cookieChoices = {}; * C.J Diary *

Monday, 7 May 2012

Friday, 4 May 2012

Can I trust you


I make you smile when you feel down..
I listen to your problem even if I'm not feeling well..
Get worry when I know you getting sick..

Don't get me wrong..
Not because I like you..
Not because I love you..
it because you are my friend..
and all my friend is special to me...

but..
Didn't you know it..


yes..
I am so angry..

and yes..
everybody say time will heal everything..

and before it..
please..
I hate it when people lie to me..
It make me feel I'm like fool to you..
When I always ask you the same question..
Its mean I know that you trying to be a liar..

And I give you time to admit it..
but.. you don't take it your last chance..

I may be

Segmen : Header For Blogger

tak pernah-pernah nak masuk pertandingan, tiba-tiba rasa nak join pulak. kalau dapat, syukur la.. kalau tak pun boleh rasa pengalaman baru.. dah lama aku pakai header yang ni.. tak punya masa untuk buat yang baru.. selama ni asyik buat sendiri je. teringin pulak nak orang lain buatkan (ni sebab dah masuk super duper malas.. hehehe)

jadi, untuk sesiapa yang ingin masuk contest ni.. feel free to click hansya..

Wednesday, 2 May 2012

Cuti Budget..Singapura (Bahagian 4) Makanan Halal di Universal Studio

saja tak mahu nak buat entri apa yang ada dalam USS. cukup cuma aku cakap dalam tu ada 7 zon. malas nak buat entri sebab gambar banyak sangat, dan banyak blog yang dah bercerita apa yang ada dalam tu. tapi nak bakar sedikit, aku letak satu gambar saja. hahaha

tak apa.. orang yang kurang kiut memang suka buat muka macam ni.. huahuahuahua.. kiut kan? kan?
dekat dalam USS ni tak semua tempat yang halal untuk di makan. kalau yang lain tak kisah untuk nak makan semuanya, itu terpulang pada anda. tapi bagi aku, kalau dah tak halal, tak perlu makan. bukannya aku dalam keadaan darurat pun kan?

dalam USS yang di jual di kiosk semuanya tak halal.. yang boleh makan cuma nachos (yang masam) dan popcorn sahaja. semua zon ada kedai makan, tapi tak semua yang boleh makan. sila ambil map untuk cari lokasi, di situ memang ada tanda halal atau tidak. ni aku tolong bagitahu yang mana halal ye.

1. Mel's Drive-In (ihsan keropokman.com)
Mel's Drive In, Universal Studios Singapore
restoran ni terletak di zon hollywood. dekat sini untuk siapa yang nak makan makanan fast-food.. bagi aku yang asyik dok telan makanan western (akan aku cerita nanti) jadi aku dah tak nak tengok burger lagi. sini ada meal yang boleh anda pilih la.. kalau berkenan la..

2. Oasis Spice Cafe
ni pulak terdapat di zon ancient egypt.. ni tempat kedua untuk makanan halal dekat sini.. ni pulak lebih pada makanan arab, melayu (roti canai) dan india.. ada jugak set yang boleh di pilih. sebabkan jarak entri ni dengan tarikh yang aku pergi agak lama, aku cuma ingat sedikit nama set tu.. ayam butter. huhu.. harga dalam 10 ke 15 SGD.. rasa dia ok la, cuma aku tak boleh makan sayur yang dicampur dengan yogurt rasanya.. masam.. ahaa.. ni gambar dari pakcik google.. combo set 3 ni la yang aku makan... boleh lah..

3. Marty's Casa Del Wild

untuk sesiapa yang nak makan ala-ala thai sini lah tempatnya.. kedai ni terletak di zon madagascar dan kami tak pilih makan dekat sini sebab tak mahu makan tom yam.. (Malaysia kan lagi sedap.. jadi tak mahu bandingkan nanti.. huhu) ada jual satay, kari dengan tomyam.. jadi sebab tak nak rindu dengan makanan umah aku yang lagi sedap, aku tak mahu makan dekat situ.. sedih..

asal sedih je posing.. cute tak aku a.k.a C.J.. susah tau aku nak maintain kecomelan aku.. huhuhu

ok aku dah penat.. mana jalan keluar ni?? huhuhu cepat tunjukkan aku... ke aku salah pintu ni..

muka dah penat.. mahu pulang!!!!

 selamat tinggal USS



Cuti Budget..Singapura (Bahagian 3) Universal Studio Singapura

maaf sangat-sangat...lambat pula nak update entri ni.. dah berbulan rasanya.. untuk ke universal studio ni ada dua cara nak ke sana. samada menggunakan MRT atau teksi. pada siapa yang punya budget yang banyak, naik la teksi (lebih kurang SGD20-25) tapi bagi sesiapa yang punya budget yang ngam-ngam macam aku MRT dan Bas adalah pilihan yang paling tepat. untuk ke USS, perlu naik MRT tak kisah la dari stesen yang mana pun, cuma perlu turun ke stesen HarbourFront yang terletak di Vivo City.

keluar dari Vivo City dan jalan terus ke perhentian bas yang ada di depan Vivo City dan terus berjalan sampai anda nampak yang ini..

haha maafkan sebab kena pulak tengok dengan kepala yang teleng.. RWS 8 ni no bas yang akan terus bawak anda semua ke dalam USS. Tambang untuk bas hanya SGD 2 sahaja. dan balik nanti tak perlu bayar tambang bas.. ni masa dah sampai. bas ni terus ke parking bawah tanah.. dari sini, masuk ke pintu dan terus naik ke escalator untuk ke USS.

 

nampak tak escalator tepi tu.. itu la yang akan bawa anda ke sana

 

 

 

dan... taraaaa...

 dah masuk pun... wuhuuu.... anda bagaimana??

Wordless Wednesday


Thursday, 26 April 2012

Najwa Latif - Kosong

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong…kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong…kosong
Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Wednesday, 25 April 2012

Blog Walking Yang Memeningkan

don't get me wrong...
aku sangat suka dengan blogwalking
boleh menjelajah blog orang..
dapat lah sikit idea-idea untuk mencantikkan (cantik ke?) C.J Diary aku ni..

sebelum tu..
aku nak buat pengemuman..
aku bukan mix mana-mana..
aku bukan anak orang penang..
cian Puan Yah.. penat dia mengandungkan aku..
aku anak tipikal melayu..
hasil campuran dari kedua-duanya orang melaka..
cuma aku je yang paling gelap dalam adik beradik aku..
aku dengan akak aku boleh berbahasa dalam banyak loghat negeri lain..
jadi banyak kemusykilan orang dekat aku ni..
soalan yang selalu aku dapat..
"Awak ni orang mana?"
untuk kali ke berapa entah aku kena jawab..
aku orang Kuala Lumpur yang punya mak dan ayah dari Melaka dan sangat suka bercakap loghat macam-macam negeri..

ok kembali ke tajuk entri..
aku kadang-kadang tak punya banyak waktu..
kerja.. belajar.. kadang-kadang untuk manja kan diri aku pun dudsh.. (T_T)
jadi bila aku punya waktu..
saja menyinggah ke blog yang aku follow dan di follow.. get it? get it? huhu..
apa guna google reader kan? huhu..
dan baru aku tau ramai yang follow aku adalah dari golongan uniform..
a.k.a Budak sekolah menengah..
**oh.. adakah diriku macam budak-budak or blog aku ni fun.. think positive jia**
mula-mula seronok baca 1 atau 2 blog..
lama-lama dah makin kecik mata aku..
dah lama lepas tu dah pening aku membacanya...
blog memang cantik.. kalah acik Jia punya yang non hado ni..
tapi bahasa yang guna.. lagi sedap ye kalau adik-adik akak gunakan bahasa yang betul..
tak apa lah kalau adik nak gunakan bahasa singkatan.. sebab acik ni masih bolenh faham la jugak..
sy untuk saya.. kn untuk kan ke.. acik ni boleh faham..
tapi kalau aqew la dan sewaktu dengan nya... orang leh pening adik..
kalau cakap macam tu mesti akan ada orang cakap..
"blog saya.. suka hati saya la nak tulis apa.. tu kan macam diari saya.. buat apa tengok kalau sakit mata?"
adik apa pun tujuan asal kita buat blog.. benda pertama yang orang akan tertarik ialah bahasanya.. ya betul blog ni ada yang buat diary.. tapi kalau bising sangat marah orang duk tegur blog kita tu.. sila la buat PRIVATE lepas ni, ha tu baru betul diary dik.. diary cuma kita saja yang akan tulis dan baca.. :)

   salam peluk cium..
C.J


Wordless Wednesday

i love my friends!!

Thursday, 19 April 2012

Al - Fatihah

hari ini..
seorang kakak kehilangan adiknya..
seorang emak kehilangan anaknya..
seorang nenek kehilangan cucunya..

seorang insan istimewa..
seorang yang tidak punya dosa sejak dilahirkan..
telah pergi tinggalkan adiknya..
tinggalkan kakaknya..
tinggalkan abangnya..
tinggalkan emaknya..
tinggalkan ayahnya..
tinggalkan neneknya..
tinggalkan saudaranya..
pergi mengadap penciptanya..

kehilangannya sangat dirasai..
masih tidak betah menghilangkan kerinduannya..
masih mengingati responnya..
walau dia tidak mampu bertutur..
walau dia tidak mampu melihat..
walau dia tidak mampu berjalan..
sebenarnya tidak mampu melakukan apa-apa..
namun dia masih tetap istimewa..

22 tahun menjaga..
sedikit pun tidak pernah aku mengeluh..
sedikit pun tidak pernah aku membentak..
dia mengajar aku erti tanggung jawab
dia mengajar aku erti disiplin..
dia mengajar aku untuk bersyukur dengan apa yang ada..
dan aku bersyukur atas pemberianmu tuhan,,
dia permata yang sangat ku sayang..
dan tidak sedikit pun aku malu dengan keadaannya..

semadi dengan tenang kau di sana..
berakhirlah segala penderitaan engkau di dunia..
bergembira la dengan syurga yang telah dijanjikan..
maafkan akak sekiranya layanan yang akak berikan tidak sempurna..
maafkan akak sekiranya pernah meninggikan suara padamu..
maafkan akak jika akak terkadang terlupa dengan tanggungjawab terhadap mu..
sesungguhnya tidak ada sekelumit marah dan malu pun terhadapmu..

masih merinduimu..

adik ku yang tercinta
Yazid Ab Razak
11.1.90 - 8.4.2012

Friday, 6 April 2012

Selamat Hari Jumaat

Jumaat yang barakah..
Moga mampu mendamaikan hati aku..
Ujian yang mendatang mendewasakan aku..
Moga orang tersebut pun dewasa..
Like I'm always say..
Matured can't be measure by number of your age..
Correct me if I'm mistaken..

With my puffy eyes..
And my old headphone..
A pencil and a pen..
Just listen to the music..
Create another quote..
To make me calm..

And you know what..
You can't make me feel down..
Make me mad.. Make me disappointed..
Because whatever you do..
Whatever you try to say a bad thing behind my back..
I never be like you..
So stop being like a jerk..
And be like a matured person..

I know all the thing you do behind my back..
I just pretend it my "friend"..
Just want to see your action, my lady..

If we want people to respect us, we should respect other people first..

-Forgive but not forget-
-CJ-

Thursday, 29 March 2012

Tahu tak

Aku penat..
Isnin hingga jumaat bekerja..
Malam aku perlu curi masa untuk buat assignment atau review untuk exam..
Jadi bila aku kata aku penat, aku bukan mengeluh..
Tapi kalau anggap sahabat atau lebih (kalau la) kau patutnya memahami..

Aku tiada masa..
Untuk diri sendiri pun kadang tiada
Kalau ada pun banyak untuk tidur
Sebab aku perlu tenaga yang banyak
Aku kan selalu sakit
Aku faham kesibukkan masing-masing
Jadi, cari sedikit ruang dalam hati
Pikir yang aku pun mahu ruang untuk diri sendiri

Aku tak ingat kawan-kawan..
Siapa kata aku tak ingat kawan-kawan ku
Aku ingat.. Aku tinggalkan pesanan..
Bila aku punya masa
Tapi kalau teman-teman aku sendiri
Diam dan tak peduli apa yang aku titip pada dinding facebook
Boleh balas pada orang yang di bawah dan di atas kiriman aku
Jadi aku ke yang tak ingat kawan-kawan?
Aku punya masalah..
Jadi aku diam.. Asingkan diri sebentar
Kalau kau masih nak naikkan ego..
Sebab aku tak hadir ke majlis itu..
Baik, lepas ini aku buang je kamu dari senarai teman

Sebab kau pun bukan anggap aku teman kan?
Dah bertahun, dah ada anak pun..
Jangan kau ingat kau jek ada keras kepala..
Nyah kau dari senarai aku
Rahsia kau aku simpan sampai bila-bila

Malam bukan untuk aku..
Jangan mengeluh atau mengkritik
Ya memang aku tak boleh keluar malam
Memang ibu bapa aku tak suka aku keluar sampai lewat malam..
Ape hak kau untuk kau Merendah-rendahkan aku
Membuat aku sebagai modal gurauan murahan
Manusia jalani hidup dengan prinsip dan cara yang berbeza
Jadi hormati pilihan hidup masing-masing
Ibu bapa aku kadang kala mengongkong
Tapi kalau itu yang terbaik, jika diri sendiri rasa tak kisah dengan semua ini
Jadi kenapa kau pulak nak ambil peduli kan?


p/s : habis inai ni comot.. Cisss

Monday, 26 March 2012

Happy Belated Birthday Nek Yah

Sabtu lepas, keluarga kecik kami sambut hari jadi nenek yah a.k.a puan che'ah a.k.a lagi omak den dekat rumah ku syurga ku.

Hari lahir nek yah ni 22 Jun 1958.. Terlambat sebab nek yah kena pergi out station. Selamat hari lahir emak ku sayang, tahun ni masih tak ada hadiah macam tahun lepas. Tunggu hadiah mu a.k.a menantu tahun depan ye..

Love you,
CJ

Berakhir Sudah..

Hahaha berakhir apa ni jia.. Jangan nak suka sangat la jia. Berakhir apa ni. Berakhir la semester yang mencabar dan buatkan rambut ku yang lebat tu gugur BANYAK..

Sebelum ni tough jugak, tapi tak seteruk sekarang. Jadi note for myself, sila jangan ambil banyak sangat subjek programming sederap, nanti kau yang pening.. Huhuhu

Oh lupakan muka ku yang tidak ada solekan di muka.. Bukan aku tak reti, aku tak suka pakai sebab aku kena melangkah 4 tingkat untuk ke bilik exam. Gigih sangat la nak pakai benda tu. Sian akak-akak business yang solek bagai lencun masa sampai kat bilik exam..

Ok sampai sini, dapat cuti seminggu je. Lepas ni dah kena masuk sem pendek.. U kejam.. U kejam.. Erk, dah sakit aku ni.. Ok la salam peluk cium.. Muaah mmuahh..


Always blur,
CJ

Monday, 19 March 2012

Mak.. Cepatlah balik

Mak.. Cepat lah balik.. Aku terseksa, menderita dengan semua ini.. Untuk terakhir kali, mak cepatlah sampai dari kelantan.. Mentang-mentang aku sorang jek muka macama emak, aku je kena buat kerja.. Cian kan naja ni mak (tu nama manja aku kat umah.. Sila jangan gelak) sob sob..si kecik ni pun sama mak.. Huhu


Oh, aku dh buat training jadi isteri dan ibu ni. Bila la dapat buat praktikal terus.. Huhu

Sunday, 18 March 2012

Menyesal kah kita??

Manusia.. Tak kira artis, pemimpin mahu pun golongan pekerja bawahan seperti aku.. Merupakan pelakon atas bumi ciptaan Allah..

Kita tak hidup sendirian..hidup kita bermasyarakat..jadi apa yang kita buat, tak banyak, cikit akan jadi bualan orang. Kita tak boleh larikan? Kalau nak lari, kena masuk hutan. Tak ke jadi tarzan nanti.

Manusia, tak lari dari kesalahan..kadang-kadang percakapan atau perbuatan pun dah boleh melukakan hati seseorang. Aku tak bercakap mengenai aku. Sebab prinsip aku senang, kalau aku terasa cepat2 aku maafkan sebab bagi aku mungkin mereka tak sengaja (kalau asyik buat, 2 memang mengada la) cara yang mudah minta maaf sahaja dengan si polan dan si polan. Dan menyesal dengan apa yang telah kita buat. Itu memang bagus dan aku setuju caranya. Tapi bila dah bagitahu semua orang, hebah sana hebah sini, ok aku dah ragui. Tapi aku betulkan hati, orang itu memang berubah. Dia mungkin nak orang belajar dari kesilapan dia..

Alhamdulillah nampak perubahan dalam sebulan.. Masuk dua tiga bulan.. Eh mana janji dulu kata nak berubah..airmata turun dah macam air terjun tapi sekarang dah kontang. Betul Allah yang maha berkuasa, tapi kalau salah dengan manusia,hanya manusia tu yang dapat maafkan.kan dah susah. Dari orang melihat kita rasa kesian dan bersyukur atas perubahan, tiba-tiba meluat. Twitter dan facebook jadi alat pengantaraan.. Teman-teman yang follow jadi batu api.. Kesudahan keluar ayat.. "Terpulanglah orang nak kata apa. Kau kenal ke aku siapa.aku susahkan korang ke".. Mana hilangnya ayat "saya berubah dan menyesal kerana mulut saya jadi pergaduhan"..

Tepuk dada dan tanya diri kita sendiri.aku tak mahu jadi yang menjatuhkan hukum. Sebab benda ni akan balik pada niat yang asal.peringatan untuk diri, cukup cuma aku dan Allah yang tahu taubat dan penyesalan ku. Aku tak mahu jatuh ke riak dan menunjuk-nunjuk.

P/s : kemaafan kan dendam yang terindah bak kata kak aishah (kakak ke?) Hati akan tenang.. Percaya la.. (Perlu ke nak kena nyanyi tang chorus lagu kak CT tu)

Entri diupdate di henfon BB antik yang dah loose keypad kiri dan kanan sambil melihat Manchester United lead 5 gol lawan wolves..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bersabar lah :)

Hampa..
Tak perlu di ulang perkataan itu. Dah jadi macam kawan baik pula. Manusia semua tak sempurna, tapi ego buatkan manusia selalu rasa dengan kekayaan dan paras rupa, meletakkan mereka sempurna dari yang lain. Terlupa kot, setiap kelebihan 2, tak sampai seminit tuhan boleh tarik. Tapi tak apa lah. Aku punya kekurangan, asalkan aku tidak lupa diri, aku dah bersyukur.

Benci...
Perasaan yang lama sudah ku buang.aku tak suka.sekali kita membenci orang, kita akan sakit. Sebab dari benci, jadinya dendam. Hati akan sentiasa sakit bila orang yang dibenci tak merasa sakit seperti apa yang kita rasa. Kan lagi haru? Sebab itu aku masih menyayangi kau, sebab makin lama perasaan tu jadi kosong. Perlu ke aku nyanyi lagu kosong dari Najwa Latif untuk kau atau mereka faham? Tak perlu kan? Malah aku doakan kau bahagia dengan cara yang kau pilih.cuma jangan buat benda yang boleh memudaratkan badan dan agama yang kau percaya. Aku tahu kau ingin berubah.. Berubah la,walau culture kerja menekan kau selalu. Aku tahu kau boleh.

Kecewa..
Banyak yang berlaku.. Benda kecik pun boleh buat kecewa. Aku memang sensitif.. Orang jek yang tak tahu. Tapi sensitif aku bukan budak-budak.benda kecik aku tak kan sentap. Tapi kalau jatuhkan diri aku, memang kau nak kena buku dengan ruas. Aku jarang marah, tapi orang yang dekat dengan aku, yang aku sayang tak kira sahabat atau kekasih yang banyak mengecewakan aku. Susah jika hanya aku yang terima kekurangan orang lain,tapi tidak kamu semua.teruskan.. Bila aku sudah bosan dengan semua ini, aku akan melangkah pergi. Jangan tanya kenapa aku menyepi. Tu semua kerana kamu semua tidak mengerti. Bila tiba hari itu, jangan kata untuk telefon, untuk balas mesej pun aku tak mahu. Kamu semua tahu aku penah buatkan? Jadi jangan cabar kesabaran dan kemarahan aku.

Mood aku tidak baik.. Sepanjang dua minggu aku akan begini. Hingga peperiksaan berlalu pergi. Hingga rasa pedih terhapus nanti..

Puisi kan aku???

cik jia a.k.a CJ
18 Mac 2012
7.44 malam..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 16 March 2012

Final Sem 2 2011/2012

Peperiksaan sudah tiba.. Untuk semua pelajar UTM dan U yang lain.. Selamat menjawab soalan.. Baca bismillah dan jawap dengan tenang..

Thursday, 8 March 2012

Selamat Hari Wanita

Mungkin agak terlambat, tapi asalkan hari yang sama dah ok kan? Untuk para wanita di luar sana.. Emak, mak mertua (insya allah.. Come to me jodoh) boss, cikgu-cikgu CJ, dan teman-teman semua.. Anda adalah wanita yang hebat untuk diri anda mahupun untuk pasangan anda..

Selamat hari wanita sekali lagi.. Pengorbanan anda semua tak terbalas.. :)