cookieChoices = {}; * C.J Diary *

Thursday, 17 March 2016

Cuti Bajet : Penang (Hari Pertama)

dah dua minggu baru nak taip entri.. maaf, kesibukan dengan kerja asyik bataskan waktu nak sapu-sapu sikit dekat dalam blog ni..26 februari, mengangkat semula back trekking yang berat itu, pergi semula bertemu encik pilot airasia. niat hati nak naik bas, tape memandangkan si Yaya mabuk kalau naik bas (karang muntah-muntah takut orang kata ngandung anak kedua lak aih)

jadi, kami bertemu dekat kl sentral. naik skybus ke sana. sebab naik bas pergi balik lagi murah dari naik klia ekspress.kami dapat pergi balik dalam RM15.00+- jumlah tiket pergi balik dan bas Rm117.92 jadi berbaloi rasanya. kalau ada banyak masa, ada yang dapat lagi murah dari tu. bagi jia dah ok dah. sebab masih dalam bajet lagipun kononnya nak membawa hati luar daripada KL.

jia selamat di Penang dalam 12.00 tengah hari. macam biasa ragam orang kita, kapal baru mendarat lepas tu masuk parking.. terus berebut-rebut nak keluar.. :) untuk kali ini, jia memilih untuk memulakan perjalanan dari Georgetown. untuk ke sana, boleh naik bas 401E dan kami pilih untuk turun dekat depan perhentian bas weld, konon nak makan dekat lebuh chulia.. sekali lupa la pulak hari tu hari jumaat.. bahahaha..

jadi kami pun menuju ke hotel untuk check-in. kali ini kami memilih untuk tidur di Guest House Thirty Three Steward Houze. hotel taraf untuk back packer ni harga untuk semalam hanya RM 35 untuk satu malam dan lagi suka bila dia ada tirai. jadi orang diluar tak nampak macam mana kita dalam tu :)



bilik air sangat bersih, walaupun bilik air perlu berkongsi..


perjalanan hari pertama bermula dengan... MAKAN... hehehe sebab masing-masing dah lapar. untuk jalan-jalan tambah lemak yang pertama ialah... Restoran Kapitan dekat Lebuh Chulia. nasib kami baik sebab kedai ni baru-baru je bukak lepas sembahyang jumaat, jadi orang tak banyak sangat.


 untuk kali ini, jia memilih Cheese Nan Set dengan air teh o ais limau. rasa dia? torbaek ar.. berbaloi dengan harga dia (RM12 tau uwaaa) tapi cheese dia banyak. ayam tandori not bad. bagi jia, mula-mula rasa masin sikit lepas tu pedas dan terakhir masam.. jadi, seimbang.. hehehe nasi beriani dia pun boleh tahan. dok kuis-kuis dalam pinggan yaya huhuhu.

tentu ada tahu pasal street art di Georgetown kan.. tapi disebabkan tujuan utama ke sini adalah MAKAN jadi bila terjumpa je. jadi banyaklah yang jia jumpa yang jenis wired :)




lepas sedap mencekik dekat Kapitan, niat di hati nak ke padang kota pula.. disebabkan risau pertambahan lemak dekat badan akibat makan saja, maka kami berjalan dari lebuh chulia ke sana disaat cuaca panas gila-gila.. makin golap lah den ni. oh, sepanjang dekat sana, awat makcik semua pakat sebut cheq orang pulau? cheq jawa tau makcik.. sepanjang perjalanan tu, asal nampak monumen je, jia snap. cantik la hai..




hajat dihati nak pergi muzium sebelah gereja.. tapi banyak pulak muzium yang tutup.jadi menapak pula ke Penang Time Tunnel ni.


 ok la.. tak ada la bosan sangat. sebab dia menceritakan sejarah tentang pulau pinang. tingkat atas pula ada 3d mural yang kita boleh tangkap gambar.


Yaya : Bila kau nak kawin ni?
Jia : Pedih.. Kuang Ajaq....


kalau ada yang berminat, silalah selalu lihat promosi dekat website dia, macam jia, jia dah print satu promotion yang ada dekat situ, jadi tiket  jia jadi RM13 sahaja.. selesai jalan-jalan, tekak pun rasa perit, macam nak minum sesuatu je. tiba-tiba teringat pulak coconut shake.. apa lagi jalan lah ke padang kota. dok pusing-pusing rupanya kami salah masuk food court.. waaa.... menapak lagi jauh rupanya...


akhirnya....... sampai juga huhuhu..


komen untuk air ni.. sangat sedap ok.. sangat sedap. siap tambah lagi secawan sambil curi-curi tengok macam mana dia buat air ni.. huhuhuhu tapi untuk air ni, sangat berbaloi jia menapak di bawah matahari yang sangat terik. tapi untuk ini.........

entahlah.. bagi jia, rasa macam nak tampar diri sendiri sebab makan mee ni. sangat-sangat manis bagi jia. sampai jia tercari-cari mana yang orang kata pedas. terbuktilah, tak semua punya rasa yang sama. sotong sebab dipotong halus maka rasa seperti makan getah je. untuk jia... tak mungkin datang semula untuk makan kali kedua.


untuk malamnya....... jia dah tak boleh nak masuk nasi. jalan punya jalan, kami pun pilih Restoran Tajuddin Hussein. er betul tak jia eja ni. jia pilih capati dengan ayam ros dan yaya makan murtabak ayam.. rasa? pasti akan datang lagi bila bercuti ke sini.. sangat sedap... :) orang kata kambing dia pun sedap, tapi masa jia datang.. kambing tak ada la... sedih..


perut dah kenyang.. balik lah,,, nak pi tidoq.. esok punya kita sambung nanti nooo....

Sunday, 28 February 2016

End of vacation..

Alhamdulillah.. i'm safely landing at klia2.. now heading to kl sentral via sky bus. My friend always said, go treat your broken heart.. find some good or cute guy.. blah blah blah.,, find your soul and so on even thou at my first attention just wanna be some traveler, try to make a plan using free map at airport, eat all you can at Penang.. it still can't make my heart be a lil' bit ok than before..

But.. for some kind of reason, thanks for giving me a lil' bit test in my life... I know at the end of my journey... I'm surprises to see my strength.. I will be okay sometimes..

I guess, I need to take a 'mandi bunga' hahaha.. I'm still can't make it to the next level in relationship.. guys, please... you will miss my dessert if you leave me.. bahahaha

Friday, 12 February 2016

Wanna be my teammate?


assalamualaikum,

pada sesiapa yang mencari kerja. marilah kiranya mencuba nasib pohon kerja di bawah satu bumbung dengan jia, kalau ikutkan jia, terbuka pada lelaki kacak saja (sini banyaaakkkk sangat perempuan, jadi kreativiti jia tersekat gitu..) hehe lawak saja.. pada siapa yang tidak tahu, ya di sinilah jia membanting keringat dan kenangan. tempat mencari rezeki.

apa dia MQA? mungkin lebih banyak informasi dapat di cari di dalam pakcik google. secara ringkasnya, MQA salah satu badan berkanun yang duduk di Kementerian Pengajian Tinggi. kalau anda merasakan kami seperti badan kerajaan yang lain yang boleh ada tea break atau coffee break, tahniah.. anda bakal bermimpi di siang hari. 

tapi kalau anda nak merasa hari isnin baju kurung, selasa baju t-shirt, rabu baju korporat, khamis baju batik dan jumaat baju tradisional.. marilah mohon. our target and work getting bigger and harder. jadi, siapa yang sukakan cabaran.. :) ayuh, mohon.

for more information, you can click here. you will find all the information that you need. please, come and join us.


Happy Bornday, My Chinggu!!

almost 7 years we have been friend since 2009.. happy bornday ana.. hope Allah grant all your wish, being happy no matter what.. and sorry.. your wish.. you want me to change my status to someone wife and mother still not granted.. hehe please extend your do'a or change to immediately hahaha .. :P









antara muka-muka sepanjang tahun 2009-2015..

Wednesday, 10 February 2016

Dapatkanlah Yang Terbaik... Awak!!


kadang-kadang..
menjadi yang terbaik itu bukan satu diantara pilihan..
tapi itu saja yang kita ada..
tapi itu pun tidak mencukupi..

atas alasan apa sekalipun..
saya, awak, kita dan mereka berhak bahagia..

tak mustahil kita akan jatuh pada orang yang sama berulang kali..
tak mustahil juga kita lebih bahagia dengan yang lain..

senyumlah..
bagai tiada hari esok..


Thursday, 28 January 2016

Maaf



akhir-akhir ni sangat sukar untuk mencari sedikit waktu.. untuk menaip sepatah dua rangkap dalam blog ni.. berhabuk sudah jadinya. pada siapa yang hantar twitter atau email berkaitan pulau dayang, beri saya waktu :) paling lewat pun dalam 5 atau 6 hari saya dah membalasnya. hari-hari pergi waktu gelap dan balik pun waktu gelap. kesibukan hakiki ditambah dengan jadi sebahagian daripada unit multimedia dan menjadi lebih sukar bila bengkak buku lali ni buatkan kesukaran bergerak pantas.

maaf andai tu follower blog dah berkurang (macam la den ni pemes).. huhu tapi destinasi seterusnya yang semestinya bajet ialah..... Pulau Pinang. kalau ada sesiapa yang selalu ke sana atau orang sana, boleh tak emel jia makanan yang sedap-sedap dekat sana.. huhu kalau boleh, kalau la ye.. emel dekat zeera.razak@gmail.com ye :) 

#harilanggardiet

Wednesday, 13 January 2016

Cuti Budget : Hong Kong (Hari Kelima dan Terakhir)

untuk hari terakhir ni, siap-siapkan beg tarik (kali ni hakak tak backpacker.. sakit nak kendong berat-berat). check-out awal pagi dari hotel dan terus tarik beg naik MTR. disebabkan fulus dalam kad dah tak cukup, buat je lah single journey, dan tentunya harga lebih mahal sedikit dari octopus. dekat hong kong, kebanyakkan yang ada di sini adalah warga Indonesia ataupun Filipina. sebab tu la masa kami dekat sini, orang sini pandang atas bawah, entah kenapa la. masalahnya orang sama kulit pun pandang sinis.. gelak-gelak sambil tanya nak ke mana sampai bawa tas. akak, saya nak balik rumah la. nun dekat Malaysia tu,. ^_-

dari MTR Mongkok kami tarik beg dan masuk ke tren untuk menuju ke perhentian MTR Tung Chung. namun sebelum ke sana kami perlu buat pertukaran stesen di MTR Lai King. dah pakai cantik-cantik tak kan la nak usung beg ke sana ke sini kan? jadi mesti nak campak beg ni ke tempat yang selamat. dekat sini ada dua pilihan sama ada simpan beg di CityOutlet atau di Ngong Ping Cable Car Terminal. tapi harga dua-dua tempat ini berbeza. jadi kami pilih yang lebih murah kadar sewaan iaitu di City Outlet. Tak jauh pun, tempat ni berdekatan antara satu sama yang lain.

kredit : discoverhongkong.com

city gate outlet menyediakan loker mengikut saiz beg dan diletakkan di tingkat B2 dan B3 dalam kompleks ni. kita perlu membayar deposit 2 jam dan pintu akan dibuka secara automatik. jadi kalau korang balik semula ke sini 4 jam selepas tu, korang cuma bayar bakinya sahaja baru dapat ambil semula beg masing-masing.


kredit : tripadvisor

kredit : tripadvisor

ok, destinasi kami pada hari terakhir adalah Ngong Ping 360. untuk pengetahuan semua, sini tempat untuk kita naik kereta kabel sambil melihat pemandangan yang indah di Lantau Island. masa kami sampai ni, rupa-rupanya ada tema hello kitty dekat atas puncak. 


ramai kan? ni sebab Ngong Ping ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan, jadi masa kami pergi ni memang hari yang ditunggu-tunggu untuk semua pengunjung.






mafla.. ehsan orang a.k.a Lys.. hahaha hakak lupa yang hakak nak naik gunung ni. boleh pulak pakai baju kain nipis, seluar pun sama. sarung tangan pun tinggal satu. sepanjang naik keatas.. mau kejang punggung sebab angin masuk melalui tempat duduk.. grrrrr....



 lihat? bumi Hong Kong masih lagi hujan. masa naik ni memang harap-harap dekat atas tak ditutup hanya sebab kabus tebal.. hakak datang dari jauh ni.






setelah 5 terminal di tempuh, akhirnya sampai juga dekat atas. masa ni memang dah rasa gigil sedikit.. siap cakap ahh nanti okay la... harapan tau.. harapan..


nampak panas kan? jadi dah la tak da risau sangat. rupanya angan-angan mak jenon je. kejap je panasnya.lepas tu keadaan jadi balik macam ni.

mendung... sejuk terasa sampai ke tulang. hidung dah start nak pecah je empangan hingus tu. just fikir, tak apa.. ada starbuck kat sini, nanti minum la koko panas.. dok sebut benda tu je.. last-last lupa.. waaa...

comel kan? antara patung hello kitty yang ada di situ.

masa ni macam masih tak percaya dah sampai ke bumi Hong Kong ni. rasa macam masih mimpi. Terima Kasih Allah, beri kesempatan untuk mengembara di bumi mu ini. orang lain semua pakai baju tebal, orang Malaysia ni (aku ler tu) bajet tahan sejuk sebab selalu makan pedas, tapi bukannya makan kari selalu pun. orang india dekat sini pun pakai baju sejuk tau dek non.

 lepas snap gambar dekat atas ni, dah rasa yang Lys dah takde dekat depan.. hurm mungkin dia dah jalan jauh rasanya. kaki ni pun melangkah la lagi depan dan depan dan depan lagi..
 sebelum nak ke wisdom path atau apa yang dekat atas, kita kena lalu pintu gerbang ni. maaf, jia lupa namanya namun dekat sini akan ada sepanjang laluan untuk ke atas, pahlawan-pahlawan china yang diletakkan di sini.


sebut keju!!

nampak kabus dekat atas tu. dan kenapa jia tak teruskan naik sebab satunya mencari si Lys dan keduanya cuaca sangat sejuk sampai kaki sakit-sakit sedikit. jadi jia ambil keputusan untuk duduk dahulu. dah sampai 20 minit pun tak nampak si lys ni, khidmat fb diperlukan hahaha.. jangan risau dekat sini wifi percuma dan kalau tak nak wifi, kad sim yang kita beli tu pun masih dapat coverage dekat atas ni.

akhirnya, ambil keputusan untuk patah balik ke tempat tadi dan rupanya si budak bulat ni duduk dekat tepi kucing ni dan take nab. tulah, dah kata jangan minum air sejuk selalu dekat sini.

perut dah keroncong dan minta sangat diisi, maka kami turun semula ke terminal. setakat waktu yang jia pergi, hanya ada satu kedai yang menawarkan makanan halal dekat Ngong Ping.

gambar : kredit pada openrice

 jia pilih roast chicken with rice dan air tea panas memang syiok sangat makan masa sejuk ni. jangan takut kalau tulis kedai halal, tapi masih ada jual alkohol sebab yang dijamin halal masakan yang di buat. boleh tak macam tu? T_T tak seperti di Malaysia, untuk dapat halal salah satu syaratnya tidak boleh ada benda-benda memabukkan dipamer di kaunter. halal mereka ni dapat daripada halal Hong Kong,jadi husnuzon la ye.


masa untuk pulang. kami kena sampai dekat lapangan terbang sebelum pukul 3 petang, jadi 12.30 ni dah sesuai la sangat untuk mulai beransur ke sana.

 bubye Lantau Island

kami ambil semula beg di Citygate Outlet. untuk pergi ke Lapangan Terbang anda boleh je pilih mana-mana pengangkutan awam yang ada dekat sini. rasa macam banyak duit, naik lah MTR (HK60 tau tak) atau pun teksi, namun kami pilih bas. sebab hanya perlu bayar HK3.50 seorang saja ye. salah satu bas yang boleh dinaiki ialah bas no S1 (station 1) yang terdapat dalam bangunan Citygate Outlet dan turunla dekat perhentian no 4.


dengan ini berakhirlah perjalanan kami di bumi hong kong yang penuh dengan barangan-barangan mewah. hahaha moga tidak dipengaruhi dengan bling-bling semua ni. namun dalam hati dapat rasa, aku akan kembali. mungkin berdua atau bertiga. kali ni misi pegang tangan orang yang dah halal.. hahaha.. selamat tinggal bumi hong kong.. indahnya matahari baru nak terbenam masa ni. lepas tu rasa bergegar-gegar sampai pilot tukar laluan.. rasa takut pula bila asyik berlanggar awan. jadi.. oklah.. dah habis dah hutang untuk bercerita pengalaman dekat sana. ok jumpa lagi..