untuk hari keempat ni. masing-masing terlajak tidur. sedar-sedar dah terang je dekat jalan mongkok tu. dengan badan yang sakit dan sengal-sengal ni bangkit la juga sambil masak air untuk sarapan nanti. untuk kali ni tak ada la terkejar-kejar sangat. tapi hari mendung je sepanjang pagi. sejuk? jangan cita la.. kalau dah kawin, mau bengkak tangan suami den genggam sebab sejuk.
ramai dah tau yang Avenue of Star dah tutup 3 tahun dari bulan November 2015 sampai lah 3 tahun lagi. mula-mula dah rasa kuciwa dah masa dekat Malaysia sebab ingat macam mana nak buat posing ala-ala Bruce Lee. tapi terubat la sedikit bila ada sebahagian monumen dan cap tangan tu diletakkan di Garden Of Star. (untuk ke sini, ambil MTR dan turun dekat MTR East Tsim Sha Tsui ikut L6. Berjalan keluar ke P1. terletak depan East Tsim Sha Tsui Waterfront). jadi ikut saja tanda arah ke sana. nanti nampak la yang di bawah ni.
kalau berani.. meh la lawan.. meh la..
nampak tak awan yang sentiasa mendung tu. sebenarnya waktu ni angin agak kuat. dah berapa kali ntah jia tercampak ke belakang, tudung ternaik-naik masa dekat sini. jadi sangat-sangat senang hidung ni merah macam badut. asyik bersin aja. sekali tu dekat sini hujan lebat + angin kuat.. waa.. untuk tidak buatkan kami lencun dan terbang ala-ala superman pencen, terpaksalah menumpang teduh dekat bawah kedai. tengok hujan dah jadi renyai je terus kami redah la juga. kali ni kami ke Starry Gallery.
starry gallery ni dipamerkan sejarah-sejarah industri perfileman Hong Kong dari tahun 1960-an hingga la ke hari ini. yang saya berdiri dekat depan ni filem yang sangat jia sukai dulu. untuk ke sini (sekiranya dari Garden Of Star) ada satu tangga yang terletak sebelah Sogo B1F. dalam subway ni lah diletakkan semua benda ni. pagi ni kami hanya berkejaran di tempat Percuma sahaja.. hahaha.
destinasi seterusnya dekat sini. tapi disebabkan tak ada rasanya benda yang best masa kami pergi (hanya ada pementasan nutcracker) cukuplah sekadar bergambar saja. tempat-tempat ini terletak berdekatan satu sama yang lain, jadi jangan risau.
muzium ni terletak bersebelahan dengan Museum of Art (ditutup untuk penambahbaikan) jadi dia juga bersambung dengan harbour di sini. salah satu tempat untuk naik bot untuk ke Hong Kong Island.
masih lagi mendung dan angin kuat. dalam hati nasib baik dah pergi Macau semalam. jadi fuhhhh...
kabus.. kabus..
clock tower antara monumen yang terkenal dekat Hong Kong. terpaksa cari tempat yang jauh sedikit untuk tangkap gambar. nampak mata? migraine mula datang pada waktu ini. macam mana ke sini? anda hanya perlu jalan ke depan dan depan lagi.. :)
1881 Heritage. ni adalah bangunan pentadbiran (kalau tak silap saya) yang sekarang dah tukar ke hotel 5 bintang. mula-mula dah terlepas jalan sebab tengok la hiasan dia.. besar okay.. :)
ni lah bangunan yang dicari-cari. sangat cantik tapi tak mampu lah dik nak masuk ke dalam apa lagi nak tidur situ. awak, awak... nanti honeymoon dekat sini ek ek.. #matilanak
jam menunjukkan pukul 11.20 tengah hari dan kami bercadang untuk ke Noonday Gun. setiap jam 12.00 tengah hari, mereka akan lepaskan bunyi tembakan dari meriam ni.
untuk ke sini dari 1881 heritage, kena patah balik semula ke MTR untuk turun di MTR Causeway Bay. Cadangan kami untuk ke sini dahulu sebelum ke Masjid Ammar & Osman Raju. Maka masa di MTR kami memilih untuk keluar di Exit D1 dan dalam banyak keputusan yang diambil, keputusan ni lah antara yang tidak bijak yang kami ambil. T_T (jangan risau, akan ada petunjuk arah untuk ke sana)
kami terlepas masa tembakan tu. sebab kami sampai 12.05 tengah hari. jadi bergambar saja lah yang boleh kami lakukan. tapi tempat ini hanya di buka pada hari dan waktu tertentu saja ya. lepas dah bergambar, kami ambil keputusan untuk ke Masjid Omar sebab perut dah bergelodak. masa ni lah kami baru sedar yang untuk ke Exit A iaitu ke Masjid ni kena touch dulu kad octopus, (potong duit waaa) untuk ke sana sebab jalan keluar ni berlainan tingkat. dan nak dijadikan cerita, menapak ke exit A ni seperti nak naik bukit.. tinggi nya.. masa dalam perjalanan ke sana, ada pameran lego dekat Times Square. Masa ni dah hujan rintik-rintik. nampak benar kemeriahan star wars dekat sini.
kami memilih jalan pintas untuk ke masjid. time square jalan terus hingga nampak flyover, lintas di bawah flyover dan kita akan sampai ke Bowrington Market. jalan di dalam kawasan kedai-kedai kecil di pasar hingga ke jalan besar (Jalan Wan Chai) . Jalan Ke depan hingga nampak Hotel Chaterhouse. akan ada tangga menuju ke atas dan kita akan nampak masjid tersebut. maaf tiada gambar saat di sini sebab dalam keadaan lapar dan sibuk mencari meja kosong serta makan. untuk ke kantin, ianya di tingkat 5.
sekiranya tujuan ke sini untuk dim sum (tak kira yang stim mahupun goreng), sila lah beratur dekat depan kaunter makanan sambil pegang menu dan tunjukkan dekat dia. tapi untuk ala carte atau menu yang lain, sila lah mengangkat tangan dan panggil untuk order tapi bersedialah dari awal yang mereka ni baik cuma bukanlah lemah lembut macam kita (husnuzon). untuk dim sum, ia hanyalah dari 12.00 tengah hari - 2.00 petang tetapi untuk yang lain tak ada masalah. untuk 2 orang makan ada 8 bekas stim, 2 air lemon tea ais (sesejuk minum ais, hebat) dan 1 mangkuk sus dumpling bayam seorang hanya keluar HK84 dan bagi jia itu cukup berbaloi. (saya tak boleh masuk sangat dengan dim sum ni, jadi awak.. sila jangan bawa saya untuk makan ini)
perancangan awal, lepas makan nak ke Soho yang terkenal dengan Mid-Level Escalator. tapi kali ini kami tiada berjodohan sebab hujan turun sangat lebat dan kami memilih untuk turun semula ke jalan besar (wanchai) untuk naik teksi ataupun bas. lama-lama kami memilih naik bas sebab waktu ni jalan mula sibuk di hong kong dan macam sayang duit nak bakar dalam teksi tu. tapi, maaf. memang terlupa nombor bas, tapi jangan risau. setiap bas akan ada stesen MTR yang terdekat dan kami memilih untuk turun di MTR Admiralty untuk ke destinasi seterusnya.
The Peak Tram
untuk ke sini, kami turun di MTR Central, keluar di J2 dan berjalanlah kaki di sepanjang Charter Garden di saat hujan turun lebat. jadi tema pada hari ini sejuk dan lencun. perlu melintas di jalan yang basah dan licin serta mendaki ye. jangan risau sebab sini penunjuk jalan memang banyak. cuma sayang, ada terserempak dengan a few family from Malaysia dan betullah orang cakap. orang kita kalau dekat luar negara memang banyak yang berlagak. no need to speak in British tone because I know where you from. huh. bila nampak yang dekat atas ni, sila lah gunakan tiket yang dah dibeli awal untuk beratur nanti.
nampak tak ini hanya sedikit umat yang sempat di snap. ni tram baru sampai dan bagi penumpang yang lain turun dahulu baru lah kami dapat naik. tapi entah kenapa la tiket jia ni dari nak masuk sampai nak balik, tak boleh jugak scan. ish ish ish..
muka yang sangat penat, sejuk dan sakit kepala..
nampak tak kabus ni? masa ni masih belum berhenti hujannya. jadi tak nampak kota hong kong dari dalam tram. tujuan utama untuk naik tram ni, selain dari nak tengok pemandangan hong kong dari atas bukit, jia sebenarnya nak pergi ke Madame Tussaud. ada juga ke Hard Rock dekat sini, cukuplah dapat beli fridge magnet. hehe.. ok Madame Tussaud ni terletak di dalam Peak Tower. alamatnya Shop P101, The Peak Tower, No. 128 Peak Road, The Peak, Hong Kong.
jangan risau, nanti bila dah turun dari tram, akan nampak lah penunjuknya. sedikit info, sebenarnya dekat peak tower inilah cenderahati boleh dapat dalam harga yang murah dari mana-mana pasar malam yang lain. untuk baju t-shirt. kualiti di sini lebih bagus dari tempat lain. ok waktu untuk kesengalan melanda :)
errr hadek malu la kak
jangan bash saya. saya cuma tau satu lagu ja dari kumpulan ni.. huhuhu
haaiiipppp... wacaaaa...
ampun.. ampun..
macam tak masuk je bola tu..
aaaaaaaaaaaaaaa....
1, 2, 3
kita ngintai anak makcik timah yang handsome tu ye..
dengan kuasa bulan...... eh macam salah je
terbang monyet.. terbang..
dare to mess up with me?
dah penat berjalan sambil mengambil gambar masing-masing dan bertolak-tolakan.. hahaha maka kami ambil keputusan untuk keluar dan rasa macam nak tengok pemandangan.. naik la escalator dan naik serta naik lagi sampai la tempat untuk scan tiket dan naik sekali lagi ke atas.
waktu ni hujan masih turun dengan lebat dan jia (walaupun pakai satu aja sarung tangan) memang dah menggigil dah. kenapa lah pakai seluar yang tak tebal dekat sini. waaa... nampak macam dah gelap kan? tapi sebenarnya baru jam 5 petang di sini.
selalunya bila dah sampai dekat atas ni, ramai la yang akan tulis di kad dan gantung kengkononnya sebagai penguat cinta katanya atau pun harapan. tapi cukup kita sekadar menulis, bukan bulat-bulat percaya ya.
jangan bagitau mak jia ye.
p/s : awak.. ye awak yang jauh tu.. dah janjikan dulu.. mana awak? mana???
masih hujan dan cuaca dah makin sejuk
dah balik dah.. penat ada.. nak demam pun ada. bila turun je dekat bawah, punyalah ramai umat yang beratur nak naik atas. mak aihh tak larat la hakak nak naik lagi. kali ni nak berjalan, si Lys dah tak larat nak jalan kaki ke MTR Central. maka kami naik bas dekat perhentian bas ni dah turun di MTR Admiralty dan balik semula ke MTR Mongkok.
pusat beli belah Line. baru dibuka. nampak bila lalu sekitar area mong kok. dekat HK, SASA dan guardian memang banyak. tapi dekat sana diaorang tak guna nama guardian, tapi nama lain. hakak dah malas nak berjalan-jalan. kepala ingat maggie cup tom yam je. berjalan lah untuk makan malam. misi untuk makan 1 hari je dekat luar.
No comments:
Post a Comment