cookieChoices = {}; * C.J Diary *

Monday, 9 March 2015

I miss you

I'm know you saw my blog.. I know you keep tracking me.. But i'm really..really miss you.. Its all your fault.. Sob sob sob..

Keep waiting day by day.. Keep persueding my heart.. Tell that your busy, you have to finish your work..

People keep telling here and there.. Keep mocking at me.. But my friend keep saying Allah knows best..

Almost april,are postpone it again? :'(

Thursday, 26 February 2015

Vacay mode

Its have been awhile since my last post. I'm going to vacation started this day. Just want to rest my body and soul.. Eventho i'm still battle with my fever.. Bad fever.. Huhuhu
**why my past keep calling or messaging me over this weekend.. Lain yang ditunggu, lain pulak yang datang.. Hurmm**

Thursday, 12 February 2015

Happy born day neighbour

Sedar tak sedar dah nak hampir 6 tahun berkawan dan bekerja bersama. Banyak suka duka, pahit jerih dan susah payah bersama sepanjang perjalanan ni.

Susah nak berjumpa kawan yang perwatakan hampir sama tapi punya kelebihan dan perbezaan masing-masing. Ayat yang sering di ucap setiap kali hari jadi "semoga berjumpa yang lebih baik dan cepat-cepat bertemu pasangan yang sesuai". Tapi tahun lepas " 2015 kau kawin punya lah.." Tiap-tiap tahun suruh makan garam banyak-banyak, tahun ni moga-moga masin ye.

Hahaha kami berkongsi banyak perkara.. Sangat-sangat banyak. Dah ada pun yang cuba cucuk sana sini, tapi selagi kami "amalkan kalau tak puas hati terus tanya" ni yang buatkan kami masih berteman.

Selamat hari dilahirkan jiran depan partition a.k.a setinggan.harap persahabatan kita kian utuh..

Buku

Masih banyak lagi yang belum di baca. Masih banyak yang belum direview. Masih ada lagi novel inggeris yang minta untuk dihabiskan.. Ni semua terapi..

**for someone, we need one room just to put all my books and your thing. Maybe study room with a big book rack..huhu**

Wednesday, 11 February 2015

Book Review : Raudah


pada sesiapa yang mengenali jia, jia memang meminati novel hasil nukilan Ramlee Awang Murshid ni. Dari Laksamana Sunan punya siri hingga lah killer series macam Ungu Karmilla dan novel bersifat memikir seperti fiksyen 302.

Kali ni Ramlee Awang Murshid muncul dengan novel terbaru, baru tak baru sangatlah sebab novel ni keluar November 2014 iaitu Raudah.

sinopsis Raudah
"RAUDHAH – banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara.  Sentuhan RAMLEE AWANG MURSHID kali ini banyak bermain dengan ilusi. Saspen, pembohongan dan kekejaman silih berganti sehingga debaran sukar dihentikan.  SINOPSIS  JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.’ Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih. Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati! Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup. Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.’ Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.’ Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa? "

kredit kepada kelabram

Bagi pendapat jia, novel ni kategori novel yang bermain dengan teka teki. Tapi bagi jia, plot novel fiksyen 302 lebih tricky dan mencabar akal fikiran. Novel ini juga sama bagus, tapi bagi jia pengakhirannya bila dirungkai siapa sebenarnya raudah faris, watak itu agak pendek. Mungkin lebih sesuai dikatakan singkat kemunculannya. Watak-watak yang dinyatakan kenyataannya atau secara sedihnya memang berlaku disekeliling kita. Bagaimana rakusnya manusia untuk mengejar kekayaan, adanya tangan-tangan tersembunyi yang memainkan pelbagai agenda tak kira politik atau apa pun sememangnya wujud.

Dan segala yang berlaku hanya dalam 3 minit, memang tak terjangka dalam fikiran jia. Ini lah novel yang memang jia minat. Novel yang memerlukan kita berfikir dan yang lari dari konteks tipikal novel melayu. Maaf, saya memang tak minat novel melayu yang tajuk seperti budak sekolah dan terlalu sarat dengan imaginasi yang melekakan. Macam oh romantiknya, oh ini dan oh itu. Maaf, jangan bagi jia. Memang akan ku beri percuma dekat orang lain.

Aspek agama memang tidak lari dari novel karya ramlee awang murshid a.k.a ram dan itu sebenarnya kekuatannya. Kalau novel lain banyak mengaitkan isu tentang kasih sayang sesama makhluk tapi tidak pada aspek lain, padahal ilmu agama kita itu luas. Aspek kali ini ram menekan kan ilmu sains dan juga tentang taubat serta gangguan yang akan dihadapi saat kita ingin berubah. Watak faris dan hambali sentiasa berlegar di keliling kita. Moga kita punya teman seperti hambali yang memimpin manusia yang selalu berdosa seperti faris untuk berubah. Kidos to ram.

**saya bagi 3 1/2 bintang /5 bintang**


Friday, 6 February 2015

hurmm..

sebenarnya.. kalau boleh.. saya tak mahu untuk bertemu, berkata apa-apa atau mendengar apa-apa mengenai dia.. langsung.. Its hurt.. jadi sebab sakit itu, cukup hanya saya tahu apa,kenapa dan mengapa sesuatu perkara tu jadi antara kami..

ia menakutkan.. lebih pada kenapa.. dan kenapa ia menakutkan? sebab luka lama akan diimbas kembali dan akan mengecewakan kita kembali. saya tak mahu itu berlaku.. tak mahu hilang kekuatan ni. dan rupanya seseorang yang menggelarkan dia teman wanita yang baru dan ingin berkawan dan bertanya sesuatu. jadi bila saya lihat ada yang lihat blog jia ini dari negara dia.. hati berbisik sesuatu..


putus cinta itu memang sakit, tapi dia ajar kita tentang betapa kuatnya kita, macam mana setianya kita dan dia tunjukkan yang kita lebih baik tanpa dia. bukan.. bukan saya lah orang yang akan bercerita tentang keburukan setiap pasangan saya dulu. cukuplah saya kata kerna saya hormatkan hubungan masa baik dulu, dan kerna itu saya tidak akan buka salah silapnya. jika kita tidak suka, apatah lagi orang lain. jadi, ya.. move on..


to all of my ex-bf girlfriend.. i can accept your friend request. but if you want to know any secret from me, i'm sorry. I just can't say bad thing about someone else.cukup sekadar "setiap hati akan berubah dalam setiap minit" dan saya rasa dia sudah berubah. jika tidak banyak, mungkin sedikit.

**saya rasa saya hanya akan berhenti dari berjumpa dengan semua ini bila saya sudah berpunya dan bernikah. percayalah, saya tidak akan merampas hati yang bukan kepunyaan saya. impian saya untuk bernikah tahun ini. moga dipertemu dan dipermudahkan segalanya. Trust is a key to success in relationship. jika kepercayaan itu tiada, macam mana indah pun digambarkan dalam hubungan itu, ia tidak akan bermakna**

Thursday, 29 January 2015

Its a purple day

Thanks Allah finally I arrive before 8.30 am. I don't know why PJ and Cheras traffice was so.... Urgh.. Full of vehicle no matter what time you go out from your house..

Dari segelap-gelap langit.. Sampai dah terang pun tak sampai-sampai. Once public transport got a little bit better or same like mrt at Singapore, I will leave my bibah at home.. Stress..

Wednesday, 28 January 2015

Cinta tak mengenal rupa paras

Sweet right? I'm envy you.. Allah dah menemukan anda dengan seseorang yang saya rasa dia seorang yang baik.

Untuk seseorang, dah bersedia untuk menjadi seperti ini? Kita menerima kekurangan dan kelebihan sesama kita.. Insya Allah, bahagia itu milik kita..

**oh tak sabar.. Moga dipertemukan, dipermudahkan dan dipercepatkan perkara yang baik.. :) ***

Review - Nivea Mud Foam

assalamualaikum and annyeonghaseyo..
setelah setahun gunakan produk yang sama, tiba-tiba rasa macam,, ermm nak cuba lah
i'm not having some serious problem (thanks Allah)
but I got a very big pore (I think)

dari dulu nak cuba produk nivea ni..
bila ambil jek.. fikir-fikir 18 kali..
letak dan blah (duit tak cukup.. :'(  terbantut lg)

credit as stated on picture..

kali ni tekad..
just buying and feel it yourself
dan
.
.
.
.
.
rasa lembut..
kulit tak rasa kasar pun..
dapat rasa lubang-lubang tersumbat dan tak banyak..
untuk waktu seminggu ni.. quite satisfied..
dok buat gaya-gaya ala iklan dalam bilik air.. (malu)

mungkin dah boleh tukar sikit demi sikit kot..
nasib baik muka tak mau produk-produk mahal..
kalau tak.. tak ada lagi vacation for me.. 
:'(

**p/s : kerana benda ni.. buat aku pun ter ter beli scrub nya pula.. huhuhu next entry ya..

Sanduel B1AF - Crush

credit to : http://www.kpoplyrics.net/


English Translation:

I feel like it’s been a long time
Since I liked you in secret
With worries that I might get caught
I contemplate by myself whether or not I should tell you
Do you know how I feel?
Or are you pretending not to know?
Can’t you just play hard to get for a little while
And then accept my heart – can’t you?
My love, my love
Please open your heart to me now, I ask of you
So that I won’t get tired from waiting and fall down
Hold my hand
Even if I chat with people, all day I think of you
What can I do to express my heart to you?
It’s just one person – you
My love, my love
Please open your heart to me now, I ask of you
So that I won’t get tired from waiting and fall down
Hold my hand
Because I love you so much
Because I like you so much
Please don’t turn your head from me
Please accept my heart now
I’ll make you happy forever
I want to be with you
Can’t you come to me?
My love, my love
Please open your heart to me now, I ask of you
The person more precious than my own life
I love you – till the end of this world
Will you be with me?

Romanized:

Kkwae orae doen geotman gata
Neol mollae johahaetdeon na
Hoksina deulkilkkabwa maeum jorimyeo
Mareul halkka malkka honja gomineul hae
Nae mameul algo isseulkka
Moreun cheokhago isseulkka
Jeokdanghi twinggidaga mot igineun cheok
Nae mam bada jwo geureom andoelkka
Nae saranga nae saranga
Ijen naege mameul yeoreo jwo butakhae
Gidarime jichyeo beoryeoseo
Himdeureo jujeoantji anke
Nae son jaba jwo
Saramdeulgwa tteodeureodo
Onjongil ni saenggakppunya
Eotteoke haeya nae maeumeul jeonhalkka
Ojik han saram neoppuninde
Nae saranga nae saranga
Ijen naege mameul yeoreo jwo butakhae
Gidarime jichyeo beoryeoseo
Himdeureo jujeoantji anke
Nae son jaba jwo
Neomu saranghanikka
Neomu johahanikka
Oemyeonhaji mara jwo
Ijen nae mam bada jwo
Haengbokhage hae julge yeongwonhi
Hamkke hago sipeo
Naege wajumyeon andoeni
Nae saranga nae saranga
Ijen naege mameul yeoreo jwo butakhae
Nae moksumboda sojunghan saram
Saranghae i sesang kkeutkkaji
Hamkke haejullae
first thing I want to confess.. yeah.. I'm like K-Pop.. BUT not crazy fan like "oh oppa.. saranghe" kind thing.. I'm just love to play and sing not "oh oppa.. I want to hug you.. kiss you..mmuaah..muuah" andwe!! its all about lyric and music..

Monday, 26 January 2015

Ye.. Saya cuma biasa-biasa

Baca lirik ni? Jia suka sangat lagu ni.. Hidup dalam masyarakat sekarang, lebih pentingkan luaran, luaran dan luaran barulah lihat pada dalaman..

Most of people always making fun of me.. Tak kira lah dari segi impian, harapan mahupun cadangan.. Making fun about my size, my style and my life.. Tak pernah nak pandang jia serius pun pada pandang pertama. 

Mula-mula tak kisah.. tapi bila makin lama makin terguris perasaan... Sampai bila kita boleh bersabar. Yang paling ketara bila bercakap soal jodoh. Bila kata kalau boleh, orang nak lelaki yang macam ni macam itu.. Ayat yang pertama keluar "macam la cantik sangat" atau "ada ke orang nak dekat orang gemuk macam awak ni.." Atau "tak kan orang macam tu nak kat awak punya"

Sesungguhnya..
Saya sangat stress..
I'm always cry at the night.
Feeling down..
Sampai tertidur dalam tangisan..

"Memilih sangat.. Macam cun"
"Kalau orang nak tu terima jela.. Karang tak ada orang nak pulak"

Saya..
Tahu saya ini punya badan yang besar..
Rangka yang besar..
Tapi saya juga punya hati dan jiwa yang besar..

Adakah kerna saiz saya itu..
Buatkan saya perlu terima saja sesiapa..
Adakah kerna luaran saya..
Saya tidak boleh memilih yang terbaik?
Saya juga punya hati..
Sama aja seperti yang lain..
Jadi kenapa perlu menidakkan hak yang sama?

Semoga saya bertemu seorang yang menerima saya seadanya..
Kerna cinta dan setia saya juga..
Sebesar saiz saya.. Mungkin lebih besar dari itu..
Dan hanya kerna luaran saya..
Saya di letak tepi..
Yang rugi besarnya ialah anda..

Nile.com.my

Assalamualaikum.. Its not a paid review.. Blog ni pun Bukan popular tahap retis.. Tidak.. Sebelum ni pun review produk yang pernah pakai dan kali ni servis produk..
Siapa yang pernah guna? CJ dah lama teringin nak guna, beli barang dari website nk tapi ada je kekangan masa dan mungkin sedikit skeptikal sebab banyak produk yang dia jual, murah.. Oh CJ memang pengguna tegar ebay,lelong,milkadeal dan sewaktu dengannya.. "Awak, sila bertabah ye. Nanti duit awak duit saya juga kan? Huhuu"... Tapi saya bukan shopaholic ya :) saya beli bila saya mampu dan bila perlu je.
Dan hasil tergerak nak beli... I'm buying this shoes... Sangat-sangat suka terutama sekali yang hitam ni..
gambar cap hp.. jadi ya tentu tidak secantik dslr mahu pun sj300 tapi bersyukur apa adanya..mula-mula dah pun order tapi sekali bila tengok balik, alamak salah warna.. nak kasut merah apa kejadahnya diriku pilih warna putih. macam nak jadi budak sekolah balik pulak. 

pagi-pagi dalam pukul nak dekat pukul 9 pagi.. email customer service nile untuk cakap nak tukar warna. and to be honest, they are super good response and fast. pagi tu juga dia bagitahu yang barang kalau dah confirm tak boleh tukar, tapi dia boleh cancelkan dan order semula. thanks Ms.Ika from Customer Service department for your service. she even email it to me to say that my order have been comfirm. thumbs up!!

you can choose either cod or post it to your door. they having a free postage if your purchase more than RM 48 from 21 January to 17 February. its chinese new year maa.. :) thanks again nile.com.my.. I'm so sorry you have to call me 8th time before I pick up the call.. getting older syndrome.. maybe.. :)

p/s to "makcik" : I don't care you criticizing my style, my hijab and even my shoes.. kalau pakaian itu dah menutup aurat saya, i'm happy for it.. 

Thursday, 22 January 2015

Jammed.. Argh..

Jem dengan pj/kl memang tak boleh di pisahkan. Haish lambat pagi ni. Kadang-kadang selalu berangan, kalau suami mampu tanggung, dah lama tak mau beradu dengan jammed dekat federal ni..

Lari masuk ke npe pun tersepit dekat sana. Tapi bila memikirkan sekurang-kurangnya kita punya kerja. Yang lain tu hutang dah meninggi tapi kerja masih tak ada. Lagi kesian, kan?

Jadi, mula pulaskan stereng dan istighfar banyak.. Biasa la hidup dekat kota, makin masa menghimpit.. Makin kurang sifat sabar dan lemah lembut dalam diri.. Saat ini yang penting hanya diri sendiri.

Jia? Dah tahu lambat sampai.. 
Malas nak menyelit. Bawak biasa-biasa asalkan selamat sampai.. Sebab..
Kesudahannya kereta yang dok potong-potong laju tu, akhirnya depan keto den jo..

:)
Hahaha.. 8:50 baru sampai..

Mood : sedih!!

Wednesday, 21 January 2015

Pembuka bicara

Assalamualaikum...

Thanks for make me smile.. Be there when I need you.. Sometimes I feel i'm not good enough to be with you. Walk with you..

Percaturan? Entah bila mula suka buat macam ni. Main catur pun tak gemar.. Hahaha.. Percaturan apa? Meletakkan kekuatan, perasaan dan kepercayaan kembali pada seseorang. "Dia yang tak sabar jadi bini orang"... Hahaha.... Ya. Gatal? Bukan itu sebabnya. Menjadi seorang isteri dan ibu itu idaman semua wanita. Perkahwinan? Terikat? Bagi jia ia mengikat. Mengikat apa? Mengikat kita dengan tanggungjawab dan sama ada kita menambah pahala atau pun dosa..

Bukankah itu satu tuntutan? Menambahkan umat.. Semaikan kasih yang suci.. Bercinta selepas nikah itu lebih indah dah manis kan.. :)

Monday, 12 January 2015

I'm loving you more than anyone else


11 januari..
tarikh yang sentiasa diingati..
buat seorang kakak untuk seorang adik..
keistimewaannya mengatasi orang lain..
kesakitan yang dialami dalam menguruskan adik tercinta..
yang hingga kini kesakitan itu masih kekal..
namun apalah ertinya..
dari kesakitan yang dialami adiknya hingga ke penghujung usia..

3 tahun..
itu tempoh perpisahan kita..
saat akak sibuk dengan pengajian hujung minggu..
telefon entah ke mana.. pesanan dibuka tiada..
berderu-deru panggilan di buat..
panggilan dari kakak tercinta dijawab..
dalam suara tangis teresak-esak meminta pulang..
adik tersayang seperti lain benar kelakuan..
memecut si kakak pulang untuk melihat adiknya..
rupanya adiknya sudah pergi mengadap yang Esa..

terkaku terdiam.. terjelepuk lalu melihat..
menahan airmata.. lantas mencium dahi dan pipi..
tahu ini kali terakhir mampu bersama..
sukarnya menahan perasaan, bila polis mendesak untuk dibawa ke hospital..
mahu dibedah mahu di siasat..
hey, kematiannya bukan kerana diseksa..
tak dapat lihat ke dengan mata sendiri keistimewaannya..
tiada lebam mahupun calar, mahu disiasat entah kenapa..
lantas disimpan semalam di bilik sejuk..
namun kuasa Allah mengatasi segalanya..
doa si ibu dimakbulkan..agar anak mudah untuk disemadikan..
moga pisau tidak menyentuh kulit si anak..

bersemadilah sayang..
lihat ramai menangisi mu duhai adik..
maafkan airmata kakak mu tidak jatuh saat itu..
kerna kakakmu tahu di sama syurga bagi mu..
terima kasih untuk kematangan ini..
terima kasih untuk kasih sayang ini..
terima kasih untuk nilai kesabaran ini..

selagi diri ini bernafas..
selagi itu satu nama tetap dalam hati ini..
selagi itu satu tarikh tetap terpatri..
selagi itu rindu ini masih belum berpenghujung..

**kasih yang murni datang dari hati yang suci**

Saturday, 10 January 2015

I need a vacation!!

2014.. tahun yang memenatkan.. emosi dan fizikal rasa hampir hilang tenaga bateri.. fuh fuh fuh..cuba berpaut mana yang sempat.. cuba berdiri mana yang mampu.. dan rasanya.. tahun ni nak jadi tahun penyembuhan.. dan jawapannya..... BERCUTI.. sebelum bernikah, nak berjalan sebanyak yang mungkin. mana tahu dapat jodoh orang yang tak suka berjalan-jalan.. memang sedih rasanya karang...


pulau yang cantik..
sila tunggu saya..

Friday, 9 January 2015

Assalamualaikum .. Hai

 happy friday guys.. or girl.. rasa macam dah lama kan tak update entri..kadang-kadang rasanya tak ada siapa peduli pun kan.. tapi tak apalah.. untuk tontonan sendiri pun it should be fine. nak ucap selamat tahun baru pun, sebab tak sambut (I'm celebrate awal muharram) tapi tak apa.. pada yang sambut, sambutlah ye :) penutup tahun 2014, tahun penuh suka duka.. penuh duka dari suka sebenarnya.tapi dari duka tu terletak pengajaran kan? and it contain a lot of thing rather than suffer.. in the end you have known that your strong enough. :) jatuh cinta, saat di uji dan cinta putus tengah jalan (ni yang banyak buat accident ni.. putus la tepi jalan len kali) rasa kosong, rasa macam give up tup tup orang datang dan cakap "why not we give a chance to ourself, again? change our friendship to more than that?".. rasa macam...... errr.... ok.

saya bercakap ok tapi macam takut-takut kalau kawan tau semua pakat-pakat cubit pipi muka sebab marah.. mungkin sebab jia rasa dorang akan cakap kau baru je pisah, tak serik ke? but one of my friend say "he ask you to wait him until april or may? just wait.. tak akan ada yang kau akan rugi.. dia ikhlas dia akan datang dan terus pinang kau. kalau dia curang atau mungkir janji, dia yang rugi sebab banyak yang kau boleh bagi, mungkin lebih lagi dari dia".. :)

 tahun ini tahun "give up"..bukan dari segi dalaman.. no no no.. i'm know i'm strong in that area.. #silajanganriakjia... tapi dari segi luaran. untuk siapa yang kenal jia, kawan-kawan, budak ofis,sedara mara atau follower dari dulu.. tahu yang jia since 2008 selalu kena berlawan dengan sakit kan? bukan la sakit kronik pun tapi bila terlalu sejuk, atau angkat berat, atau terlalu bersukan sangat mesti sakit dekat belakang jia.. lumbar back pain.. tak la teruk sampai kena operate tapi sentiasa rasa sengal atau paling teruk susah/lambat sikit nak bangun,,. dan tahun 2014 adalah yang paling teruk.. selalu kena amik suntikan :'( dan kesannya....... saya semakin membesar bagaikan juara.. dah sukar nak turunkan dah.. do you still like me if i'm turn into doraemon??

bak kata mak, kalau laki tu ikhlas tak tengok kita ni besar mana kecik mana.. bak kata kakak ipar, kalau laki tu terima seadanya, tak kisah rambut tu nipis ke tebal ke hitam ke putih ke.. yang penting dia nak hidup dengan kita.. :)

**saya tengok ada dari Jerman. awak mengendap ke? kalau ya.. saya nak cakap yang saya ada cikit la merajuk dengan awak.. haha sebab awak sibuk sangat.. hehe.. ngorat orang lain karang... hahaha (macam terer)


Saturday, 20 December 2014

Jatuh? Bangkitlah..

** this picture is not related to the entry..hihi**

pernah kecewa? pernah rasa macam terduduk, langsung tak boleh bangun? setiap yang bernyawa dan namanya manusia, tak kan pernah lepas dari rasa kecewa, sedih, putus asa dan tak mahu lagi berusaha.. nama pun manusia, punya emosi dalam diri.. kecewa ni bukan saja dari aspek cinta, tapi meliputi pembelajaran, keluarga dan kehidupan.


mesti pernah terlintas kan dalam fikiran atau hati kenapa aku? macam gambar dekat atas, kita diberi ujian iaitu kekecewaan sebab kita kuat untuk melaluinya... "senang lah cakap, kau pernah rasa ke?" senang cakap sebab memang dah merasa. tapi mungkin bentuk kita berbeza namun kesannya sama.. ada yang cakap aku tak tahu la macam mana hidup aku nanti.. take a breath and walk.. and we look at back and proudly say.. yeah we can do it.

menangis memang mudah.. nangis la sepenuh hati.. tapi tak kan selamanya kan? tak kan sepanjang hidup dihabiskan dengan menyesal dan menangis.. sampai kesudah kita hanya jadi orang-orang yang rugi..
bangun.. dan berjalanlah dengan yakin.. macam mana corak kita bangun tu.. terpulang pada diri kita sendiri.. bangun dengan sendiri atau pautlah pada orang-orang yang kita percayai.. masa sukar nilah kita dapat lihat kawan mana yang senang dicari dan kawan mana yang perlu kita lebih menghargai..

sematkan dalam akal fikiran.. kita susah?? ada yang lebih susah dari kita tapi tak ada sekali pun mereka merungut saat terjatuh.. 

**aku kan ada? :)**

Friday, 19 December 2014

Bangkit Harimau Malaya



Bangkit sabtu ini...
kami bersamamu..
 20 Disember 2014 (Final Kedua)
8.00 malam Stadium Nasional Bukit Jalil

Happy Belated Birthday, JIA!!

assalamualaikum.. gigih kan bagi ucapan dekat diri sendiri?? :) alhamdulillah diberi kesempatan dan peluang sekali lagi menghirup udara di bumi Allah 28 tahun.. makin comel dan mudah-mudahan makin sihat :) dilahirkan jam 6.32 petang tanggal 13 disember 1986 dan sejak tu dah biasa dengar sebab lahir dekat nak maghrib tu kulit gelap.. saya anak benggali jual susu la, mak minum banyak air nescafe la.. haha tak kisah la.. yup saya memang yang paling gelap dari adik-beradik yang lain, tapi jia berpegang pada prinsip hitam itu sweet.. hehe

eh kembar ke? hehehe.. terima kasih untuk semua ucapan dan doa keluarga, rakan-rakan dan yang tersayang (erk tersayang.. **blushing) mak dan abah, terima kasih untuk semuanya.. kalau nak taip atau cakap dari a-z memang sangat-sangat la lama sebab panjang senarainya. ramai yang mendoakan semoga cepat bertemu jodoh lepas upload  gambar makan roti canai sorang-sorang.. "semoga tahun depan makan berdua".. "kesiannya, nanti cepat-cepat kawin ye.. dah ada teman nanti"

terima kasih dan terima kasih.. saat saya merasa saya tak punya banyak waktu untuk yang lain termasuklah diri sendiri, masih ramai yang ingat dekat saya.. saya akan berusaha menjadi kawan, adik, kakak, anak yang lebih baik dari hari ini... untuk mendapatkan yang lebih baik, maka jia pun perlu jadi yang lebih baik la kan? lelaki yang baik untuk wanita yang baik.. araso? :)

untuk seseorang, terima kasih menjadi yang terawal bagi ucapan..ye sangat awal.. 3 disember dah cakap sebab dia takut tak sempat cakap waktu hari kejadian (13 disember) dan ternyata memang tak sempat.. terima kasih.. I'm know you are super busy with all class and fight with time also environment.. (how you can deal with winter and frizzy is unbelievable.. don't take me there.. for vacation maybe yeah but not in long turn.. keras kakun nanti) dugaan.. tapi kalau untuk kesenangan masa depan.. its one part of sacrifice for our own good.. erk our?? huhu you..

I will try to update as much as I can.. maybe 3 entry per week just to let you know how my life right know.. but yeah I know.. you never read.. haha ok see you soon all my love.. 

Saturday, 8 November 2014

I got a present!!


 hey jia..
.
.
.
.

 yeah..

 i got a present?

hurmm... from who?
.
.
.
.
.
.

nawal... my friend since high school..

chuwahe.. thanks nawal.. its took almost a year until we meet together.. maybe around 5 minutes, but who care right.. thanks again.. don't forget my birthday next month ya.. 13 Dec.. or it will take a year again to reach?? hahaha.. 

**as you can see, my skin still not okay since last week because of the tournament.. 5 hour direct to sun and I got sunburn.. yeahh (T_T) 

Friday, 7 November 2014

Salam Jumaat

assalamualaikum..
alhamdulillah, masih dapat pergi kerja walaupun demam masih ada sisa-sisa lagi..
oh sekarang dekat sini 11.15 pagi.. dekat berlin pukul 4.11 pagi..
oh mood mengeluarkan air liur ye gamaknya orang di sana..

ouch busuk.. :)
suasana dalam opis sekarang semua panas :)
siapa yang suka diaudit kan? hehe
nasib baik dah lepas dulu..

rindu..
its kinda hard when you miss someone, but you can't do anything..
please work hard ya abang..
i will always pray for u and us

Thursday, 6 November 2014

SG Wannabe - I Loved You To Death

lately, for past a month I think. my selection for kpop song are like.. ermm slow and sad.. I think.. either because my emotional not so stabil or break up kind a feel like.. ouch.. SG Wannabe.. one of group that have a powerful vocal and harmonic I guess.. the first one that caught in my mind when I see Kim Junho, one of vocalist sing Saldaga in I am a Singer show.. its make me cry a lot... (T_T) I started to google more about SG Wannabe and one of my favourite song is "I Loved You To Death" and luckily I found the lyric. thank's google!!

Roman Lyric : SG Wannabe - I Loved You To Death

Geureohgedo miwossnayo modeungeol beorilmankeum geuraessnayo 
Eotteokhaeya hanayo swipge jiulsuga eopsneunde 

Geudael geutorok himdeulge haessdeon naeseupgwandeul 
Charari naega geudae gieokkkaji gajgo sandamyeon 

Geureol su issdamyeon na yongseodoeltende 
Geudaen ijgo salsu issnayo jeongmal geurae julsu issnayo 

Naege badeun sangcheol jeonbu beorilsu issnayo 
Jogeumirado geudaepyeonhi tteonasilsu issdamyeon 

Museunirirado nan haeyaman haltende 
Tteonanayo idaero jeongmal bonaeya hanayo 

Ibyeoreun janinhage geudael ijeurahaneunde 
Bujokhaessdeon nae sarangi jakku mame geollyeoseo 

Ireohge nadeo himdeureo jineyo mianhaeyo 
Cham naega eoriseogeossjyo himdeureo hadeon geudael bomyeo 

Hanmadi dajeonghan wirodo moshaejwossneyo 
Geuraessdeon naega jigeum neomukeun yoksim burinayo 

Ulmyeo maedallimyeon mosigincheok dora orago 
Kkumingayo ireohge jeongmal tteonasilgeongayo 

Huhoeneun babocheoreom geudael jabeura haneunde 
Bujokhaessdeon naesarangi jakku mame geollyeoseo 

Ireohge na deo himdeureo jineyo 
Jugeulmankeum geumankeum geudael saranghaesseoyo ijewaseoyeoya 

English translation:

Did you hate me that much ? 
That you could just throw everything away ? 

What should I do ? I cant erase it easily. 
My habits made gave you such a hard time
If only I can take your memories with me along with mine
If I could do that, then you'd be able to forgive me

Can you live as you forget me ? Can you really do that for me ?
Can you throw away all the scars you got from me ? 
If you can leave a little bit more comfortably,
I would do everything and anything

Are you leaving ? Do I really have to let you go ? 
Separation is cruelly telling me to forget you but
My insufficient love keeps catching my heart
Its becoming hard for me too... Im sorry... 

I was so naive as I saw your struggling image
I couldnt even say one affectionate word to you
Am I being too selfish ? 
If I cry and cling onto you, will you come back ? 

Is this a dream ? Are you really going to leave like this ? 
Regret, is stupidly telling me to catch you but
My insufficient love keeps catching my heart
Its becoming hard for me too... 

Just like now, just like before, I loved you
I just realize that now... Just now...

Geugeol kkaedarayo ijeseoya

mana? mana?

mana apa? siapa? bagaimana? mengapa? :) tak lah.. its about me actually.. hati nak tulis tapi jari malas.. berat lemak dekat hujung jari rasanya.. huhuhu

sakit.. akhir-akhir ni agak kerap sakit.. lepas main untuk sukan 4 penjuru tu terus jatuh sakit.. mungkin sebab lama sangat berjemur (masih tak hilang lagi kehitaman muka ku ini).. nampaknya tak boleh terus nak aktif sukan padang ni.. tak kan la nak futsal aja.. nanti duk meneman orang ke futsal jek.. dia main, kita tengok sambil sorak-sorak pompom girl.. (eh apakah?? haha)

tapi kadang-kadang fikir.. salah satu yang menambah kesakitan pun sebab suasana dekat pejabat. kalau setakat air-cond buka kuat-kuat, dah biasa dah.. tapi entah lah.. sama ada diri sendiri mudah terasa.. atau memang dekat sini mulut dah makin tak cover insurans.. baru nak turun dari lif dah ada orang kata "tepi sikit, bagi kenderaan berat keluar dulu".. tak pun "dah sihat ke? sihat luar dalam ke? karang sakit balik" dengan nada-nada yang sinis..

tak apalah.. berfikir baik aja lah.. serah semula pada Allah.. ya saya memang sangat gemuk sekarang. pernah dengat kesan ubat? I try so hard to be ok again. tolong, jangan kerna mulut anda-anda yang tak menjaga perasaan orang lain tu, buatkan semangat yang lain jadi jatuh. atau nak tunggu sakit-sakit ni datang semua pada orang-orang ini baru nak memahami? jangan minta. pernah dengar doa orang sakit tu makbul..rasa macam nak....


sabarlah hati. kalau ikut hati, nak aja berhenti. tapi iyalah, hutang-hutang nanti siapa pula nak bayar kan. jadi bersabar ajalah ye hati.. kalau tak sabar jadi lain, susah pulak jadinya..


**"you love me?""more than you know" its the best medicine for a whole week. mood gedik menjelma!!**

Friday, 17 October 2014

Salam Kesejukan..

si manis 21

assalamualaikum.. lama dah tak menitipkan butiran kata-kata dekat sini.. dah berhabuk pun.. fuh fuh.. :)
si gadis 22
 
hihihi.. rupa masa mula-mula menjadi blogger.. mungkin sebab pertambahan usia, atau mungkin sebab mulai banyak berfikir.. bila dah lama dalam dunia blogger, ia akan berbalik semula kepada soalan.. apa sebab saya mula berblogging..

bila lihat dari entri pertama di publish, dan sehinggalah entri ini pula di paparkan, gaya bahasa, corak pemikiran mulai berubah.. dari gaya kebudak-budakkan, hinggalah kini.. saya sedar saya sudah mulai tua.. uhuk uhuk uhuk..

 22


si jantung hati.. adie masa 2 tahun

 25 sudah

I'm started to feel that I have to responsible to whatever I read or wrote.. mungkin satu hari nanti akan ada orang yang saya tak sangka-sangka akan membaca dan ada tanggapan negatif pada saya.. jadi.. saya cuba untuk menjadi sematang yang saya mampu, dengan niat.. andai saya pergi, tak akan ada orang bercakap buruk tentang saya..

 26

cinta.. berapa kali saya kecundang.. berapa kali saya tersungkur.. berapa kali merasa pahit dan perit.. tapi, bila saya fikir.. hari ni menangis la semahunya.. kerna esok saya perlu bangkit untuk hari-hari yang saya lalui, jadi kenapa perlu mengalah dengan perkara yang saya dah harungi banyak kali sebelum ini..
 
kini.. 28

yang dulu pun sudah berakhir.. pengakhiran bagaimana, saya sendiri pun sukar untuk berikan pembayangnya.. namun saya pasti, Allah mengakbulkan doa saya.. doa untuk ditunjukkan yang benar dan memberikan saya jodoh yang sebenar..

buat seseorang, yang mungkin akan mengetahui sisipan yang tak seberapa ini.. saya memberi peluang kepada kita, untuk kita merasa bahagia.. kita pernah merasa kecewa. kecewa bagaimana.. jangan lah diukur sesama kita..kita berhak untuk merasa bahagia... dan kerna Allah, serta kerna saya percaya dengan cinta.. saya membuka kan kembali.. :) let follow the flow...

mungkin pukul 1.. atau 2.. atau 3 pagi..
saya tetap terjaga dan berjaga
kerna saya..
menghargai masa yang kita ada bersama..
kita tahu rasa kecewa..
jangan kita hampiri semula..

** entri ini ditaip sambil mata tertutup dan bibir tersenyum dan mata mulai menjadi panda**

Thursday, 4 September 2014

Tertanya kah kita?

sedar atau tidak.. kita ada melakukan perkara ini.. termasuklah saya.. moga semakin berkurangan kita melakukannya..

Tuesday, 2 September 2014

Berhati-hati Ketika Menulis..

jarang.. untuk diperkatakan apa yang orang lain coretkan.. yela silap-silap kita di bahas kembali.. "macam kau punya bagus sangat" "kau tahu ke apa yang aku rasa. tak kan? jadi jangan nak memekak" antara perbualan yang akan kerap di kata kembali..

hurm.. berfikir sejenak.. selalu di katakan "apa kau fikir kau dah bagus sangat. kau pun banyak jugak buat dosa.. buat salah".. ya benar, namun tak kan lah nak tunggu diri ini sebagus ulama baru boleh menegur. alamaknya tidak akan berubahlah kita. bila namanya manusia, kadang-kala ada terkhilaf dalam pertuturan, penyampaian atau apa saja..

berbalik pada tajuk entri.. sekarang ini kita berada dalam dunia di hujung jari.. apa yang diinginkan, taip saja dan keluarlah semua carian. pernahkah kita terfikir hal ini akan terjadi dalam masa sepuluh tahun yang lepas? tentu tak tercapai akal kita dengan perkembangan sekarang. tidak salah menjadikan blog, fb, twitter atau apa saja laman sosial untuk menzahirkan apa yang berlaku dalam keadaan sekeliling termasuklah diri kita. kita memang punya hak untuk menjadikan medium ini sebagai diari hati online kita. nak tanya pendapat atau mahu berkongsi permasalahan serta luahan.

namun...

lihat kembali apa yang kita taip.. kita kongsikan.. kita luahkan.. kita pamerkan.. tak pernah ke kita terfikir yang anak-anak kita, atau cucu kita bakal melihat apa yang kita luahkan dan katakan.. hal-hal pertelingkaran rumah tangga.. dia curang.. kita curang.. kisah-kisah mertua.. belum lagi jika kita perkatakan tentang suasana kerja kita.. dan dengan semua ini sahaja dah boleh membuatkan pandangan orang pada kita akan ke arah kebaikan atau sebaliknya? benar, aku bukan tahu apa.. aku belum pun bernikah, apatah lagi bertunang. namun aku bercakap tentang pandangan.. suami/isteri bercerita tentang keburukan pasangan masing-masing.. tidak terfikir ke apa pandangan orang pada pasangan kita? "oh ni la isteri/suami si A ni.. bukan dia ni ada skandal ke dengan si B? hari tu si A tagged kan dekat status". "alaa.. kalau betul si A sayang isteri/suami dia, tak kan dia nak aibkan orang yang dia sayang, kan?"

lihatkan? apa yang di tulis dan di paparkan akan segera bertaburan seperti debu.. kita mengaibkan orang lain, keaiban itu akan datang kembali. "apa kau tahu bila dicurangi? diam dan duduk tepi tembok sana". Benar, aku tidak mengalami kesakitan begitu. paling kuat pun bercinta monyet, itu pun dah rasa sakit. namun itu bukanlah berikan kita hak untuk membalas sakit hati kita. ikut rasa binasa, ikut hati mati.. bila kita ambil keputusan untuk bernikah, kita menerima baik buruknya. berdoa bukan hanya update status di fb, namun sentiasa update status selepas solat. aku tidak merasakan kesakitan ini, namun aku hanyalah merasakan SABAR.. bersabarlah menerima ujian dan dugaan. Allah memberi kita ujian ini kerna Allah tahu kita mampu dan Allah ingin memberi kekuatan untuk kita menghadapi ujian mendatang.. sabarlah, Allah akan membalas setiap perbuatan yang salah. akhir perjalanan nanti kita akan mendapat kebahgiaan yang hakiki malah lebih dari sebelum kita menerima ujian.

**kalau kita membalas kembali perbuatan yang salah.. samalah kita meletakkan diri kita sama seperti kedudukan mereka..