cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Cuti Budget : Hong Kong (Hari Kelima dan Terakhir)

Wednesday, 13 January 2016

Cuti Budget : Hong Kong (Hari Kelima dan Terakhir)

untuk hari terakhir ni, siap-siapkan beg tarik (kali ni hakak tak backpacker.. sakit nak kendong berat-berat). check-out awal pagi dari hotel dan terus tarik beg naik MTR. disebabkan fulus dalam kad dah tak cukup, buat je lah single journey, dan tentunya harga lebih mahal sedikit dari octopus. dekat hong kong, kebanyakkan yang ada di sini adalah warga Indonesia ataupun Filipina. sebab tu la masa kami dekat sini, orang sini pandang atas bawah, entah kenapa la. masalahnya orang sama kulit pun pandang sinis.. gelak-gelak sambil tanya nak ke mana sampai bawa tas. akak, saya nak balik rumah la. nun dekat Malaysia tu,. ^_-

dari MTR Mongkok kami tarik beg dan masuk ke tren untuk menuju ke perhentian MTR Tung Chung. namun sebelum ke sana kami perlu buat pertukaran stesen di MTR Lai King. dah pakai cantik-cantik tak kan la nak usung beg ke sana ke sini kan? jadi mesti nak campak beg ni ke tempat yang selamat. dekat sini ada dua pilihan sama ada simpan beg di CityOutlet atau di Ngong Ping Cable Car Terminal. tapi harga dua-dua tempat ini berbeza. jadi kami pilih yang lebih murah kadar sewaan iaitu di City Outlet. Tak jauh pun, tempat ni berdekatan antara satu sama yang lain.

kredit : discoverhongkong.com

city gate outlet menyediakan loker mengikut saiz beg dan diletakkan di tingkat B2 dan B3 dalam kompleks ni. kita perlu membayar deposit 2 jam dan pintu akan dibuka secara automatik. jadi kalau korang balik semula ke sini 4 jam selepas tu, korang cuma bayar bakinya sahaja baru dapat ambil semula beg masing-masing.


kredit : tripadvisor

kredit : tripadvisor

ok, destinasi kami pada hari terakhir adalah Ngong Ping 360. untuk pengetahuan semua, sini tempat untuk kita naik kereta kabel sambil melihat pemandangan yang indah di Lantau Island. masa kami sampai ni, rupa-rupanya ada tema hello kitty dekat atas puncak. 


ramai kan? ni sebab Ngong Ping ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan, jadi masa kami pergi ni memang hari yang ditunggu-tunggu untuk semua pengunjung.






mafla.. ehsan orang a.k.a Lys.. hahaha hakak lupa yang hakak nak naik gunung ni. boleh pulak pakai baju kain nipis, seluar pun sama. sarung tangan pun tinggal satu. sepanjang naik keatas.. mau kejang punggung sebab angin masuk melalui tempat duduk.. grrrrr....



 lihat? bumi Hong Kong masih lagi hujan. masa naik ni memang harap-harap dekat atas tak ditutup hanya sebab kabus tebal.. hakak datang dari jauh ni.






setelah 5 terminal di tempuh, akhirnya sampai juga dekat atas. masa ni memang dah rasa gigil sedikit.. siap cakap ahh nanti okay la... harapan tau.. harapan..


nampak panas kan? jadi dah la tak da risau sangat. rupanya angan-angan mak jenon je. kejap je panasnya.lepas tu keadaan jadi balik macam ni.

mendung... sejuk terasa sampai ke tulang. hidung dah start nak pecah je empangan hingus tu. just fikir, tak apa.. ada starbuck kat sini, nanti minum la koko panas.. dok sebut benda tu je.. last-last lupa.. waaa...

comel kan? antara patung hello kitty yang ada di situ.

masa ni macam masih tak percaya dah sampai ke bumi Hong Kong ni. rasa macam masih mimpi. Terima Kasih Allah, beri kesempatan untuk mengembara di bumi mu ini. orang lain semua pakai baju tebal, orang Malaysia ni (aku ler tu) bajet tahan sejuk sebab selalu makan pedas, tapi bukannya makan kari selalu pun. orang india dekat sini pun pakai baju sejuk tau dek non.

 lepas snap gambar dekat atas ni, dah rasa yang Lys dah takde dekat depan.. hurm mungkin dia dah jalan jauh rasanya. kaki ni pun melangkah la lagi depan dan depan dan depan lagi..
 sebelum nak ke wisdom path atau apa yang dekat atas, kita kena lalu pintu gerbang ni. maaf, jia lupa namanya namun dekat sini akan ada sepanjang laluan untuk ke atas, pahlawan-pahlawan china yang diletakkan di sini.


sebut keju!!

nampak kabus dekat atas tu. dan kenapa jia tak teruskan naik sebab satunya mencari si Lys dan keduanya cuaca sangat sejuk sampai kaki sakit-sakit sedikit. jadi jia ambil keputusan untuk duduk dahulu. dah sampai 20 minit pun tak nampak si lys ni, khidmat fb diperlukan hahaha.. jangan risau dekat sini wifi percuma dan kalau tak nak wifi, kad sim yang kita beli tu pun masih dapat coverage dekat atas ni.

akhirnya, ambil keputusan untuk patah balik ke tempat tadi dan rupanya si budak bulat ni duduk dekat tepi kucing ni dan take nab. tulah, dah kata jangan minum air sejuk selalu dekat sini.

perut dah keroncong dan minta sangat diisi, maka kami turun semula ke terminal. setakat waktu yang jia pergi, hanya ada satu kedai yang menawarkan makanan halal dekat Ngong Ping.

gambar : kredit pada openrice

 jia pilih roast chicken with rice dan air tea panas memang syiok sangat makan masa sejuk ni. jangan takut kalau tulis kedai halal, tapi masih ada jual alkohol sebab yang dijamin halal masakan yang di buat. boleh tak macam tu? T_T tak seperti di Malaysia, untuk dapat halal salah satu syaratnya tidak boleh ada benda-benda memabukkan dipamer di kaunter. halal mereka ni dapat daripada halal Hong Kong,jadi husnuzon la ye.


masa untuk pulang. kami kena sampai dekat lapangan terbang sebelum pukul 3 petang, jadi 12.30 ni dah sesuai la sangat untuk mulai beransur ke sana.

 bubye Lantau Island

kami ambil semula beg di Citygate Outlet. untuk pergi ke Lapangan Terbang anda boleh je pilih mana-mana pengangkutan awam yang ada dekat sini. rasa macam banyak duit, naik lah MTR (HK60 tau tak) atau pun teksi, namun kami pilih bas. sebab hanya perlu bayar HK3.50 seorang saja ye. salah satu bas yang boleh dinaiki ialah bas no S1 (station 1) yang terdapat dalam bangunan Citygate Outlet dan turunla dekat perhentian no 4.


dengan ini berakhirlah perjalanan kami di bumi hong kong yang penuh dengan barangan-barangan mewah. hahaha moga tidak dipengaruhi dengan bling-bling semua ni. namun dalam hati dapat rasa, aku akan kembali. mungkin berdua atau bertiga. kali ni misi pegang tangan orang yang dah halal.. hahaha.. selamat tinggal bumi hong kong.. indahnya matahari baru nak terbenam masa ni. lepas tu rasa bergegar-gegar sampai pilot tukar laluan.. rasa takut pula bila asyik berlanggar awan. jadi.. oklah.. dah habis dah hutang untuk bercerita pengalaman dekat sana. ok jumpa lagi..




No comments: