cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Pakaian Cantik, Biarlah Kelakuan Pun Sama Cantik

Wednesday, 22 June 2011

Pakaian Cantik, Biarlah Kelakuan Pun Sama Cantik

assalamualaikum.. annyeonghaseyo..
dangsin-i geuliwo.....
lama dah tak update entri baru..
banyak benda yang ingin dikongsi..
sharing is caring, right?
tapi kekangan masa..pergh..
kerja yang kadang-kadang memenatkan..
dan semester yang dah bermula..
buatkan jari jemari malas menekan keyboard..

ok..kembali ke tajuk entri..
samada sedar atau tidak..
suka atau tak..
first impression..
bermula daripada pemakaian seseorang..
cakap lah apa sahaja yang kita rasa kenyataan ini salah..
tapi inilah permulaan pemikiran kita terhadap seseorang..

stop the introduction..
sedar atau tidak, jika kita seorang wanita yang memakai hijab dikepala akan sentiasa diperhatikan tindak tanduk kelakuan kita..
pernah dengar tak ayat "harap pakai tudung je, tapi perangai macam ......."
benar, kita tak boleh harapkan yang memakai hijab tu baik dan sempurna.
tapi adalah menjadi tanggung jawab kita (samada pakai hijab atau tidak)
menjaga perlakuan kita di depan orang ramai..
bukan lah cemburu sebab kau ada teman lelaki (macam la kau seorang je yang ada)
tapi dalam lrt yang agak kosong (yang orang lain dari segenap sudut boleh nampak)
kau melentok sana-sini..
peluk pinggang.. suara mengada-ngada..
sedar atau tak..
didepan kau tu mak-mak orang..
lihat diri kau macam rendah jek..
orang berbisik-bisik..

tapi sayang sebab kau macam tak ada rasa malu jek..
lai orang perhati.. lagi kau lebih...
sayang 100 kali sayang..
lelaki tak apa-apa.. kau yang lagi lebih..
kaum lain pandang dan senyum sinis...
ini ke islam yang kau rasakan??

maaf, saya bukan insan yang sangat baik..
hijab saya masih belum permanent sangat (dan saya sekarang berusaha untuk terus memakainya)
tapi sepanjang saya berumur 25 tahun.. saya sentiasa menjaga pergaulan sebab kalau saya tak suka orang buat macam tu, tak akan saya pulak nak buat..
suka atau tidak.. inilah realiti yang buat orang pandang sinis pada wanita yang berhijab..
bila hijab hanya sebagai perhiasan dan bukannya kerana wajib memakainya..
benda-benda ini yang terjadi..

moga kita semua (saya dan pembaca blogger)
berusaha untuk menghindari fitnah..
tak siapa suka difitnah dan dingata kan??
renung-renungkan dan saling mengingati...
annyeong!!!

No comments: