cookieChoices = {}; * C.J Diary *

Wednesday, 28 September 2016

Strawberry Hunter

counting day and hour..
ah.. rasa panas sangat di bawah..
penat bekerja dua tiga menjak ni..
tak sabar rasanya...
nak cari makanan berkhasiat kekdahnya...


eee
tak sabar..

Wednesday, 14 September 2016

Selamat Hari Raya Aidil Adha :)

Image result for aidil adha 2016

Assalamualaikum.. maaf, lambat untuk ucap selamat pada semua :)
dah hampir 2 minggu batuk dan sukar tidur.. Alhamdulillah makin nak sembuh dari sakit..

Aidil Adha..
tak lari daripada maksud pengorbanan..
apa pengorbanan kita yang dah kita lakukan tahun ini?
apa pun pengorbanan yang kita lakukan, asalkan tak melebihi batasan agama..
itu sudah mencukupi..

untuk jia,
kali ni pengorbanan dari segi kesihatan...
mula untuk buang semua lelemak di badan,,
doakan dipermudahkan..
tak kan tak nak tengok mana tau..
tahun depan boleh pos gambar kawin :)

taklah..
niat sebenarnya..
nak sihat..
doakan saya sihat semula :)

Saturday, 3 September 2016

Tiga-tiga naik sekali!!

hahaha apa yang naik ye.. jangan fikir bukan-bukan :) hari khamis lepas, mak panggil dan kata ada la benda nak diborakkan.. tapi kebiasaannya, kalau mak panggil mesti ada benda yang serius yang mak nak katakan. dalam adik-beradik jia, bab benda-benda macam ni mak mesti panggil jia..

dibukakkan cerita, adik jia ada tanya berapa harga cincin emas sekarang. mak jia seloroh tanya kenapa, nak kawin dah ke? dan adik jia sengih macam kerang busuk sambil mengiyakan.. tak tahu la kenapa, tapi dalam keluarga jia lelaki biasanya akan kawin dalam umur 26 macam tu dan adik jia tahun depan masuk lah ke 26 tahun..

serentak lepas mak cerita, jia dengan kakak dah mula gelak-gelak dan buat-buat lawak.. lepas tu mak cakap, kalau boleh, biarlah tahun depan tiga-tiga anak dia (jia, kakak dan adik) naik pelamin sekali.. senang sikit dia nak buat, sekali jalan.. dan dan tu jugak lah terus jia terdiam..

"so I have to find someone?"

ahh.. its been a long time since yesterday.. malam, tak pernah rasa panjang sebelum ini.. perlu ke aku terima cadangan makcik untuk pilih je lelaki yang aku tak pernah bersua.. atau menanti seseorang yang entah muncul atau tak... atau jadi tak seseorang yang malas untuk punya perasaan pada seseorang.. hurmmm... malam.. masih lagi jauh untuk ku putuskan.. salah memang tak salah.. diri ini pun nak menginjak ke 31 tahun depan... kusut.. makin kusut fikiran dan pemikiran...

Friday, 2 September 2016

oh hye!

Assalamualaikum.. annyeonghaeseyo.. hye.. hai.. dan sewaktu dengannya.. welcome for my new reader and hello to my follower..

pernah tak.. sesekali dalam hidup kita.. kita sebenarnya serba salah dalam banyak perkara.. orang selalu menilai kita dan kadang-kadang macam tak benarkan kita lakukan apa jua kesalahan.. by hook or crook..

"kau sepatutnya jangan buat begitu" "begini lagi elok kan" dan sebagainya.. setiap kata akan ditapis.. langkahan akan sentiasa dikawal.. gerak badan akan sentiasa diimbas.. bukan tidak elok untuk diri ini.. tapi jasad ni bukan robot yang tak ada emosi.. kadang-kadang orang bila lagi dikawal akan berubah menjadi lebih teruk lagi.. let them learn..

belum lagi ditegur eh kenapa buat stail tudung macam ni.. eh kenapa tak macam tu dan blah blah blah... tapi yang selalu jia kena kenapa buat tudung ala-ala comel, kenapa tak buat stail matang.. haishh baru tau sekarang.. tudung pun ada matang tak matang.. haha tak apalah.. apa pun kita.. siapa pun kita.. belajarlah untuk menerima yang seseorang tu perlu merasa sendiri dan belajar sesuatu mengenainya.. tak kan sampai ke tua kita harus memimpin dan dipimpin...

Friday, 29 July 2016

Selamat Hari Raya :)

orang lain dah lama update pasal hari raya.. tapi kita dah nak habis raya baru nak update.. hihi.. tahun ni raya macam sedikit hambar.. mungkin sebab keluarga abang tak bersama, berhijrah ke johor dan baru kerja dekat tempat baru jadi tak dapat la nak cuti.. tengok whatsapp group keluarga, kesian je hari raya orang lain pergi beraya, yang dekat johor tu main dam je :) .. jadi ni lah hari pertama beraya dekat melaka, and please.. never said to me " oh orang melaka, lahabau.. ulau mati atas pagau". bole bertumbuk dan putus kawan jadinya.. huhu lagipun, mak dan ayah jia tak pernah sebut perkataan ni sebab kami pun meluat.. jadi, behave ya..



port wajib setiap tahun adalah dekat rumah nekbik..


jia, kakak sedara dan fahim.... (dah besar tau dia sekarang)


people always say, I got the biggest eyes among my sibling.. Do I?


dengan kak ti (adik kakak sedara tadi dengan anak-anak dia).. abaikan adik jia yang sentiasa perasan dia kurun dan kacak..


we are nordy clan's

(dari kanan : kakak jia (fizah), kak mai (kakak sedara), jia, kak ti (adik kak mai), lela (adik ipar diaorang) dan dak elin (adik pada kak ti)

p/s : how about your eidul celebration at Germany?

Thursday, 23 June 2016

its so cool..

#throwbackHK

its been so cold lately in my office.. sometimes I'm wondering did I working in Asia or Europe.. eropah pun ada 4 musim tau... grrr.... rasanya dah spring kan dekat sana.. its been a year right now, but I still dreaming that my feet will touch down over there.. :'(

jangan risau.. dah buat praktikal dekat pejabat ni yang suhu dia nalaa punya sejuk.. who say hakak can't fit in this temperature?

**membilang jari bila nak raya**

Monday, 6 June 2016

Salam Ramadhan Al Kareem..



selamat menyambut ramadhan.. bulan penuh berkat..
bulan penuh nikmat..
moga kita jadi lebih baik daripada sebelum ini =)

Friday, 3 June 2016

kisah dan kesah

sukan berkanun dah berlalu seminggu.. janji bakal menaip selalu, tapi janji selalu lupa janji... maafkanlah kemalasan diri.. sukan dah berlalu.. penampilan pertama biarlah tinggalkan impak.. dan hebatnya kita memang tinggalkan impak.. sama ada dari segi semangat sukannya, samalah juga semangat dramanya..

betullah.. menjaga insan yang ramai bukan mudah.. apa lagi yang dijaga sudah makin tua.. ber sok sek itu dan ini.. orangnya ada di depan, dibelakang juga ingin disampai.. cubalah korek sebanyak mana.. eh kisah pulak diri ni nak tukar posisi jadi si penyampai berita.. tidak memang tidak.. biarlah bermulanya pada orang lain, tapi aku tak kan turut serta..

setiap orang punya sebab musabab.. jadi aku beri semula sebabnya pada yang telah terjadi.. tapi semak bila orang cuba menyemak.. juling bila ada suka menjeling.. tapi untuk apa pun.. cukuplah terakhir aku keluar dari kepompong PJ.. baik berhenti dari dengar orang berkata "tak payahlah main, tahun depan jadi lah yang mengurus".. ibarat berkata pada kanak-kanak yang suka berlari.. janganlah berlari lagi, berjalan sudah cukup.. seperti kita merentap kaki seseorang..

jangan panggil lagi diri ni yang tidak pandai bermain.. sekarang sudah bercerita untuk perlawanan yang akan datang.. tak apalah.. mulai sekarang, aku berhenti.. drama ini sudah makin berat untuk aku main bersama...

Thursday, 19 May 2016

Letih

bulan 5 ni memang bulan letih.. tiap minggu ada je aktiviti.. sekarang ni pun bersiap diri untuk tournament sukan pantai badan berkanun minggu depan.. tapi bukan itu pun memenatkan.. walau cedera masa tournament badminton masih tak kebah, tapi itu bukan menyakitkan..

aku dah kata tak mau lagi terlibat dalam mana-mana kisah.. walau aku tak buat apa pun, akhirnya aku dekat tengah-tengah..dah aku kata.. suka tu luas.. dan bagi aku, hanya sekadar penampilan. berhenti sajalah takat situ.. aku dah penat.. penat main permainan macam ni..

dengar dah ada.. bagus la.. tapi kenapa makin menjeling.. eh tengok la.. dari dulu mesej sekadar tentang tuntutan kerja.. lepas tu, tak pernah sekali pun mesej untuk mengada... tak tak itu bukan aku.. nak mengendeng hanya untuk apa? sekadar untuk bagitahu aku begini dan si dia begitu ke?

jangan susah.. antara sana dengan aku.. tak perlu untuk letak bersebelahan.. aku boleh katakan secara terus.. aku memang kalah dari segala segi.. tapi itu kalau kau ukur dari segi luaran.. kalau aku nak, aku boleh kata secara berdepan.. hakikatnya... aku tau ia tak berbaloi.. aku, bila dah terluka.. tak kisah la sebab perpisahan, aku tak terhegeh untuk terus tercari-cari ganti.. aku jenis setia bro..

kelakar.. orang bersama untuk lebih luaskan pergaulan.. tapi kesian, bila terbalik.. garinya tak nampak tapi hakikatnya terkongkong.. hakikatnya.. kalau susah.. yang di cari kawan dulu.. tapi dengan kawan lain pun kau tangkis hanya kerna kasih yang belum pasti..

ye.. aku akui.. dan aku sentiasa mengaku.. aku ini gadis yang punya lebihan lemak.. kulit sedikit gelap dan tidak suka bergaya di pejabat.. tapi aku tau jiwa aku besar, lebih besar dari fizikal aku.. sabar aku tebal sedikit dari baju yang selalu aku pakai.. kalau kau lihat kekurangan itu,, itu ajalah yang kau dapat.. kenal aku.. tanya aku.. borak dengan aku.. kau akan lupa semua kekurangan tu,,
tak apalah.. hakikatnya,, kau bukan orang yang aku hadap pun dari mula.. tapi berhentilah.. aku makin penat melayan sikap kebudak-budakkan daripada orang yang sepatutnya matang seiring dengan usianya..

*orang yang selalu mendongak ke langit, hanya menanti untuk jatuh tergolek ke tanah*

#bukanratuuniverse
#kaubukanherodunia

Wednesday, 4 May 2016

Hye All




Assalamualaikum and happy Wednesday.. Lama dah tak coretkan sedikit tinta. Jia agak sibuk dalam bulan ni.. dengan kursusnya, dengan ke perlis untuk csr.. Alhamdulillah sihat semuanya dan sedikit penat serta gelap hehe.. Ramai kata dah susut sikit, mungkin faktor penat dan kurang minum air putih. semoga El nino cepatlah berlalu ya..

**orang jerman apa khabar? :) **

Friday, 8 April 2016

Cuti Budget : Penang ( Hari Kedua )

ok, kita sambung kembali cerita masa ke Penang. kami keluar awal dari guesthouse untuk menuju ke Bukit Bendera. pada siapa yang tak tahu, sebelum pukul 9 pagi, tiket hanya RM 3. Jadi, kami keluar jam 6.30 pagi dan terus tunggu bas belakang mahkamah. Naik bas 204, bayar RM 2.00 terus ke destinasi yang dituju. pemandangan atas sana? sangat tak ternilai.. terasa lapang sedikit minda, lari dari kesibukan kota.

 
sebelum beli tiket, pastikan tunjuk kad pengenalan dulu ya. yela takut dikatakan pendatang pulak.. hehe tak adalah.. special rate just for Malaysian only. dah siap beli tiket dan scan, kita tunggu tram untuk naik ke atas. ni tram yang baru rasanya.. ada penghawa dingin, lagi selesa.







merenung ke luar jendela... matahari ber.... err.. apa lagi ek lirik lagu tu.. macam salah je. :)



i'm love to hang out with my friend.. seriously...


pada siapa yang nak tengok secara lebih dekat pemandangan sekitar Penang, hanya masukkan Rm1 untuk pemandangan err 1 minit rasanya. ni yaya yang serius menskodeng orang.








 cendol? memang sangat sedap. asam laksa pun boleh tahan.. cuma bila dah jadi sejuk rasanya sangat masam.. lepas makan, terus je singgah dekat Jeruk Pak Ali untuk beli jeruk yang sangat sedap dan tak masam. rasa macam sikit sangat je beli hari tu. selesai masukkan jeruk dalam beg, apa lagi hangkut beg dan terus menuju ke Batu Feringgi. ikutkan jia tak mau ke sini, tapi mengenangkan si yaya ni nak, maka menapak la kami ke sana.. :) dari perhentian bas dekat KOMTAR ke Batu Feringgi, boleh naik bas 101 atau 102. kami naik bas 102 dan berhenti di Eden Plaza. dekat Batu Feringgi, kami duduk di My Budget Home. tapi mungkin bagi kami, itu bukan hotel/guesthouse yang bagus. perlu tukar tuala yang mereput dan banyakkan lagi lampu..

batu feringgi terkenal dengan pasar malamnya. tapi bagi pendapat jia, pasar malam dekat KL lebih murah dan lagi banyak pilihan. harga buka je dah lagi mahal dari KL. tapi kedatangan ke sana untuk cari satu makanan yang banyak orang kata sedap..


jang jang jang... inilah dia. gerai apam balik dekat Batu Feringgi. Gerai ni jual lebih dari 10 jenis apam balik. dari yang biasa ke bukan biasa-biasa.. hahaha



untuk kali ni jia pilih perisa oreo.. nyum nyum nyum.. untuk yaya pulak dia pilih coklat + pisang. rasa dia superb... dan abang ni sangat tak lokek untuk letak banyak isi dalam apam balik dia.. sangat merendah diri..


nyummie...

badan dah penat. ikutkan hati nak makan char kuey teow tapi, malasnya lahai.. balik beli buah potong dan terus zzzzz.....

Tuesday, 5 April 2016

Down


Akhir-akhir ni..
rasa sangat 'down'.. rasa asyik nak nangis..
team building.. sangat fun..
tapi mungkin tidak pada sesuatu..

hakikatnya terasa..
diketepikan, sanggup cari ruang lain agar tak dekat dengan aku..
sekarang makin menjauh.. makin... janggal..
dari terasa jadi sedih pulak..

senyum tu memang mudah..
tahan sedih tu yang payah..
sama ada ketahui atau tidak..
kesannya entahlah.. dah pedih..

lepas ni...
sebolehnya, tak mahu bercakap hatta bertemu..
hati ni.. masih kerak sedih..
janganlah take care..menanya pun jangan..
hakikatnya..
aku masih bersedih..

Thursday, 17 March 2016

Cuti Bajet : Penang (Hari Pertama)

dah dua minggu baru nak taip entri.. maaf, kesibukan dengan kerja asyik bataskan waktu nak sapu-sapu sikit dekat dalam blog ni..26 februari, mengangkat semula back trekking yang berat itu, pergi semula bertemu encik pilot airasia. niat hati nak naik bas, tape memandangkan si Yaya mabuk kalau naik bas (karang muntah-muntah takut orang kata ngandung anak kedua lak aih)

jadi, kami bertemu dekat kl sentral. naik skybus ke sana. sebab naik bas pergi balik lagi murah dari naik klia ekspress.kami dapat pergi balik dalam RM15.00+- jumlah tiket pergi balik dan bas Rm117.92 jadi berbaloi rasanya. kalau ada banyak masa, ada yang dapat lagi murah dari tu. bagi jia dah ok dah. sebab masih dalam bajet lagipun kononnya nak membawa hati luar daripada KL.

jia selamat di Penang dalam 12.00 tengah hari. macam biasa ragam orang kita, kapal baru mendarat lepas tu masuk parking.. terus berebut-rebut nak keluar.. :) untuk kali ini, jia memilih untuk memulakan perjalanan dari Georgetown. untuk ke sana, boleh naik bas 401E dan kami pilih untuk turun dekat depan perhentian bas weld, konon nak makan dekat lebuh chulia.. sekali lupa la pulak hari tu hari jumaat.. bahahaha..

jadi kami pun menuju ke hotel untuk check-in. kali ini kami memilih untuk tidur di Guest House Thirty Three Steward Houze. hotel taraf untuk back packer ni harga untuk semalam hanya RM 35 untuk satu malam dan lagi suka bila dia ada tirai. jadi orang diluar tak nampak macam mana kita dalam tu :)



bilik air sangat bersih, walaupun bilik air perlu berkongsi..


perjalanan hari pertama bermula dengan... MAKAN... hehehe sebab masing-masing dah lapar. untuk jalan-jalan tambah lemak yang pertama ialah... Restoran Kapitan dekat Lebuh Chulia. nasib kami baik sebab kedai ni baru-baru je bukak lepas sembahyang jumaat, jadi orang tak banyak sangat.


 untuk kali ini, jia memilih Cheese Nan Set dengan air teh o ais limau. rasa dia? torbaek ar.. berbaloi dengan harga dia (RM12 tau uwaaa) tapi cheese dia banyak. ayam tandori not bad. bagi jia, mula-mula rasa masin sikit lepas tu pedas dan terakhir masam.. jadi, seimbang.. hehehe nasi beriani dia pun boleh tahan. dok kuis-kuis dalam pinggan yaya huhuhu.

tentu ada tahu pasal street art di Georgetown kan.. tapi disebabkan tujuan utama ke sini adalah MAKAN jadi bila terjumpa je. jadi banyaklah yang jia jumpa yang jenis wired :)




lepas sedap mencekik dekat Kapitan, niat di hati nak ke padang kota pula.. disebabkan risau pertambahan lemak dekat badan akibat makan saja, maka kami berjalan dari lebuh chulia ke sana disaat cuaca panas gila-gila.. makin golap lah den ni. oh, sepanjang dekat sana, awat makcik semua pakat sebut cheq orang pulau? cheq jawa tau makcik.. sepanjang perjalanan tu, asal nampak monumen je, jia snap. cantik la hai..




hajat dihati nak pergi muzium sebelah gereja.. tapi banyak pulak muzium yang tutup.jadi menapak pula ke Penang Time Tunnel ni.


 ok la.. tak ada la bosan sangat. sebab dia menceritakan sejarah tentang pulau pinang. tingkat atas pula ada 3d mural yang kita boleh tangkap gambar.


Yaya : Bila kau nak kawin ni?
Jia : Pedih.. Kuang Ajaq....


kalau ada yang berminat, silalah selalu lihat promosi dekat website dia, macam jia, jia dah print satu promotion yang ada dekat situ, jadi tiket  jia jadi RM13 sahaja.. selesai jalan-jalan, tekak pun rasa perit, macam nak minum sesuatu je. tiba-tiba teringat pulak coconut shake.. apa lagi jalan lah ke padang kota. dok pusing-pusing rupanya kami salah masuk food court.. waaa.... menapak lagi jauh rupanya...


akhirnya....... sampai juga huhuhu..


komen untuk air ni.. sangat sedap ok.. sangat sedap. siap tambah lagi secawan sambil curi-curi tengok macam mana dia buat air ni.. huhuhuhu tapi untuk air ni, sangat berbaloi jia menapak di bawah matahari yang sangat terik. tapi untuk ini.........

entahlah.. bagi jia, rasa macam nak tampar diri sendiri sebab makan mee ni. sangat-sangat manis bagi jia. sampai jia tercari-cari mana yang orang kata pedas. terbuktilah, tak semua punya rasa yang sama. sotong sebab dipotong halus maka rasa seperti makan getah je. untuk jia... tak mungkin datang semula untuk makan kali kedua.


untuk malamnya....... jia dah tak boleh nak masuk nasi. jalan punya jalan, kami pun pilih Restoran Tajuddin Hussein. er betul tak jia eja ni. jia pilih capati dengan ayam ros dan yaya makan murtabak ayam.. rasa? pasti akan datang lagi bila bercuti ke sini.. sangat sedap... :) orang kata kambing dia pun sedap, tapi masa jia datang.. kambing tak ada la... sedih..


perut dah kenyang.. balik lah,,, nak pi tidoq.. esok punya kita sambung nanti nooo....