cookieChoices = {}; * C.J Diary *: happy birthday.... to me!

Thursday, 13 December 2012

happy birthday.... to me!

Dengan rasa syukur pada mu Ya Allah, aku titipkan segala puji-pujian pada Mu kerna memberikan aku satu lagi kesempatan bernafas pada hari lahir ku. Pada sesiapa yang memberikan ucapan tahniah dan ucap selamat, hanya Alah yang dapat,membalas budi dan jasa  anda semua.. Untuk yang tidak menyukai, setiap hari aku berdoa untuk mengurangi rasa benci dan mencambahkan perasaan sayang antara kita. Moga kita tak tergolong antara orang yang punya hati yang gelap dan busuk antara kita.

Bila menghampiri hari lahir ni, aku banyak memikirkan tentang kematian. Apa cukup ke amalan yang kita ada? Dah banyak orang ke yang kita maafkan hari ini? Ada ke kita sakitkan hati sesiapa semalam dan hari ini? Dan benda-benda ni buatkan aku rasa masih panjang lagi senarai yang aku perlu buang dan putihkan.. Moga orang yang tidak menyukai aku hari ini akan berkurangan esok.

Bila nyawa si dia berada di hujung nafas, kritikal, berjuang demi menghirup udara buatkan aku terfikir. Kalau aku berada dalam keadaan macam tu, apa aku sudah bersedia untuk tinggalkan semua ni dan berbangga dengan apa yang aku ada sekarang? Jawapannya tidak dan aku tak mahu lagi benda yang hanya melalaikan dan mulai mengejar bekalan ku sendiri.. Dan aku berjanji untuk berusaha menjadikan hari ini lagi baik dari semalam. Doakan aku..

*si dia melepasi pembedahan kedua dan syukran stabil dan sudah boleh bercakap. Dan dia berpesan sesuatu untuk aku. Moga Allah mengizinkan hasrat dan tujuannya itu.. Amin. . :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments: