Thursday, 23 June 2016
its so cool..
Monday, 6 June 2016
Salam Ramadhan Al Kareem..
Friday, 3 June 2016
kisah dan kesah
Thursday, 19 May 2016
Letih
aku dah kata tak mau lagi terlibat dalam mana-mana kisah.. walau aku tak buat apa pun, akhirnya aku dekat tengah-tengah..dah aku kata.. suka tu luas.. dan bagi aku, hanya sekadar penampilan. berhenti sajalah takat situ.. aku dah penat.. penat main permainan macam ni..
dengar dah ada.. bagus la.. tapi kenapa makin menjeling.. eh tengok la.. dari dulu mesej sekadar tentang tuntutan kerja.. lepas tu, tak pernah sekali pun mesej untuk mengada... tak tak itu bukan aku.. nak mengendeng hanya untuk apa? sekadar untuk bagitahu aku begini dan si dia begitu ke?
jangan susah.. antara sana dengan aku.. tak perlu untuk letak bersebelahan.. aku boleh katakan secara terus.. aku memang kalah dari segala segi.. tapi itu kalau kau ukur dari segi luaran.. kalau aku nak, aku boleh kata secara berdepan.. hakikatnya... aku tau ia tak berbaloi.. aku, bila dah terluka.. tak kisah la sebab perpisahan, aku tak terhegeh untuk terus tercari-cari ganti.. aku jenis setia bro..
kelakar.. orang bersama untuk lebih luaskan pergaulan.. tapi kesian, bila terbalik.. garinya tak nampak tapi hakikatnya terkongkong.. hakikatnya.. kalau susah.. yang di cari kawan dulu.. tapi dengan kawan lain pun kau tangkis hanya kerna kasih yang belum pasti..
ye.. aku akui.. dan aku sentiasa mengaku.. aku ini gadis yang punya lebihan lemak.. kulit sedikit gelap dan tidak suka bergaya di pejabat.. tapi aku tau jiwa aku besar, lebih besar dari fizikal aku.. sabar aku tebal sedikit dari baju yang selalu aku pakai.. kalau kau lihat kekurangan itu,, itu ajalah yang kau dapat.. kenal aku.. tanya aku.. borak dengan aku.. kau akan lupa semua kekurangan tu,,
tak apalah.. hakikatnya,, kau bukan orang yang aku hadap pun dari mula.. tapi berhentilah.. aku makin penat melayan sikap kebudak-budakkan daripada orang yang sepatutnya matang seiring dengan usianya..
*orang yang selalu mendongak ke langit, hanya menanti untuk jatuh tergolek ke tanah*
#bukanratuuniverse
#kaubukanherodunia
Wednesday, 4 May 2016
Hye All
Assalamualaikum and happy Wednesday.. Lama dah tak coretkan sedikit tinta. Jia agak sibuk dalam bulan ni.. dengan kursusnya, dengan ke perlis untuk csr.. Alhamdulillah sihat semuanya dan sedikit penat serta gelap hehe.. Ramai kata dah susut sikit, mungkin faktor penat dan kurang minum air putih. semoga El nino cepatlah berlalu ya..
**orang jerman apa khabar? :) **
Friday, 8 April 2016
Cuti Budget : Penang ( Hari Kedua )
cendol? memang sangat sedap. asam laksa pun boleh tahan.. cuma bila dah jadi sejuk rasanya sangat masam.. lepas makan, terus je singgah dekat Jeruk Pak Ali untuk beli jeruk yang sangat sedap dan tak masam. rasa macam sikit sangat je beli hari tu. selesai masukkan jeruk dalam beg, apa lagi hangkut beg dan terus menuju ke Batu Feringgi. ikutkan jia tak mau ke sini, tapi mengenangkan si yaya ni nak, maka menapak la kami ke sana.. :) dari perhentian bas dekat KOMTAR ke Batu Feringgi, boleh naik bas 101 atau 102. kami naik bas 102 dan berhenti di Eden Plaza. dekat Batu Feringgi, kami duduk di My Budget Home. tapi mungkin bagi kami, itu bukan hotel/guesthouse yang bagus. perlu tukar tuala yang mereput dan banyakkan lagi lampu..
batu feringgi terkenal dengan pasar malamnya. tapi bagi pendapat jia, pasar malam dekat KL lebih murah dan lagi banyak pilihan. harga buka je dah lagi mahal dari KL. tapi kedatangan ke sana untuk cari satu makanan yang banyak orang kata sedap..
Tuesday, 5 April 2016
Down
Thursday, 17 March 2016
Cuti Bajet : Penang (Hari Pertama)
jadi, kami bertemu dekat kl sentral. naik skybus ke sana. sebab naik bas pergi balik lagi murah dari naik klia ekspress.kami dapat pergi balik dalam RM15.00+- jumlah tiket pergi balik dan bas Rm117.92 jadi berbaloi rasanya. kalau ada banyak masa, ada yang dapat lagi murah dari tu. bagi jia dah ok dah. sebab masih dalam bajet lagipun kononnya nak membawa hati luar daripada KL.
jia selamat di Penang dalam 12.00 tengah hari. macam biasa ragam orang kita, kapal baru mendarat lepas tu masuk parking.. terus berebut-rebut nak keluar.. :) untuk kali ini, jia memilih untuk memulakan perjalanan dari Georgetown. untuk ke sana, boleh naik bas 401E dan kami pilih untuk turun dekat depan perhentian bas weld, konon nak makan dekat lebuh chulia.. sekali lupa la pulak hari tu hari jumaat.. bahahaha..
jadi kami pun menuju ke hotel untuk check-in. kali ini kami memilih untuk tidur di Guest House Thirty Three Steward Houze. hotel taraf untuk back packer ni harga untuk semalam hanya RM 35 untuk satu malam dan lagi suka bila dia ada tirai. jadi orang diluar tak nampak macam mana kita dalam tu :)



Sunday, 28 February 2016
End of vacation..
Alhamdulillah.. i'm safely landing at klia2.. now heading to kl sentral via sky bus. My friend always said, go treat your broken heart.. find some good or cute guy.. blah blah blah.,, find your soul and so on even thou at my first attention just wanna be some traveler, try to make a plan using free map at airport, eat all you can at Penang.. it still can't make my heart be a lil' bit ok than before..
But.. for some kind of reason, thanks for giving me a lil' bit test in my life... I know at the end of my journey... I'm surprises to see my strength.. I will be okay sometimes..
I guess, I need to take a 'mandi bunga' hahaha.. I'm still can't make it to the next level in relationship.. guys, please... you will miss my dessert if you leave me.. bahahaha
Friday, 12 February 2016
Wanna be my teammate?


Happy Bornday, My Chinggu!!












































