cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Cuti Budget..Singapura (Bahagian 1)

Saturday, 24 December 2011

Cuti Budget..Singapura (Bahagian 1)

wohoooo... diam tak diam dah nak hampir ke tarikh bercuti.. kali ni destinasi terpilih ialah... dumm dumm dumm (drum roll please) huhu negeri kota singa... SINGAPURA!!!

bagi sesetengah orang mesti cakap ele apa ada dengan singapura.. dekat la ape la.. naik kapal terbang 45 minit sampai.. ye.. memang la.. tapi korang tak pergi-pergi jugak... so better shut up.. huhuu...

nak ke kota singa ni a.k.a kota telan duit (istilah jia) mula-mula bukan lah perancangan awal jia.. kalau anda leh jenguk-jenguk ke blog jiran sebelah partition ku cik julita, orang lain yang bercadang nak pergi tapi orang lain yang pergi.. :) dari nak duduk JB je akhirnya duduk di Singapura..

percutian kali ni adalah percutian budget.. (budget bagi sana... mewah bagi ke negara lain) tarikan utama sebab jia nak ke sana adalah UNIVERSAL STUDIO SINGAPURA (USS). baiklah!!! mungkin ramai yang dah pergi tapi CJ (cik jia) belum hokaayyyy.. (T_T)

bagi sesiapa yang punya kad kredit.. ticket boleh dibeli di beli di sini.. matawang mestilah SGD.. bagi yang biasa-biasa macam CJ ni anda boleh membeli melalui agen-agen di malaysia.. bagi CJ dan rakan-rakan.. kami memilih cuti.com sebab bila di tengok-tengok tiket lagi murah disitu..

jadi tiket dah sudah.. ops lupa.. kami pilih naik kapal terbang sebab malas nak turun naik bas untuk pemeriksaan kastam.. sebab sangat sayangkan lemak-lemak kami.. hehe (sila jangan gelak kuat-kuat) CJ and friend memilih untuk terbang dengan AIRASIA.. nak naik MAS masih tak mampu ye.. huk huk huk.. sedih.. (T_T) tapi kalau kawan-kawan semua tak nak naik AIR ASIA.. masih ada pilihan tambang murah yang lain.. kalau untuk ke Singapura boleh juga untuk pilih JETSTAR atau TIGER AIRWAYS. jadi sila-sila lah rajin untuk melihat tiket-tiket murah yer.. ok done with part 1.. after this, CJ will update entry about lodging.. tungguu!!!

No comments: