cookieChoices = {}; * C.J Diary *: untungnya menjadi kanak-kanak

Friday, 16 November 2012

untungnya menjadi kanak-kanak

Saat jam menginjak ke 5.50 petang, aku dekat taman permainan dekat dengan rumah. Melayan kerenah anak buah aku yang nak sangat pergi taman permainan, jadi turutkan aja walau badan dah memang tak larat. Tapi sekurangnya boleh tenangkan fikiran.

Kenapa aku kata untung? Waktu kanak-kanak, tiada istilah takut melakukan sesuatu, orak cuma fikirkan mencari kawan dan melakukan perkara-perkara yang seronok. Tiada istilah tikam belakang atau mencari peluang untuk menjatuhkan orang lain. Paling lambat tak kawan pun 5 minit, lepas tu bersalam dan berkawan semula. Semangat tolong-menolong amat tebal waktu bermain... Tapi??

Aku masih tertanya-tanya.. Mana hilangnya semangat ni bila kita membesar? Dekat mana sifat tu terhakis? Akhirnya persoalan itu akan datang kembali pada kita. Bagaimana cara kita dibesar dan membesar. Dan kalau ada yang salah di antara itu, mahu kah kita mencorakkan anak dan generasi kita seperti itu?

*just asking myself*

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments: