Lagi beberapa minit, akan melangkah lah kita ke tahun baru.. Cukup ke apa yang di buat? Bagi aku memang tak cukup. Sebab aku rasa aku masih boleh dapatkan keputusan lebih baik untuk diriku, tapi aku redha. Kudratku sampai di situ. Azam? Semua orang tanya aku. Azam tahun ni apa, azam tahun lepas tercapai tak? Blaa blaa blaa dan blaa.. Dulu, ya.. Aku memang akan fikir ermm tahun ni nak azam aku nak buat itu dan ini.. 6 bulan kemudian... Aku boleh lakukan.. Yakin boleh!!! 6minit nak masuk tahun baru.... Ah buang masa lah azam tahun ni, nak bawak ke depan la.. Silap-silap sampai 6 tahun azam aku tu dah jadi zam zam ala kazam jawabnya.
Tak salah, sapa kata salah nak azam atau mohd azam..(erkk??) don't get me wrong. I never say it wrong.. Wehuuu nehi la.. Azam ni matlamat dan impian la bro.. (bro mangkuk hang.. Aku pompuan la) ala-ala target untuk kita capai.. Niat kan dah dapat pahala.. Betul, tapi kalau sekadar niat aje, bila nak tertunai.. Kalau niat benda betul ok la, kalau yang menyimpang?? Ini serius.. (aku sangat merindui wonderpet)
Terpulang pada individu. Kita punya rasa dan matlamat yang berbeza. Bagi aku. Tidak perlu azam yang hanya di sebut sekali setahun lepas mercun meletup dok pekik selamat tahun baru, lepas habis mercun azam pun dah ke laut. Cukuplah sekadar diri ini menjadi lebih baik pada esok hari berbanding semalam, dan tidak menjadi lebih teruk dari kelmarin. Kita punya pilihan untuk melakukan kebaikan atau keburukan pada malam tahun baru.. Aku?? Duk atas katil lagi syiok. Selamat tahun baru. Moga menjadi orang yang baru bukan hanya pada penampilan, tetapi dalaman juga ya..,
Salam manis
-C.J-
No comments:
Post a Comment