salam untuk semua.. kali ni entri agak serius sikit.. =) bila kita dah habis je SPM mesti banyak surat la, katalog la pasal kursus dari IPT yang akan sampai dekat kotak pos yang tak berapa besar depan rumah kita tu.. saru hari mau 5 6 surat kan? sampai kita naik letih..
bagi siapa yang tak ada rasa nak sambung belajar, sila kumpul kertas-kertas tu pergi jual.. ada juga hasilnya, kan? :) bagi sesetengah orang yang nak melangkah setapak lebih tinggi dari sebelum ni.. memang akan teruja dengan katalog-katalog ni.. CJ pun mengalami benda yang sama 7 tahun lalu.. (oh dah tua rupanya.. T_T ) dan secara jujurnya dulu CJ tak tahu yang Akreditasi tu rupanya sangat penting sampai lah CJ bekerja di sini (ini bukan entri bodek ye incik BOSS).
apa itu akreditasi?
Akreditasi merupakan satu perakuan rasmi kepada IPT bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan standard yang ditetapkan oleh MQA. (sumber laman web MQA)
kenapa perlu akreditasi?
untuk sesiapa yang punya hasrat untuk memasuki profesion dalam perkhidmatan awam, kursusnya wajib ada akreditasi sebab kalau tak ada program itu tidak diiktiraf dalam jawatan awam. dan sekarang kebanyakan syarikat GLC dan swasta yang besar amat menitik beratkan syarat ini. akreditasi ini tak terhad pada IPTS semata-mata.. MQA pun menjalankan penilaian di IPTA sebab tu CK beritahu awal-awal tadi IPT.
dimana nak semak?
boleh semak di laman web rasmi MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) di www.mqa.gov.my dan pilih kotak yang tertulis MQR (Malaysia Qualification Register) atau klik di sini
MQA banyak terima panggilan yang kursus mereka tak dapat akreditasi dan sekarang dah susah nak ke mana dan nak cari kerja.. CJ harap anda bukan diantara mereka.. tolong semak untuk masa depan anda... =)
No comments:
Post a Comment