cookieChoices = {}; * C.J Diary *: Eh Tak Raya Ke?

Tuesday, 20 August 2013

Eh Tak Raya Ke?

baju baru ke? bukanlah.. baju dah banyak kali pakai..kuih raya banyak ke dah beli? tak lah.. saya buat saja. senang, bila dah kawin dan punya anak, saya nak mereka rasa air tangan saya. jadi apa yang baru? langsir? kusyen? teman lelaki baru? huhuhu semua tak ada.

oh tak raya la macam tu.. kan? kan? erm.. perlu ke kena ada benda baru, baru dapat beraya? pakai baju lama dan kasut lama tak dapat beraya ke? kena halau atau tak boleh masuk ye.. :) pertama sekali fahamilah istilah atau maksud hari raya. dan motif utama hari raya iaitu bermaaf-maafan. walaupun sebenarnya istilah meminta ampun dan maaf itu sebelum masuknya ramadan (ketika mendengar tazkirah di IKIM fm) namun andai tujuan kita bermaaf-maafan.. perlu ke kita lihat pakaian dan perkakasan yang dipakai? atau keikhlasan dalam meminta maaf? andai kita punya rezeki lebih, terpulang pada kita. andai tiada, perlu ke meminjam hanya kerna nak nampak seperti BERAYA?

si kecik yang suka beraya.. ada yang kata rupanya seperti makcik dia ni.. iya ke? :)

 

No comments: