cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Be strong, my sweetheart

Friday, 16 November 2012

Be strong, my sweetheart

Oh ini bukan entri untuk kekasih.. Tidak.. Aku masih berpegang pada prinsip selagi tak ada hubungan tunang atau suami isteri, aku tak akan dedahkan siapa dia di blog. Bagi aku, biarlah dah betul laluan dan memang aku jadi miliknya yang sah baru boleh. Sebab kalau tak jadi, malu aja... Jadi bakal suami ku, tabahlah anda.. Kisah cinta sebelum nikah tidak elok di war-warkan.. Takut lepas nikah tak manis pula rasanya.. Kelat jek.. Hihihi... Itu apa yang aku rasa, mungkin yang lain punya pendapat berbeza dari aku :-)

Lupakan sebentar tentang itu, salah satu yang bertahta dalam hati aku ialah keluarga aku termasuklah anak-anak buah aku. Untuk entri yang lepas ada aku ceritakan sedikit tentang anak buah aku yang kena buat pembedahan.. Alhamdulillah, ni gambar selepas pembedahan. Rasa nak nangis bila tubuh kurus dan kecil tanggung kesakitan ni.. Tapi Anya tahu abang adie kuatkan. Langsung tak menangis teruk. Dan sekarang tiub dan wayar tu dah dikeluarkan dalam badan.. Syukur berjaya dan sekarang proses untuk bagi jahitan tu kering aja. Tapi anak buah aku kena cakap perlahan-perlahan.. Tapi yang paling menyentuh hati aku, bila aku demam teruk. Aku baring sebelah dia. Dia usap kepala aku dan bisik dekat aku yang dia sayangkan aku. Bila aku bawaj dia berjalan dekat Carefour dan bagi dia ambil apa yang dia nak. Bila nak balik rumah dia, dia salam dan cium pipi aku sambil cakap dia seronok dapat naik kereta aku.. Cepat baik ye sayang :-) nanti Anya bawak awak pergi beli beg sekolah ye. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments: