang kali..
aku maafkan untuk semua harapan, janji dan impian yang kau janjikan..
bukan aku, tapi kau..
tapi satu saja..
untuk pengkhianatan ni,
aku tak akan maafkan kau.
dan percayalah..
kau dengan dia tak akan ke mana dan kenal bahagia..
andai kebahagiaan kau berpandukan pada ini..

-hati yang telah disakiti, lagi teruk-

Friday, 16 June 2017

Salam Ramadan dan Selamat Hari Raya

Alhamdulillah.. dapat lagi berpuasa tahun ni. Lama dah tak update entri.. kekangan masa dengan semester baru bermula sem ni.. 2 minggu pertama sangat susah sebab tak pernah sebelum ni demam terus serang asma, melepek rasanya.. alhamdulillah lepas tu dah lega rasanya.


Sekarang berat dah ke 95 semula.. masih jauh perjalanan..  tapi tak apalah.. dah lama berst naik, tak kan la nak turun mendadak kan.  Ada sikit lagi nak habiskan diploma.. mohon lah dipermudahkan dan dapatlah konvo tahun depan.. tapi rasanya angan-angan nak tangkap gambar konvo dengan suami ke apa ke.. memang idok la kot..

Thanks pada yang doakan yang baik-baik. Mungkin, belum sampai masanya lagi. Semoga dipermudahkan Allah. Selagi jia cakap ya, masih tak ada sesiapa.. maksudnya tak adalah. Kalau jia jawap saya berkawan dengan seseorang, maksudnya ada. Prinsip jia mudah. Kalau ada, kata ada. Kalau tak, kata tak.


Its been 15 years we being a buddies. Dari tingkatan 5 hingga lah dah nak ke 31. Tapi ni masih tak cukup korum lagi. Kira ni grup kami masih single katanya. Buka puasa dekat pizza hut sunway velocity. Mungkin sebab ramai dah ke mytown, jadi sini agak tak ramai orang lah.


Dah habis makan, gelak-gelak.. eh tiba-tiba masing-masing nak pencuci mukut katanya. Singgahlah swensens.. jia pertama kali cuba makan dekat sini. Order aiskrim peanut butter buttercup.  Eh not bad la rasanya.. yang rasa bad ni, baru je turun 3 kg dah bantai makan ni.. hahahaha.. tapi apa pun, kalau ikhlas suka kita, sanggup terima kita macam mana ye idok.. hehehe..



Ok lah.. ada masa jia coretkan lagi ya. Ada perancangan nak ke satu negara.. moga dipermudahkan rancangannya..

P/s : perasaan ingin rasa suka, rindu, sayang.. tapi kejap je dia bertukar ke takut, malas dan takut semula..  mungkin hati dah rasa penat. Jadi pada sesiapa yang punya rasa tu, cakap terus terang. Sebab jia dah malas untuk guna terms rasanya, agaknya atau perkataan yang tak pasti. Jia cukup penat main permainan kanak-kanak. 


Thursday, 9 March 2017

Dah mula dah

Esok dah bermula peperiksaan akhir sem 2 2016/2017.. doakan saya dapat keputusan yang cemerlang. Kembali setelah 3 tahun tu tak mudah. Berharap dipermudahkan untuk konvo...


Teman baru jangan dilupa. Mata, dah makin kering dan sakit..


Saturday, 4 March 2017

Hello there

Do I look ok?

I've been a hectic couple of week. My eyes getting even dryer than before. Who thought    work at library are easy. I will definitely being mad when I heard of it.

"Oh you are now at library, luckily. There no much work to do right?"

What a loser. It doesn't matter where we are, our workload are not the same but it is still not easy. I've been assigned to "official graphics designer for admin" and i'm always left my desk around 7 pm so what the fish they say my work is easy.. huhu

Even my click always say, when do you can fine someone if you always going back late. I always say even thou in our building have a lot of men work at tnb, tnt and pkns, i'm still not interested with them. Should I just seek men that work at my company? I'm tired to start a new relationship starting with describe about me..


One of my baby.. still need to change a lil bit.. hurmm


I always believe you will always find half part of you at right time and place. If you are a family type, just like me. Also nice and being responsible for someone that you love, if you are right in front of me and like me too, being prepared.. I will not letting go.. hahaha

That's all for this time, i need to spend my time with more design, assignment, family quality time and ah wish me luck for next week.. I have my test starting next week. Pray me get flying paper for this semester


Thursday, 26 January 2017

Hola :)

its been almost 2 week since my last entry. apa khabar mu di sana? :) masih melihat sama ada jia ok atau tak? I just fine.. :) terima kasih sebab masih punya waktu untuk lihat jia ok atau tak..



"Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu
Ku cuba pertahankan...

Separuh jiwaku hilang ikut terbang berasamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali mnguasai diriku ini"


its still not easy for me, but i'm still trying.. to open up my heart again. as you can see, i'm not getting younger :) even thou people keep saying my age around 25-27 years old, but in a piece of ic, i'm will be 31 this December.. sob sob..

 (21.01.17)

one by one, my best friend getting married. sometimes, we've been wondering.. who come next?
Image may contain: 2 people, people standing

I hope my "magic" does make me more "ladies" not being a freak. Did I do a good job or not?
Image may contain: 4 people, people smiling, hat and close-up

 as you can read from my previous entry, I'm tired of people trying to make me feel down just because I look more "cute" than them.. so, I try to make some changing in my life, and I loved it.. I start to ermm brisk walk and I love how its make my face look more slimmer than before.. :)

right now, I'm getting tired. not because waiting someone to come (like a korean drama.. goblin wuhuu) but i'm getting tired with my work...

please watch me going to be better person each day.

and pray for the best happen in our life..

for my last question for this time..
Japan or South Korea?
I really love autumn..

stay calm and healthy..
get well.. to all of you :)
bye



Thursday, 12 January 2017

Ippo Hafiz - Bicara Malam

Tidurlah sayangku bukakan pintu hatimu
Untuk diriku menemanikamu
Dalam waktu-waktu yang kau inginkan
Aku dan kamu terus menunggu

[chorus]
Bicara malam terus kepadamu
Aku kan coba membahgiakanmu..nanti
Bersama kita berdoa sentiasa
Moga hidup kita terus bermakna


Aku menjagamu dengan keizinan
Yang maha Esa menentukan

[chorus]
moga hidup kita terus bermakna (2x)

p/s : siapa nak buka hati untuk jia huni ni.. cia cia cia.. 

Tuesday, 6 December 2016

let's get fit

left (dec 2015 - 105kg) and right (today - 96kg)

its being up side down last year, as you can see I gain over 100 kg and always in pain. Alhamdulillah, sikit demi sikit kesihatan dah kembali ok. lebih bagus dari tahun berikutnya. my target lost 10 kg before my bornday (13 dec)

capai atau tak.. berhenti dari jalani hidup sihat? itu tak mungkin. jia amalkan pemakanan kalori yang diperlukan untuk hari-hari. makan yang tinggi nutrisi dalam masa yang sama ada juga senaman.. 80% pemakanan ya 20% senaman. jadi, jia amalkan diet kalori saja. itu lebih fit dengan jia..

fazura to be.. hahah fit macam dia saja. jangan selalu guna perkataan esoklah, tapi bermulalah hari ini.. ayuh.. jom sihat :)

Monday, 14 November 2016

Kembali Semula

kembali ke mana ni? :) jia kembali semula ke UTM KL.. mungkin ada yang tau dan mungkin ada yang tak tau atau pasti. jia salah seorang pelajar UTMSPACE sebelum ni. tapi ada lah masalah keluarga dan kesibukkan kerja buat jia tangguhkan pengajian.. lebih pada mod hiatus la.. sedar tak sedar rupanya dah 3 tahun jia terpisah dengan budak-budak batch jia.

Image result for utm kl

budak yang seangkatan dengan jia dah grad 2 tahun lepas, dah naik pangkat pun (rezeki masing-masing) :) dan junior pun dah grad tahun lepas jadi memang bila masuk ni sorang pun jia tak kenal. mula-mula nak masuk ni, kena la uruskan hal sticker kereta ni dekat keselamatan dulu. hari pertama pergi, ingatkan dekat situ aja. rupanya kena cop pejabat utmspace dulu, baru boleh dapat sticker. pada yang tau, pejabat utmspace bersebelahan dengan ampang point, dah la demam.. nak ke sana dan mai balik ke sini memang lah tak larat temannya.

Image result for utm kl

pergi hari kedua, singgah dekat bangunan UTMSPACE dulu, dah dapat cop pecutlah ke UTM KL. jam tunjuk pukul 3.40 petang. sampai dekat kaunter, katanya orang yang jaga tu dah bawak duit pergi bendahari, jadi udah la tutup kaunternya deme kata... halaaa... rasa nak umpil je perkataan kaunter tutup pukul 5.00 itu. jadi hari ketiga, pagi-pagi lagi dah ke sana, sampai dalam pukul 8.30 pagi.. orang yang jaga tu masuk kerja pukul 9 pagi pulak.. :'( akhirnya pukul 9 datang la abang yang hensem ni dan dia bagi den orang pertama untuk buat sticker.. habislah urusan sticker ni pukul 9.05 pagi.. fuhh...

apa pun, its just a small matter to me.. mungkin kali ni nak di uji kesabaran kot :) rasa.. rasa kali ni, bila menapak balik ke bilik kuliah dan makmal.. rasa asing sangat. rasa lain. mungkin sebab dah tak kenal sesiapa lagi dekat sini. moga dipermudah untuk habiskan urusan ini.


chaiyok jia!

Monday, 7 November 2016

Dreaming

have you ever feel.. like you want to be in that situation.. after you keep listening some sweet and calm song. Just like this song, I keep picturing myself, what will I do if I'm in that situation..
Jaz - Dari Matamu
Matamu Melemahkanku,
Saat Pertama Kali Ku Lihatmu,
Dan Jujur Ku Tak Pernah Merasa,
Ku Tak Pernah Merasa Begini,
[Repeat].
Oh Mungkin Inikah Cinta,
Pandangan Yang Pertama,
Karena Apa Yang Ku Rasa Ini Tak Biasa,
Jika Benar Ini Cinta,
Mulai Dari Mana.
Oh Dari Mana,
Dari Matamu Matamu,
Ku Mulai Jatuh Cinta,
Ku Melihat Melihat,
Ada Bayangan,
Dari Mata Kau Buatku Jatuh,
Jatuh Terus Jatuh Ke Hati.
Dari Matamu Matamu,
Ku Mulai Jatuh Cinta,
Ku Melihat Melihat,
Ada Bayangan,
Dari Mata Kau Buatku Jatuh,
Jatuh Terus Jatuh Ke Hati.
Matamu Melemahkanku,
Saat Pertama Kali Ku Lihatmu,
Dan Jujur Ku Tak Pernah Merasa,
Ku Tak Pernah Merasa Begini,
[Repeat].
Oh Mungkin Inikah Cinta,
Pandangan Yang Pertama,
Karena Apa Yang Ku Rasa Ini Tak Biasa,
Jika Benar Ini Cinta,
Mulai Dari Mana,
Oh Dari Mana,
Dari Matamu Matamu,
Ku Mulai Jatuh Cinta,
Ku Melihat Melihat,
Ada Bayangan,
Dari Mata Kau Buatku Jatuh,
Jatuh Terus Jatuh Ke Hati,
Dari Matamu Matamu,
Ku Mulai Jatuh Cinta,
Ku Melihat Melihat,
Ada Bayangan,
Dari Mata Kau Buatku Jatuh,
Jatuh Terus Jatuh Ke Hati.
its such a lovely song. we call it love at first sight. its make me think, do I really have a crush on my first sight with any guy before? I don't think I have it. maybe I always trying to be a rational as far as I can. having this kind of feeling, I hope I'm not too old.. I'm just want to feel it.. or some guy feel that feeling when we first meet.. but I think... nayyy.. I'm not gonna get it.. It won't happen jia... huhuhu

#trowback

nak bercerita dari hari tu. tapi postpone punya postpone baru hari ni dapat taip sesuatu. taip pun dalam waktu demam+selesema+batuk lagi. 21 Oktober hari tu, jia sertai pasukan futsal MQA dalam karnival sukan antara agensi a.k.a 4 penjuru. kenapa 4 penjuru? karnival ni disertai oleh MQA, Meteorlogi, Jabatan Kimia dengan MPC. kalau ikut perancangan sebelum ni, jia tak nak sertai apa-apa langsung tahun ni. adalah terasa hati sedikit masa sukan dekat Melaka dulu., tapi bila dengar team tak cukup pemain, lebih-lebih lagi penjaga gol, maka melangkah juga la dekat lee chong wei arena malam tu. dan.... tahun ni berjaya juga mengekalkan kedudukan sebagai juara bertahan.. weehuu..

buku lali pun bengkak dengan berjayanya malam tu. awatlah depa ni orang dah tangkap bola pun nak hayun kaki, sepak dekat buku lali cheq. lutut pun ada.. 3 kali pulak tu. sampai kena jerit "aku dah tangkap bola lah b*d*h.. maaf, emosi sangat malam tu. apa pun, kena bahan dengan yang lain.. "dah kurus, tu yang boleh terbang balik tu.." auch.. sadis betul..


score kami malam tu..

tahun ni campuran gandingan lama dan yang baru

see us next event...