cookieChoices = {}; * C.J Diary *

Tuesday, 1 April 2014

Doa Ku

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku..
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu..
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada antara dihatinya setelah Engkau..
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu..
Aku bukanlah mencintai zahirnya semata-mata kerana kacak..
Tapi hanya kerana hatinya yang teguh mencintai Engkau tuhanku

Ya Allah Ya Rabb
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang
yang tidak sempurna..
Agar aku dapat membuatnya sempurna pada pandanganMu..
Dan menyokong dan meneguhkan hidupku..
Seseorang yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu..
Seseorang yang membuatkan senyumanku mengatasi segala kesedihannya..

Ya Allah
Aku juga meminta.. Jadikan aku wanita yang dapat membuatnya bangga..
Berikan aku hati yang sungguh mencintai Mu sehingga aku dapat mencintainya
dengan sekadar cintaku..
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya..
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan
bukan hal buruk dalam dirinya..
Berikanlah aku pertuturan yang penuh dengan kebijaksanaan..
Agar aku mampu memberikannya semangat dan sokongan padanya setiap hari
yang mendatang

Ya Tuhanku
Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
”Bertapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan aku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”
Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat..
Dan Engkau membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang Engkau telah tentukan..


ini diambil dari sebuah blog.. tapi maaf saya memang lupa url nya.. moga Allah membalas dengan kebaikan.. kerana berkongsi doa dan sajak pengharapan.. yang dekat dengan maksud dari hati saya..

Sekadar Perkongsian - Part 7

Pulangkan Hati Saya..

bulan 3 dah berlalu.. dah masuk pun bulan 4.. pada emak.. selamat hari dilahirkan.. minta hadiah sesuatu yang sangat sukar untuk ditunaikan.. apa la yang ku mampu.. kata nikah itu bukan hak sepenuhnya untuk diriku..

kerja kerja kerja... balik malam-malam... senyum dan jarang berkata-kata.. itulah yang terjadi.. maaf.. ku sedang merawat hati.. balik malam orang tak boleh lihat kita menangis dalam kereta.. dan orang tak akan pelik.. jadi.. biarlah ku rawat hati..

orang ada tanya.. kalau ada orang nak berkawan lagi.. masih nak di awan biru ke.. saya tetap akan jawab.. iya.. andai saya boleh memilih.. saya masih ingin orang yang bekerja di awan biru.. kerana... HATI SAYA DICURI DAN DI LETAKKAN DI AWAN BIRU.. tolonglah ambilkan semula.. untuk saya rawat dan bina kenyakinan semula...Insya Allah kita bercinta di landasan yang betul.


p.s : wanita mana yang tak inginkan pernikahan, anak dan punyai keluarga.. mereka telah mencuba, menangis dan kecewa.. lalu diberikan semula kepada Allah.. Kerna ketentuan Nya yang lebih baik. bersyukur kerana anda sudah memiliki dan jangan mengungkit serta merasa lelah.. ramai yang ingin menjadi seperti anda, tapi mereka masih belum ditakdirkan untuk memilikinya. IBU/ISTERI itu gelaran yang paling diinginkan oleh seorang wanita.

Monday, 13 January 2014

Salam maulidur rasul

salam maulidur rasul, buat junjungan kita nabi muhammad.akhlak mu yang terpuji dan tingkah laku mu yang disenangi akan sentiasa aku berusaha melakukan dan mengamalkan

p.s : dua hari dah demam.. badan makin lemah.. moga masih mampu bertahan..
 

Thursday, 19 December 2013

Senggugut




gambar ihsan google

senggugut.. sakit yang tidak lepas dari perempuan. baik yang belum berkahwin, atau sudah berkahwin dan beranak pinak tetap akan menerima kedatangan sakit ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup hinggalah bila kita mencapai proses yang disebut menopause atau berakhirnya menstruasi atau juga dikenali sebagai putus haid kekal.

Senggugut terjadi disebabkan kontraksi atau pengecutan otot rahim yang berlebihan saat haid. Pengecutan ini dipacu terutamanya oleh hormon yang kita kenal sebagai hormon prostaglandin. Sebagai mana yang kita tahu, saat haid, dinding dalam rahim yang tadinya tebal sebagai persedian untuk terjadinya kehamilan , akhirnya disebabkan tidak terjadinya proses pembenihan oleh sperma, maka akan mengalami pemerosotan.Lapisan tisu yang tebal itu akan dihancurkan oleh tubuh secara biologis. Kematian sel-sel ini secara langsung akan menghasilkan hormone prostaglandin. Maka tidak hairan pada orang yang sedang haid kadar hormone ini memang tinggi. Namun tidak semua orang akan mengalami rasa sakit yang sampai mengganggu aktiviti mereka. copy dari link Mama Haziq Amsyar.

jadi saya pun tidak terlepas dari sakit ini sekarang. tambah pula sesak dekat bulatan PJ pagi ni sebab MBPJ banyak tutup laluan untuk aktiviti hari minggu ni lagi tambahkan sakit dalam perut. ramai yang mengalaminya. moga kita diberi kekuatan untuk teruskan sepanjang hari.. siapa kata wanita ni lemah, kan? :)
 
 

Alhamdulillah.. menginjak ke 27

13 Disember 1986 atau bersamaan dengan 12 Rabiul Akhir 1407 Hijrah iaitu hari sabtu, saya selamat dilahirkan dan menjadi permata ketiga dalam keluarga saya. Alhamdulillah, masihbernafas.. masih di beri kesempatan untuk berbakti dan membaiki kekurangan diri. terima kasih untuk semua ucapan, doa dan dorongan dari keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan. ramai yang doakan moga saya di beri jodoh segera.. :) Amin.. Insya Allah, moga dimakbulkan Allah.


Permulaan ucapan dari kakak tercinta dan penutup dari yang tersayang.. :) tahun ni tiada kek, tiada makan-makan.. tapi tak apa, asal kita semua masih bersama. pada yang saya pernah menyinggung atau saya disinggung, saya sudah memaafkan semua.. sampai bila kita mau menyimpan marah.. bila kematian makin meyinggah... salam sayang semua :)

* perjalanan setahun yang lepas sudah berlalu.. perjalanan yang panjang baru bermula.. tinggalkan kesedihan, mulakan mencari kebahgiaan.. memberilah lebih dari diberi.. masih ada insan yang memerlukan lebih dari kita.sedang cuba belajar untuk menambah saham akhirat.. wakaf, zakat, sedekah... antara perkara yang akan lebih disemai untuk tahun ini.. :)
 

 


alhamdulillah.. terima kasih sebab masih bersama sahabat :)

Thursday, 24 October 2013

Wordless Wednesday


sudah masuk ke usia 2 bulan pernikahan kakak yang tercipta..
tahniah,,
mom-to-be
:)

Tuesday, 22 October 2013

Kehilangan Sebentar

lama tidak update. menguruskan sakit yang teruk sedikit dalam 2 minggu ni.. gata;-gatal semua keluar. bisa aja rasanya. nak pergi kenduri kawin pun tak larat. malu pun ada.. kena pantang makan banyak benda.. jadi apa aja yang boleh di makan nanti :) maaf ya sahabat..

Friday, 11 October 2013

Sekadar Pengkongsian - Part 6


salam jumaat. sekadar perkongsian pada hari ini lebihnya pada kaum adam dan mungkin ada yang kita sebagai wanita untuk melakukannya :)

Monday, 30 September 2013

Sekadar Perkongsian Part 4



jadi panggil lah dengan nama-nama yang elok dan dia sukai.. bukannya woi.. hoi.. dan hei.. :)

Saturday, 28 September 2013

Sekadar Pengkongsian Part 2


sejauh mana kita menjaga pemakanan kita? :) patutlah kadang-kadang masing-masing mengadu sakit perut kan? kita hidupkan cara Rasulullah ye :)

Friday, 27 September 2013

Thursday, 26 September 2013

Sakit itu Penebus Dosa-Dosa Kecil?


sesungguhnya saya sedang sakit semula.. sakit yang teramat. bukan lah sakit hati.. sakit hati tu ramai yang mengalaminya. mudah-mudahan kita sama-sama menguranginya kan? :) yang saya maksudkan, sakit belakang saya. untuk siapa yang baru mengenali, saya mempunyai sakit belakang dan pernah pun berjumpa dengan pakar sebelum ni. nampaknya saya perlu melalui proses yang sama seperti dulu. tabahlah hati. minggu yang agak mencabar. lepas kakak selamat dinikahkan, alergik saya pun keluar sama untuk meraikan.. :) pergi Ipoh minggu lepas pun keluar juga. nak juga dia inter frame.. balik dari Ipoh pula pula kerja angkat mengangkat meja.. memang mendapat. :) sakitnya, hanya Allah mengetahuinya. terpaksa juga minta satu suntikan sebab dah tak boleh tertahan sakitnya. kadang-kadang bila sakit aja ada suara-suara nakal yang berdendang. namun bila membaca yang di bawah 

pujuk hati kata tak apalah. mungkin dosa-dosa aku banyak dulu. maka Allah menurunkan sakit yang banyak untuk penghapus dosa-dosa kecil yang dulu. maka bersabarlah, jia.. 


hanya Allah yang dapat menyembuhnya.. Doktor dan ubat hanyalah perantara dan kaedah merawat. yang menciptanya kan Allah :)

sekadar untuk berkongsi :)

Wednesday, 18 September 2013

Wordless Wednesday - Seronoknya jika dapat pergi semula ke zaman kanak-kanak



saya sangat menyukai kanak-kanak dan insya Allah bersedia untuk menempuh tanggung jawab yang baru. namun masih berlum menemui jodoh saya. sentiasa doa dipermudahkan dan dipertemukan dengan jodoh yang Allah ciptakan untuk saya. bersabar dan berdoalah selalu bakal imam ku :)

Tuesday, 17 September 2013

Menegur.. Jangan Sampai Menjatuhkan Hukum..

lama sudah tak menulis.. lama sudah tak mengomel :) kesibukan kerja.. dan kesibukan untuk keluar dari kepahitan pun menuntut 1000 kekuatan. Alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan bergerak serta merancang. Moga Allah makbulkan permintaan dan perancangan yang diberi.

hati.. kuat mana sekeping hati.. jika dihimpit kiri dan kanan, atas dan bawah, ia akan retak juga sedikit demi sedikit. apa lagi hati seorang wanita yang senang terluka. mudah terasa dengan kata-kata orang sekeliling. itu baru kata-kata dari orang yang kita kenali.bagaimana dengan orang yang kita tak kenal pun dia secara dekat, tapi berbakuk-bakul cacian dan makian yang kita berikan.bersetuju dengan teguran yang membina. macam eh kau tak pergi solat lagi ke? atau baju tu ketat sangat, nampak yang tak sepatutnya. minggu depan pakai yang besar sikit ye. elakkan lah dari guna ayat kau tau tak si A tu kedekut, satu sen pun tak keluar ada hati nak makan banyak. atau dia tu suka menyusahkan orang la. asyik nak bangkang aja. kan elok jika andai itu memang kesalahan dia, tegurlah secara berdepan tanpa nada yang menjatuhkan. bukan bercerita dengan si B dan C dan akhirnya cerita jadi ABC. niat nak buat pahala dengan cara menegur tapi dah jadi dosa pula.

p/s : terfikir tentang kita yang suka mengatakan buruknya seseorang yang tidak pernah jumpa dan tidak mengenali secara rapat (orang yang dikenali oleh ramai orang) tapi dah bertan-tan dosa mengutuknya dikumpul. tang mana nak minta maaf dan redhakan dengan apa saja yang kita lakukan pada dia. kan dah haru tu.


Monday, 16 September 2013

Selamat Hari Pertambahan Usia, Abang Ku


selamat hari pertambahan usia abang sulong ku a.k.a abang long a.k.a Mohd Radzi. Alhamdulillah kerna dikurniakan Allah pasangan yang baik dan 4 orang zuriat yang memeriahkan kehidupan keluarga setiap hari. setiap pertambahan detik dan masa, bertambahlah tanggung jawab dan peranan kita di bumi Allah ini. moga ikatan ukhwah kita adik beradik semakin erat dan menuju ke jalan yang diredhai oleh Allah. will always love you and support you.

Thursday, 29 August 2013

Sabarlah Wahai Hati.. Allah Mengetahuiya..Bukan Mereka

aku mendengar orang bercerita..bercerita tentang aku di merata-rata.. aku mengetahui si penuang nasi tambahnya.dari satu menjadi dua, dari dua merebak virusnya. sedihnya bila dikatakan sahabat, namun apalah ertinya jika bercerita tentang orang lain pada orang yang lain, dan orang itu pula hurmm cukuplah Allah mengenalinya.

tidak akan ku buka aib orang lain walau apa pun berlaku. biarlah orang lain melakukannya, bukannya aku. dan ada kata-kata yang menambah, ingatlah Allah ada sentiasa memerhati kita.mungkin benar aku ada mengatakan, bertanyakan sesuatu namun janganlah melebih-lebihkan perkara yang tidak betul. Allah saksi ku, cukuplah. aku redha atas apa yang telah berlaku pada ku. namun, demi Allah.. tidak ku ampunkan dosa orang yang menambah-nambah, orang yang menyampai-nyampai dan orang yang berkata tidak benar. cukuplah selama ini aku bersabar dan memaafkan kalian yang berkali-kali berkata tentang ku. ini masa susahku. Apa mereka perlu merasa kesukaran dan kesusahan yang aku rasai, baru mereka faham? jika ya, moga dirasakan sedikit kepadamu oleh Allah, jika tidak. sila lah berhenti dari menambah dosa dan dosa. kerna saat mereka berkata-kata tentang aib ku, saat itu juga tidak lagi ku ampunkan setiap butir-butir ucapan itu. cukuplah, aku benar-benar berkecil hati. moga aku tidak termasuk dalam golongan yang berkata aib tentang orang lain. aku tidak terasa hati andai yang berkata itu orang yang aku punya masalah dengannya, namun bila orang lain yang berkata.. hurmm terpulanglah. moga Allah memaafkan kalian, namun kali ini bukan aku. moga hati ku terbuka untuk memaafkan. tapi saat ini, masih belum lagi.

berikut dipetik kata-kata dari laman facebook abu sayef atau membaca keseluruhannya dengan klik di sini
264.Soalan: Apakah yang dimaksudkan buruk sangka (su'- ul zon)?

Buruk sangka (su'-ul zon) adalah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (buruk dan tercela). Manakala mencari-cari kesalahan orang lain pula hadir apabila wujudnya sangkaan buruk di dalam hati manusia.

Apabila timbulnya buruk sangka, maka sudah tentu rasa ingin mencari kesalahan seseorang itu timbul sehingga terbukalah kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu yang menyebabkan si pelaku itu berasa puas. Ia adalah suatu penyakit hati yang akan menyerang sesiapa sahaja. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang lain ini.

Allah Ta’ala berfirman.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا“

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” (Surah Al-Hujurat ayat 12)

Dalam ayat ini terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, kerana sebagian tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa.

Dalam ayat ini juga terdapat larangan berbuat tajassus. Tajassus ialah mencari-cari kesalahan-kesalahan atau keburukan atau aib orang lain, yang biasanya merupakan kesan dari prasangka yang buruk.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :

إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ
حْوَانًا

Maksudnya : “Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling inti-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” (Hadis Riwayat  Al-Bukhari no. 6064 dan Muslim no. 2563 )

Amirul Mukminin Umar bin Khathab berkata, “Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaknya engkau selalu membawa perkataannya itu kepada prasangka-prasangka yang baik”

Sufyan bin Husain berkata, “Aku pernah menyebutkan keburukn seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyyah. Beliaupun memandangi wajahku seraya berkata, “Apakah kamu pernah ikut memerangi bangsa Romawi?” Aku menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya lagi, “Kalau memerangi bangsa Sind , Hind (India) atau Turki?” Aku juga menjawab, “Tidak”. Beliau berkata, “Apakah layak, bangsa Romawi, Sind, Hind dan Turki selamat dari keburuknmu sementara saudaramu yang muslim tidak selamat dari keburukanmu?” Setelah kejadian itu, aku tidak pernah mengulangi lagi berbuat seperti itu” ( Bidayah wa Nihayah, Ibnu Kathir (XIII/121)

Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata: Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan senantiasa sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri dan melupakan keburukan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa gelisah. Setiap kali dia melihat keburukan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat keburukan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk memperhatikan keburukan orang lain dan melupakan keburukannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan keburukan dirinya”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.131)]

Beliau juga berkata,:“Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sebagaimana sebaliknya prasangka yang baik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.133)]

p/s: tidak kah terfikir yang orang itu punya masalah dan doakan dia dipermudahkan urusan dan dipermudahkan membayar. bersangka baik dan berdoalah selalu. kerna aku juga melakukan yang sama pada yang meminjam. andai tiada, tak apalah. adalah doa ku pada mereka, namun ku bercakap dengan Pencipta ku, bukan dengan hamba-hambanya yang hurmm..... tak apalah Hasbi Allah, Wanikmal Wakil, Fanikmal Maula, Wa nikmal Nassir. Cukuplah hanya Allah tempat ku berlindung dan dialah sebaik-baiknya Pelindung.