** this picture is not related to the entry..hihi**
pernah kecewa? pernah rasa macam terduduk, langsung tak boleh bangun? setiap yang bernyawa dan namanya manusia, tak kan pernah lepas dari rasa kecewa, sedih, putus asa dan tak mahu lagi berusaha.. nama pun manusia, punya emosi dalam diri.. kecewa ni bukan saja dari aspek cinta, tapi meliputi pembelajaran, keluarga dan kehidupan.
mesti pernah terlintas kan dalam fikiran atau hati kenapa aku? macam gambar dekat atas, kita diberi ujian iaitu kekecewaan sebab kita kuat untuk melaluinya... "senang lah cakap, kau pernah rasa ke?" senang cakap sebab memang dah merasa. tapi mungkin bentuk kita berbeza namun kesannya sama.. ada yang cakap aku tak tahu la macam mana hidup aku nanti.. take a breath and walk.. and we look at back and proudly say.. yeah we can do it.
menangis memang mudah.. nangis la sepenuh hati.. tapi tak kan selamanya kan? tak kan sepanjang hidup dihabiskan dengan menyesal dan menangis.. sampai kesudah kita hanya jadi orang-orang yang rugi..
bangun.. dan berjalanlah dengan yakin.. macam mana corak kita bangun tu.. terpulang pada diri kita sendiri.. bangun dengan sendiri atau pautlah pada orang-orang yang kita percayai.. masa sukar nilah kita dapat lihat kawan mana yang senang dicari dan kawan mana yang perlu kita lebih menghargai..
sematkan dalam akal fikiran.. kita susah?? ada yang lebih susah dari kita tapi tak ada sekali pun mereka merungut saat terjatuh..
**aku kan ada? :)**